Malangnya, kadangkala rasa malas itu datang pada waktu yang tidak sepatutnya, sewaktu kita mempunyai masa yang suntuk untuk menyiapkan sesuatu.
Dan akhirnya, kita akan menangguhkan kerja.
Persoalannya disini adalah bagaimana kita boleh mengatasi rasa malas, sikap menangguhkan kerja dan mencari fokus dengan lebih baik?
Ini adalah penting kerana kehidupan kita adalah singkat dan terhad.
Dan kita bukanlah robot untuk berkerja setiap masa, dan menghabis masa dalam keadaan sentiasa takut dan tergesa-gesa menyiapkan tugasan.
Ini bukanlah cara yang baik untuk menghabiskan hidup kita.
Sebenarnya kita boleh atasi ketakutan ini.
Kita boleh belajar untuk menguruskan ini dengan ketenangan dan penuh kesedaran.
Dan untuk melakukan itu, kita harus tingkatkan azam untuk kembali dengan penuh berani menyelesaikan tugasan yang penting.
Gangguan dan mengelakkan diri adalah sesuatu yang tidak bagus. Jadi bagaimana untuk mengatasi rasa malas ini?
Mari saya jelaskan.
Apa Yang Menyebabkan Rasa Malas dan Menangguhkan Kerja Sebenarnya?
Mengapa anda lari melakukan tugasan yang sukar?
Kerana anda takut.
- anda tidak tahu apa yang anda buat
- anda akan kucar-kacir dan kelihatan teruk
- tugas tersebut sangat sukar dan langsung tidak selesa
- anda akan berjaya tetapi kemudian perlu menghadapi keadaan yang menakutkan
Secara asasnya, kita merasa takut kerana kita berasa tidak selesa dan tidak pasti.
Secara fitrah, sifat manusia memang hanya mahukan perkara yang menyenangkan dan ada kepastian.
Gangguan seperti media sosial, rancangan televisyen, adalah satu perkara yang mudah. Semua orang suka melakukannya.
Ganguan-gangguan sebegini lebih menarik berbanding tugas yang sukar, dan lebih menyelesakan berbanding perlu menghadapi rasa takut.
Kita semua mempunyai rasa takut.
Tetapi sudah kebiasaan kita untuk melarikan diri daripadanya.
Mengelakkan dengan apa jua cara, termasuklah tidak mahu memikirkannya langsung. Minda kita memang hebat mengenai bab menangguhkan kerja ini.
Sekali kita sudah terganggu, kita akan terus lupa sama sekali tentang apa yang kita sepatutnya lakukan. Fikiran kita memang hebat dalam bab melupakan tanggungjawab.
Kita cuba untuk fokus, tetapi secara tiba-tiba hati kita tergerak untuk melakukan perkara lain. Kerana menumpukan fokus adalah sesuatu yang memang tidak selesa.
Minda kita sangat sukakan keselesaan, benci terhadap rasa tidak selesa, dan akan sentiasa mencarai jalan keluar ke arah keselesaan setiap masa, jika kita membiarkan mereka.
Itulah sebabnya mengapa kita malas dan menangguhkan kerja.
Jadi, bagaimana kita boleh mengatasi masalah ini?
Bagaimana Mengatasi Rasa Malas dan Sikap Menangguhkan Kerja?
Akal kita memang nakal.
Nafsu kita memang culas.
Minda kita selalu akan mencari jalan untuk lari dari perkara seronok dan tidak selesa, dan selalunya kita semua tidak sedar perkara ini terjadi.
Hati kita selalu tergerak untuk beralih arah, dan minda kita menurut kata hati dengan segera.
Helahnya disini adalah: kantoikan diri kita sendiri bila mula untuk beralih arah.
Berhentilah seketika, dan lawan dengan sepenuh hati rasa gesaan itu.
Disini bagaimana caranya:
1. Selalu berlatih.
Lakukan sesuatu perkara yang tak boleh ditangguh pada setiap hari.
