Rasulullah s.a.w dan Kucingnya

 Rasulullah

Kisah Rasulullah dan Kucingnya, Mueeza

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.

Suatu ketika, dikala Rasulullah hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya.

Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Rasulullahi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.

Sebagai balasan, Rasulullah menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

Dalam peristiwa lain, setiap kali Rasulullah menerima tetamu di rumahnya, Rasulullah selalu menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang Rasulullah sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabat, Rasulullah selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.

Rasulullah SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Tidak hanya Rasulullah, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya mati

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.


*Ada sesetengah dari kita sanggup membiarkan kucing kelaparan. Mungkin ramai yang tidak mengetahui balasannya.  

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

61 thoughts on “Rasulullah s.a.w dan Kucingnya”

    • Dr apa yg saya blajar & dgr dpd guru2 agama mmg kucing adalah binatang kesayangan Nabi Muhammad s.a.w tp ini bkn b’mkna Baginda tdk mengasihi haiwan lain.begitu juga dgn kisah Abu Hurairah..mgkin ada yg pernah t’dengar crita ni dlm versi b’beza..biasalah tu.apa pun pengajarannya di sini ialah supaya kita b’buat baik t’hdap ciptaan ALLAH yg lain.. (-:

      Reply
  1. sye pling ske n sygkn kuching3..p kuching yg sye syg tlh hilang akibat kecuaian sye sdnri…=( sye amt rndukn mie2(nme kuching),dua ari lps sye mnges sal mie3 sbb genap 11bulan dye hilang….

    Reply
  2. sy pn suke kucing..tp dlm family ada yg x suke.. terpaksa hantar 3 ekor ke pasar.. tinggal la 5 ekor.. tp 2 ekor ibu baru je beranak 4 ekor kucing.. sy syg sumenya tp fmly x bg bela byk2.. katanya jiran marah..sy jns x kurung kucing,bg dy hidup bebas.. tp tu la, sedih bila fkr akan terpisah dgn kucing2 ni nti..

    Reply
  3. memelihara kucing umpama satu terapi..  sifatnya yg manja menyenangkan, keletahnya yg comel menenangkan jiwa yg tidak keruan dan kerenahnya yg pelbagai bisa menguji tahap kesabaran..  yg pasti kucing kawan terbaik manusia walaupun dunia kita berbeza….

    Reply
  4. saya amat sygkan kucing2 saya…..saya berjanji akan bersabar dlm melyn kerenah nya…batapa byk nya ganjaran pahala

    Reply
  5. salam semua…sy pon suka kucing..tp skrg ni kt rumah dh ada 11 ekor kucing..plus dlm tgh bulan 6 ni sy akan bersalin..so sy igt nk bg kucing2 ni kt org free je siap dh bg ubat cacing…sbb environment utk baby xberapa elok bela kucing byk2…kalo ada sape2 yg berminat nk amik…boleh contact suami sy 013-3032999 (din)

    Reply
  6. kucing saya mati kena langgar lari mase sye skolh rendah..saye menangis selama tiga hari sbb rasa sedih n bersalah,,T__T..rindunya nk peluk kucing..kalaula bole bela kucing kt cni..

    Reply
  7.  Saya selalu bagi makan kucing… kaadang sampai 12 ekor sekali datang… entah dari mana2. Yg jinak ada 3 ekor jer, lain semua liar nak belai pun mereka lari

    Reply
  8.  Dulu bagi masa malam jer,, sbb stock makanan tk banyak. Skrg lunch pun bagi, kadang kalau ada lebih siap bagi breakfast lagi. Ada 2 ekor paling manja, kalo saya pergi dewan makan, dia ikut dari rumah sampai depan pintu dewan,,, kalo blh dia nak ikut masuk dalam dewan makan sekali !!! Selepas kita makan, ingatkan dia dah balik, tetiba jer tgh jalan 2 ekor ni muncul lagi.. ikut kita balik cabin.. Jarak dari cabin ke dewan makan adalah dlm 200m. Jauh juga tuu

    Reply
  9. Dulu bagi masa malam jer,, sbb stock makanan tk banyak. Skrg lunch pun bagi, kadang kalau ada lebih siap bagi breakfast lagi

    Reply
  10. Dulu saya ada banyak kucing. Disebabkan banyak sangat ayah hantar sebahagian ke pasar. Ada juga yang telah menemui ajal. Akhirnya tinggal seekor. Baru-baru ni bila balik umah lepas cuti sem, yg sekor tu hilang.. T___T

    Reply
  11.  saya pun suka sangat-sangat kat kucing. kalau kucing nak tidur. siap kemas2 lagi tempat dia nak tidur. dah macam untuk manusia dah. :)

    Reply
    • bulu kucing pd badannya xnajis tp org ckp yg dah tertggal tu najis sbb daa kire mcm bangkai tol ke?   

