Adakah Boleh Tahajjud Jika Tidur Selepas Maghrib?

Tahajjud Tidur Selepas Maghrib

Jika saya tertidur selepas solat Maghrib dan terjaga kira-kira jam 3.30 pagi untuk solat Isyak, bolehkah saya melakukan solat tahajjud?

Jawapan

Boleh, tiada masalah.

Secara umumnya, solat sunat Tahajjud adalah solat sunat yang dikerjakan pada malam hari selepas terjaga daripada tidur.

Ini sebagaimana yang dijelaskan dalam kitab Mughni al-Muhtaj juz 1 hlm 463; [terjemahan]

Tahajud pada istilah adalah solat sunat pada malam hari selepas tidur

Ini bermakna, seseorang yang telah tidur dan terjaga pada malam hari boleh sahaja melakukan solat sunat tahajjud walaupun dia belum solat Isyak sebelum tidurnya.

Oleh itu, kerjakanlah solat Isyak dahulu kemudian laksanakan solat sunat Tahajjud dan solat-solat sunat yang lain.

Wallahua’lam.

Rujukan:

  1. Ustaz Abu Usamah, Mohd Hanapiah Haji Husin, Buku Soal Jawab Fiqh Ibadah (Bab solat, solat musafir, Jenazah, Zakat & Puasa
Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

8 thoughts on “Adakah Boleh Tahajjud Jika Tidur Selepas Maghrib?”

  1. Assalamualaikum ust,
    Saya nk tanya bolehka setiap hari saya nk buat mcm ni:

    Tidur sekejap selepas solat maghrib dalam pukul: 8.00 pm hingga 8.40 pm sebelum 10 minit azan isyak..dgn mengunci alarm supaya dpt bangkit tepat pada waktu utk tak melambatkan solat isyak serta supaya boleh solat tahajjud selepas selesai ja solat isyak..kira2 pukul 9:40 pm saya akan kerjakan solat tahajjud..

    blhka mcm ni? dikira ka tidur tu utk syarat solat tahajjud? walaupun sblm isyak? dan blh ka hari2 tidur selepas maghrib bukan makruh ka..harap dpt jelaskan

    Reply
    • Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

      Secara umum, tidur sekejap selepas solat Maghrib adalah dibenarkan, selagi tidak menyebabkan tuan terlepas solat Isyak.

      Ia bukan makruh jika dilakukan atas tujuan yang baik dan diurus dengan disiplin, contohnya dengan menetapkan alarm supaya dapat bangun tepat pada waktunya untuk solat Isyak.

      Berkenaan dengan solat tahajjud, menurut mazhab Syafi‘e, ia merujuk kepada solat malam yang dilakukan selepas tidur dan selepas selesai solat Isyak.

      Maka, jika tidur itu berlaku sebelum Isyak, walaupun tuan bangun dan solat pada pukul 9:40 malam, ia belum memenuhi definisi tahajjud yang lengkap menurut mazhab ini. Namun begitu, ia tetap dikira sebagai qiyamullail dan sangat besar ganjarannya.

      Kesimpulannya:

      • Ya, tuan boleh tidur sekejap selepas Maghrib asalkan tidak menyebabkan tuan terlepas solat fardu Isyak.
      • Solat malam yang dilakukan jam 9:40 malam tetap berpahala besar, walaupun tidak sepenuhnya dikira sebagai “tahajjud” dalam mazhab Syafi‘i kerana tidur berlaku sebelum Isyak.
      • Jika tuan ingin mendapatkan pahala penuh tahajjud menurut definisi mazhab Syafi‘i, boleh cuba tidur sebentar selepas Isyak dan bangun semula untuk solat malam.

      Semoga Allah memberkati usaha tuan untuk memperbanyakkan ibadah malam.

      Wallahu a‘lam.

      Reply
  2. Adakah dikatakan solat tahajjud bila bersahur terlebih dahulu?
    Iaitu tidak terus solat@ melakukan pekara lain.

    Reply

Leave a Comment