Pilih satu tugas yang penting (apa-apa sahaja tugas – paling bagus bila anda sedang dalam keadaan malas).
Tetapkan masa selama 5-10 minit jika anda rasa yakin.
Jangan lakukan benda lain selain daripada tugasan tersebut dalam masa 5 minit.
2. Jangan biar diri anda bertukar arah.
Buang semua gangguan dan jangan buat benda lain selain daripada tugas anda.
Hanya buat buat satu tugas.
Bila anda mendapat gesaan untuk buat benda lain, sila awasi dengan perkara tersebut. Jangan mengikut gesaan hati itu.
Kita akan merasakan satu gesaan yang hebat tapi tidak mengikutnya.
Bolehkah anda bayangkan?
3. Bertahan dengan gesaan tersebut.
Duduk diam dan alami gesaan tersebut.
Kenalpasti ketakutan atau ketidakselesaan anda terhadap tugasan ini yang ada hadapi.
Rasakan kebosanan, ketidakselesaan, derita, keliru dan segala yang datang.
Cuma bertahan dan ambil tahu dengan setiap apa yang anda rasakan.
Bagaimana anda merasakan perubahan dalam tubuh anda?
4. Kembali menyambung tugas.
Selepas bersabar sebentar dengan gesaan dan ketidakselesaan, insyaaAllah perasaan tersebut akan hilang.
Maka anda boleh kembali untuk menyambung tugas anda.
Bila anda tidak menggaru gatal, dan rasa gatal bukanlah satu masalah besar buat anda.
Dengan melakukan perkara ini setiap hari, anda akan membina kekuatan dalam diri bahawa anda akan OK jika anda tidak menggaru gatal tersebut, dan anda mampu mengawal perasaan tersebut tanpa tewas kepadanya.
Anda akan mampu mengendalikan rasa tidak selesa semasa menjalankan satu tugas yang sukar.
Dan ini adalah satu kejayaan.
Bagaimana Untuk Mencari Fokus?
Adalah sukar untuk fokus kepada satu perkara sahaja.
Sama ada anda ingin fokus untuk menulis laporan pejabat, menulis buku, melukis atau fokus untuk membaca… fikiran kita pasti tergerak sendiri bertukar kearah perkara lain.
Semua orang boleh fokus, pada mulannya, tetapi untuk kekal fokus sehingga akhir itu yang tidak ramai boleh buat.
Dalam sesi menentang rasa malas yang kita telah bincangkan diatas, kita telah memperkatakan bagaimana untuk kekal fokus dalam satu perkara.
Sebagai tambahan, ini ada beberapa lagi tips yang boleh dipraktikan:
∴ Solat adalah latihan terbaik untuk belajar fokus.
Solat akan memberi motivasi terbesar buat kita.
Perkara yang sedang kita fokus sepatutnya tidak hanya bagus untuk dibuat, tetapi patut memberi makna yang mendalam kepada anda.
Cuba fokus dan selami setiap bacaan serta menghayati setiap detik solat kita.
Jika minda anda selalu terawang-awangan semasa solat, sekarang tiba masanya untuk berlatih fokus dan solat dengan khusyuk.
InsyaaAllah jika anda bagus pada solat, anda juga akan bagus pada perkara lain nanti.
∴ Amalkan doa melawan kemalasan ini:
Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’
Maksudnya:
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan.
Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian.
Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut.
Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia
∴ Ingat ganjaran yang anda akan dapat bila bermula.
Sesuatu tugas tidak seharusnya mengandungi rasa takut sahaja..
.. tetapi ia juga meliputi rasa suka dan kehendak.
Biarkan rasa hendak itu memandu anda mengatasi rasa takut.
∴ Gunakan motivasi luaran.
Walaupun rasa kehendak itu adalah motivasi terhebat, tetapi kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepadanya.
Gunakan motivasi luaran seperti sticky note, peringatan dalam phone dan sebagainya.
