Tampil Indah Dengan T-Shirt Dan Jubah dari Butik Muslimah Wafiyya

Butik muslimah
Butik muslimah Wafiyya

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

Berhias  merupakan panggilan fitrah bagi seorang wanita. Islam tidak pernah menyekat muslimah untuk berhias, selagi cara berhias itu masih sesuai dengan syariat Islam.

Islam menganjurkan umatnya agar selalu tampil indah dan cantik kerana Islam itu sendiri amat cantik dan indah.

Ketaatan dalam bersyariat bukanlah alasan untuk kita mengabaikan penampilan diri.

Muslimah yang taat dan patuh kepada syariat, tidak seharusnya membiarkan dirinya kelihatan tidak berseri dan tidak langsung untuk cuba menghias diri mereka walaupun secara minimum, terutamanya bagi mereka yang sudah bersuami

Satu perkara yang mesti kita ketahui adalah bahawa penampilan kita akan memunculkan kesan bagi sesiapa yang melihatnya. Ketika orang lain yang pertama kali bertemu dengan kita, mereka akan menanggapi kita daripada cara kita berpakaian.

Justeru itu, bagaimana kita ingin dikategorikan?

Pastilah kita tidak mahu dilabelkan sebagai tidak menjaga penampilan, comot dan dipandang sinis, tetapi pada masa yang sama kita harus menjaga keterampilan diri sebagai muslimah yang mengutamakan kehormatan dan aurat.

Butik muslimah
Butik muslimah Wafiyya on sale!

Tampil cantik dan ceria dengan T-Shirt dan Jubah WAFIYYA

Setiap orang muslimah sepatutnya tampil dengan ceria dan selalu berseri-seri. Oleh itu Butik pakaian muslimah, Wafiyya, menawarkan pelbagai pilihan busana muslimah yang cantik dan selesa pada harga berpatutan kepada anda.

Produk seperti Scarf, T-Shirt dan Jubah dari butik Wafiyya adalah mengikut citarasa muslimah terkini, disamping menekankan kualiti dan keselesaan kepada pengguna.

Harga yang ditawarkan pula adalah mampu milik dan berpatutan.

Berikut adalah butiran mengenai produk Butik Muslimah Wafiyya:

  1.  8 Saiz Disediakan : xs s m l xl 2xl 3xl 4xl
  2.  Diperbuat daripada kain cotton tshirt, kain denim lembut dan kain lycra campuran bermutu tinggi yang tidak melekat di badan
  3. Terdapat pilihan pakaian untuk ibu menyusu
  4. Selain T-shirt, Kami juga ada menyediakan jubah dari material yang sama
  5. Warna dan corak pelbagai pilihan untuk citarasa semua peringkat
  6. Harga mampu milik antara rm52 hingga rm62 bergantung kepada saiz
  7. Boleh membuat pembelian secara online atau datang terus ke butik kami di shah alam.

Jika anda berminat untuk melihat dengan lebih lanjut mengenai produk yang ditawarkan oleh Butik Muslimah Wafiyya, anda boleh ke Laman Web http://dollscarf.com

Semoga memudahkan anda tampil dengan lebih baik!

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.