      Reply
      •  Berikut dipetik fatwa yang dikeluarkan Markas Fatwa dibawah pegawasan Dr Abdullah al-Faqih :-
        “Kucing bukanlah binatang yang najis, diriwayatkan dari pengarang2 al-Sunan dari Kabshah bt Ka’b ibn Malik, isteri kepada Abu Qutaadah, bahawa Abu Qutaadah masuk dan dia (isteri) menuangkan air kepadanya agar dia dapat melakukan wudhu’. Kemudian datang seekor kucing dan minum dari air tersebut, dan ia menarik takungan tersebut agar dapat minum air tersebut. 

        Kabshah berkata :’Dia melihatku memandang kepadamya dan dia berkata, ‘Adakah anda mendapatinya pelik, Ya anak perempuan saudaraky?’. Aku berkata,’Ya’.

         Dia berkata :’Rasulullah ‘sesungguhnya bukanlah kucing itu najis, kerana sesungguhnya ia adalah dikalangan mereka yang biasanya berada dikeliling kamu (al-tawwaafeena ‘alaikum).Maka dengan itu, apa yang datang pada bulunya adalah bersih (Taher) dan tidak memudharatkan jika ia terjatuh kedalam makanan dan minuman, akan tetapi seeorang itu boleh meinggalkannya sebab menjaga kesihatan” [Fatwa IslamWeb : 52034]

        Perkataan “mereka yang biasanya berada dikeliling kamu didalam hadith yang terkandung didalam fatwa diatas membawa maksud kucing itu juga bagaikan orang gaji atau orang rumah yang biasa berada dengan orang2 didalam rumah.

        Terdapat juga didalam riwayat yang lain, dimana seorang wanita membawa makanan hareesa kepada A’isyah ra. dan mendapati beliau sedang bersolat. A’isyah telah mengisyaratkan kepadanya agar dia meletakkan barangan tersebut dibawah. Kemudan seekor kucing datang dan makan sedikit darinya. Apabila A’siyah selesai bersolat, beliau makan makanan yang telah makan oleh kucing tersebut dan berkata

        ‘Rasulullah  Kucing bukanlah najis, malah dia adalah diantara mereka yang biasanya berada dikeliling kamu”. Aku melihat Rasulullah  saw melakukan wudhu’ dengan air yang telah diminum oleh kucing” [Hadith Riwayat Abu Daud dan lain2].

        Reply
        • Berikut adalah jawapan dari JAKIM mengenai status bulu kucing :

          Soalan : saya ada memelihara kucing di rumah saya..adakah sah sembahyang saya,jika kain sembahyang atau sejadah terdapat bulu kucing.Adakah bulu kucing ini dikategorikan sebagai najis?

          Jawapan : Sah solat saudari kerana bulu kucing bukan najis.. 

          sumber : http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf 

          Kesimpulannya, kucing bukanlah binatang najis, begitu juga dengan bulunya. Kucing dianggap sebagai ‘orang rumah’ sebagaimana yang digambarkan didalam hadith Nabi  saw.

          –sekian jawapan yang sempat saya rujuk, mohon diperbetulkan jika saya silap. Wallahuaklam

          Reply
  12.  sy ade kucing tp br je mati..sgt sedih..tp time 2 ade kat u so xsmpt nak tgk..mak sy menangis, abg2 sy ngan ayah pon xdpt thn..nak tau ape yg sy hrpkn bl dia mati?sy harap nnt sy dpt jmpa kucing sy lg di akhirat dan tggu sy di pintu syurga..insyaallah..sy teramat syg n rindu kat kiki

    Reply

Leave a Comment