Menyertai group usrah adalah salah satu cara untuk mengekalkan momentum fokus.
Jangan biarkan diri anda tergelincir.
Fokus Adalah Bukan Sesuatu yang Magik, Yang Senang-Senang Anda Boleh Dapat.
Ia adalah satu kemahiran yang memerlukan latihan harian dan tahapnya akan meningkat dari masa ke semasa.
Anda mungkin akan terjatuh dan hilang motivasi sekali sekala, tetapi anda boleh bangun kembali dan meneruskan latihan ini.
Pada akhirnya, semua latihan yang anda buat ini akan berbaloi kerana anda akan benar-benar fokus kepada perkara yang penting.
Adakah anda selalu menghadapi sindrom ini?
Saya sangat berbesar hati jika anda dapat kongsikan pandangan anda pada ruangan komen.

saya punya malas dh smpai tahap tak blh bwak bncang dh ni
Fikir org yg tersayang, fikir tanggungjawab.. Automatik malas dapat ditempuhi..
Betul tu abg lipas..
saya rasa tips2 ni xkan berjaya klau saya buat..(sbb saya dh pernah buat,x menjadi lansung…lagi bertambah malas adalah)
tapi saya perasan sesuatu….dulu saya x mcm ni..macamane blh jadi camni??hairan betul
Cadangan tersebut tidak lagi memotivasikan saya untuk rajin bekerja. Perasaan malas, letih dan malas untuk berfikir begitu kuat menguasai diri saya. Tolong bagi cadangan dan tips lain.
Perasaan malas ni ada kaitan dengan stress tak? Apa2 pun terima kasih utk tips yang dikongsi.
Sangat bermanfaat ! Terima kasih untuk tips ni sy cuba praktikkan. Doakan kejayaan sy admin ! Semoga dpt melawan malas dan cuba siapakan tugasan sy . Nak fokus tu penting. Paling maksimum sy dpt fokus selama 20min sahaja.
tip ini memang bagus tapi rasa malas ini susah untuk dibuang. saya paksa diri ini untuk buat tugasan yang diberi namun makin dipaksa makin menjadi kemalasan itu. saya tak ingin perkara ini berlaku.
Terima kasih atas tips yang diberikan. Nampak simple tapi saya tau perkara senang macam tu pun saya malas nak buat. Ahaha. InsyaAllah akan saya amalkan, demi masa depan yang cerah.
SAYA MALAS.SAYA NAK DUAT.SAYA SEBATANG KARA.SAYA X SUKA CAMPUR ORANG.ADA DPT SATU KAWAN YG OK.ORANG API2SUPAYA JGN KAWAN DGN SAYA.
Assalamualaikum admin,
Sy mmg tergolong dlm group yg sukar nk atasi rasa malas ni. Artikel yg admin tulis ni sgt membantu. inshaaAllah sy akan prektikkn.
terima kasih bg info yg berguna
Sama-sama
Spm dah tak berapa hari. Saya pelajar sains tulen, banyak benda saya perlu cover dan kuasai untuk buat sehabis baik dalam SPM.
Saya taktau kenapa dengan diri saya. Saya rasa takut tanpa sebab yang jelas. Saya selalu ponteng sekolah. Saya kurang suka berada di kalangan rakan – rakan saya. Saya rasa ‘ hanyut ‘
Jangan berputus asa dik.
Berusahalah selagi masih ada masa dan kesempatan
betul tu betul …semoga allah mendengar doa kau ye bang …dan buat yg terbaik utk spm (kalau baca ) .. sy pun suka ponteng gak tapi bila difikir balik ..masa awal persekolahan ritu sy selalu dtg dgn kehendakk utk dpt kehadiran penuh …tetapi entah angin apa pertengahan tahun sy asyik cuti je tahu ..sampai kan kawan cina sy taktahu nak kata apa lg ,kawan cina tu la yg byk bantu sy boleh kata akrab lah kami tapi sekarang ad perselisihan faham jadi terus kami tak berapa rapat lg ,tambah ,dia da jumpa kawan cina baru dan npk selesa sgt dia berkawan dgn sama bangsa dia,sy ni ha tertinggal di blakang oklah next ..kehendak sy terus terbengkalai mcm tu je ..sy tak dpt pun kehadiran penuh tu tapi yg sy dpt hdiah sebagai ujian dri tuhan ..heheh maaflah terpesong pula tujuan sy menaip ni..akhir tahun apa lg? asyik monteng ajo lah buku dah pun pulang …haha mcm sia sia kan sy pergi pulang dr sekolah …sy pun kurang suka berada di klgn rakan sekolah …mereka asyik expect hidup sy lonely jalan seorang seorang .sy takdelah rasa mcm tu sekali ..perkara da pun terbiasa dgn diri ..kan .tapi cuma sy rasa terasing lah juga bila tgk diorang ad kawan masing masing sedangkan sy kawan utk bergurau pun sudah berlari n sy masih berjalan dgn harapan kehidupan persekolahan sy berubah .dan tak asing lg buat sy utk belajar ..sy tak pandai adapt diri dgn perkara disekeliling dan rakan sekeliling ,,ada siapa spe boleh bg idea utk mata sy terbuka luas utk menerima sst keadaan?cara nk adapt diri dgn sst …sy merayu sgt pd spe spe yg kelihatan peramah,mesra dan senang peroleh kawan tu bg info pd kami *sy * yg bersikap pemalu dn pendiam ….utk kami berubah dan baiki sifat yg serba cacat cela …
Dah banyak benda saya baca. Banyak benda saya dengar. Banyak amaran saya terima. Tapi segala kata2 motivasi kata2 semangat kritikan teguran semuanya tak jalan. Saya masih pemalas. Saya selalu jadikan “tak minat” sebagai alasan. Final exam sem 1 lagi 1 hari je nak mula. Tapi saya langsung tak study apa. Mana mungkin saya nak habiskan almost 39 chapter keseluruhan subjek dalam masa yg kurang 3 hari . Saya minat benda lain. Saya tak minat apa saya belajar sekarang. Saya masuk pun sebab ikut cakap family. Sebab yakin dengan redha Allah bila ada redha parent. Tapi kejayaan datang dengan doa usaha tawakkal. Saya ni yg ada doa dan tawakkal. Usahanya kelaut. Serabut takyah cakap lah. Air mata berjurai2. Tapi masih susah nak berubah. Ada cikgu pernah cakap “minat hanya akan datang bila ada usaha” . Dah 18 minggu pengajian kat matrik ni. Tapi masih takde rasa minat. Saya malu dengan diri sndiri malu dengan kawan2 malu dengan lecturer malu dengan Tuhan. Tapi saya masih jadikan “tak minat” sebagai alasan. Doa yg tuan cakap tu selalu saya baca tiap kali lepas solat. Takde keberkatan ke hinggakan tak memberi kesan? Saya ada rasa nak ubah diri saya. Cuma saya tak put effort. Sampaikan rasa benci pada diri sndiri. If anyone has ever been in my shoes like I stated above, and those who don’t, if you have anything to say that you think might be helpful, please do so. Saya ikut hati nak bunuh diri dah. Tapi fikir dosa besar je ni.
But then awak dah tahu punca utamanya, tak usaha.
Saya faham awak masih muda. Jiwa awak masih memberontak, tapi mungkin sebab awak masih tak nampak realiti hidup ini yang sebenarnya.
Cerita adik sama dengan saya, saya dulu langsung tak pernah minat jadi cikgu (kerja saya sekarang).
Tapi sekarang saya dah rasa seronok.
Following your passion might be the most often given career advice. But it just might be steering you in the wrong direction.
Mari kita bersetuju satu perkara: sangat sukar untuk mencari sesuatu yang benar-benar kita minat.
Di mana sahaja kita berada, janganlah membandingkan hidup kita dengan orang lain.
Bersyukur dan terimalah realiti yang sepatutnya.
Ramai orang yang akhirnya telah berhenti mengejar impian mereke selama ini. Mereka menyesal dengan peluang yang telah dilepaskan.
Selalunya kita akan mendengar penceramah motivasi mengatakan:
— kunci kepada kejayaan adalah buat apa yang kita suka.
Bagi saya ini kurang tepat.
Hanya kerana anda minat sesuatu perkara itu, tidak bermakna anda pakar dalam bidang tersebut.
Bukan semua yang diminati itu adalah jalan terbaik untuk anda.
Kebolehan dan minat selalunya tidak berjalan seiring.
Minat fotografi tidak semestinya anda jurugambar yang bagus. Minat bermain bola tidak semestinya anda pemain bola sepak yang hebat.
Keseronokan tiada banyak kaitannya dengan kerja yang kita sedang lakukan.
Apa yang lebih baik untuk dilakukan adalah fokus menjadi bagus dengan kerja yang sedang anda buat sehinggalah kita berasa selesa dengannya.
Ikutlah peluang, bukan ikut minat.
Tetapi apa paling penting, sentiasa bawa minat itu bersama kita untuk seumur hidup.
Apabila kita cuba untuk menjadi terbaik dalam bidang yang kita ceburi, pasti lama-kelamaan kita akan menyukainya.
Masa belajar selalunya kita belajar untuk memupuk kemahiran. Sebab kemahiran tu paling penting masa belajar nanti.
People pay for skills, not for passion.
Awak boleh mempunyai semua “minat” yang ada di dunia, tetapi jika awak tidak mempunyai “kemahiran”, orang tidak akan ambik awak bekerja.
Itulah realiti.
Saya bukanlah menghasutkan anda menjadi pesimis dan penakut.
Cuma kita juga harus realistik.
betul tu apa admin kata ..sy masih bersekolah dan sy belajar di sekolah yg sy minat sebb sy sangka sekolah tu boleh buat sy seronok oleh sbb kurang belajar atau boleh dikata cikgu tdk terlalu tegas ….tetapi lama kelamaan sy rasa apa yg sy minati dlm belajar di sekolah tu berkurangan dan semakin lenyap ..sy hilang kawan sy ..sy terasa mcm sy bukan budak bertuah sebb tidak memiliki kawan hingga kini ….sy selalu dipinggir ..kalau dulu bolehlah sy ad kakak di sekolah yg sama tapi bila mereka pun tak seronok nk sama sekolah dgn kita ,mereka pun cpt cpt lh tinggalkan kita .kan. bila kakak takde lg kat sekolah kawan kawan pun tak hirau …jatuh bangun sy pun sy hadap seorang diri sepanjang persekolahan ….sehingga 4 taun sy belajar sy rasa kosong ….takde apa yg boleh buat sy teruja dpt sekolah tu ….tuhan nk tunjuk dn baru sy sedar bahwa …..” kalaulah sy ikut kata mama ayah sy untuk belajar disekolah yg bagus yg berasrama penuh mesti kehidupan sy berbeza jauh dri yg sekarang .baru sy tahu betapa nilainya jika sy ikut kata kata mereka ” …. sy ni boleh diibarat kan anak derhaka yg takde pendirian … sehinggakan setiap kali anak lain bersekolah di tempat asrama yg sepatutnya kini sy belajar di situ ,setiap kali dengar nama sekolah asrama tu ..sy rasa kecewa teramat …kecewa bukan sebb apa kecewa sebb “aku tak laksanakan tanggungjawab sbg ank berguna dlm family …” ..tapi ,xde apa lg yg nak ditangisi betul kan ,jadi sy ambil kesempatan untuk perbetulkan silap dan cuba buat terbaik lg ..sampai sekarang sy masih tak lupakan bagaimana susahnya ayah sy buat rayuan tuk tukarkan sekolah bagus tu ke sekolah yg sekarang ni sy belajar demi harapan nak lihat sy genbira dn seronok bila belajar .. sy yg tak hargai langsung sama sekali apa yg mrrka dah buat …sy ank yg kejam tau tak …byk kali sy hampa kan ma ayah …sy tak berguna …jd takde apa lagi yg buat sy bangga dn ni pun cuma kalau siapa yg tak terasa seronok bila belajar perkara yg takk diminati tu tolonglah igt muka muka yg berharap nk kita berjaya …muka mak pak kita yg selalu nak kita peroleh kejayaan ….dlm diam dia orang ,mereka susah cari duit …dlm ketiadaan kita dirumah ,merka berharap sgt kita sentiasa selesa dgn apa yg kita buat ,merka risau bhwa mrrka menjadi penghalang kita utk berjaya ….sy nak kata menyesal tu ad lah sikit hehehe …berharap sgt nak pergi jauh jauh tinggalkan sekolah tu atau lebih gembira lg pindah sekolah ..tpi perkara mcm tu tambah kan beban ma ayah sje ..kena tunggu setahun je lg lepastu tak pandang apa lg dah ..sy syukur yg teramat ya allah .lagi setahun ya allah …aku da boleh tinggalkan sekolah ni ya allah …dan da tentunya masih ad lagi perjalanan berliku yg mesti sy hadap lepas setahun tu…hahaha itu je harapan sy buat kali ni … aku kena kuat …mental aku kena kuat ..yesss tq
As salam Nuu.. Saya pun sama macam awak. Sebijik sama. I went to matriks (batch 2013/2014) and I experienced exactly the same as you did. Lagi teruk, it started since I am in form 2, and makin lama makin teruk sampailah sekarang (2019). Menangis and nangis, giving up, feeling hopeless, rasa tidak minat, wanted to suicide. I try to paksa and at one time saya paksa, buka buku, pegang pensil, tapi in the end I fell asleep, I can’t concentrate apa yang saya belajar. Baca doa khas untuk mengelak malas setiap kali lepas solat pun mcm tak berkesan. Memang semangat jatuh masa tu. Motivasi tak berkesan untuk saya, ceramah, words from friends, family, even I went to see counsellor, nothing can make me motivated. Still malas. Sampai saya syak ada orang sihir saya. Astaghfirullah hal azim.. Nuu, we are same, sangat malu pada org, yang kita tak ada usaha untuk do things because of malas. Sedangkan kita dah usaha untuk find things that will make us motivated, dah paksa diri tapi masih sama. Anything you write here, happened same to me. I also went to matriks.. anything I do, I did because ikut cakap parents sbb percaya pada keberkatan apabila ikut ckp mereka. You are not alone..
Mcam man’s nk dapat keberkatan dlam pelajara
Restu ibu bapa dan guru antara kuncinya
saya pelajar master dan sy menyesal harini kerana sy telah menangguh-nangguh tanggungjawab saya untuk menyiapkan proposal tesis.. saya cuba fokus untuk membaca jurnal2 tapi sy tak dapat fokus. akhirnya setiap hari saya tidur sepanjang hari sbb apabila saya cuba untuk fokus sy jd blurr, sy taktau arah fokus saya. sepatutnya saya hantar draf proposal tesis pada supervisor saya tapi saya hanya mampu mengatakan bahawa saya tak siapkan lagi penulisan saya. saya taktahu kenapa saya tidak mampu berfikir cara menyelesaikan masalah tidak fokus dan sikap menangguh-nangguh saya. sy betul-betul menyesal.
Saya bersimpati mendengarnya
terima kasih berikan entry2 yag menarik…sy ske blog ni
Alhamdulillah
Assalamualaikum
nak minta pendapat,
sy baru dapat kerja di sebuah kilang dan berada di posisi kerani akaun
manager sy sangat baik dan sabar ajar sy yg freshgraduate dan masih blur2 utk buat kerja.
setakat yg dia ajar sy cuba fahamkan dan tanya bila tidak tahu,manager sy akan bg jawapan utk tiap2 soalan sy,kalau dia x tahu, dia minta sy tanya bos..
tetapi,manager sy berhenti secara tiba2,
dan semua kerja dia, bos minta sy dan seorang lg pekerja baru utk buat
sy baru masuk 3 minggu, berhadapan dgn kerja seorang manager akaun,
kami 2 org kena buat report PnL,kunci kira2 utk hntr ke HQ,
bos ada minta seorang staf yg senior utk bantu kami..
tp senior itu minta sy tengok report yg lepas2, dan dia hanya tunjuk yg mana kena betulkan..
malangnya sy dan sorang lg staf memang x mampu utk buat kerja tu sendiri,
mungkin bos fikir sy ada sijil akaun, tp realitinya sy ni ‘babycorn’ masuk ke alam pekerjaan
pekerjaan bukan mcm exam..yg kita boleh baca saja dan ingat,tengok soalan2 past sem, jwb letak je jwpn yg rasa betul…kdg2 pensyarah pun xada terangkan,minta baca sendiri..
berkerja, kita kena faham apa yg kita buat.mesti ada org ajarkan.
kerja2 sy semua tertangguh gara2 nak siapkan report tu, dan sy amat tertekan skrg,
sy ckp dgn bos yg sy mampu buat report setakat itu je,dgn byk kesalahn.
bos beritahu nk minta org HQ ajar kami..tp xsemestinya belajar sekali,dah boleh buat.kan?
mcmana sy nk hadapi dgn keadaan mcm ni?
As Salam tuan,
Saya bersimpati dengan nasib yang menimpa tuan, saya dapat rasakan tekanan yang cukup tinggi diletakkan ke atas tuan.
Apa yang saya boleh nasihatkan kepada tuan adalah tabahkan hati dan kuatkan keazaman. Anggap sahaja ini sebagai learning curve tuan dalam bidang kerjaya.
Jadikan sabar sebagai teman. InsyaaAllah tuan akan baik-baik sahaja.
Mungkin tuan boleh develop skill produktiviti untuk mempercepatkan kerja, seperti pecahkan tugas tu kepada task2 kecil supaya tuan tak rasa tertekan sangat seperti menyiapkan tugas tersebut sekali gus.
Maybe ada satu dua perkara tuan boleh hack supaya memudahkan tugasan tuan. Saya tak tahu dengan jelas apa skop kerja tuan, tapi saya yakin tuan akan jumpa penyelesaian yang memudahkan kerja nanti.
Apa pun, saya doakan tuan cepat adapt dengan cabaran-cabaran ini, dan dipermudahkan urusan kerja.
alhamdulillah..sy dah lama tercari-cari bagaimana nak atasi sikap malas dn bertangguh krn sy sering menangguh-nangguh kerja. hal ini menyebabkan sy sendiri tertekan dengan sikap sendiri, tetapi tdk tahu bagaimana mengubah sikap ini. terima kasih banyak-banyak atas nukilan ini
Sama-sama.
Semoga memberi manfaat kepada Kina
terima kasih atas nasihat…ye kdg2 kita takut utk hadapi sesuatu tugas yang susah…kita berharap dgn menangguh kita dapat selesaikan tugas lain yang lebih mudah…
Sama-sama.
Selagi kita buat kemajuan menyiap tugasan itu walaupun sedikit, itu lebih baik dari terus terganggu membuat benda lain.
boleh saya dptkan doa tu dlm bhs arab jugak? emelkan pd saya pn bole. terima kasih :)
Wassalam,
Boleh. Ini doanya dalam bahasa arab:
Nanti saya emel juga kepada puan/cik
doa ni merupakan sebahagian daripada kumpulan2 doa makthurat.. InsyaAllah kita sama2 amalkan doa sebegini.
Terima kasih admin diatas kandungan blog yg bermanfaat ini..