
Bolehkah seorang isteri minta cerai daripada suami?
Apakah hukumnya?
Dalam artikel ini, saya akan menerangkan mengenai beberapa perkara mengenai penceraian:
- Jenis talak dan hukumnya
- Persoalan berkaitan isteri ingin minta cerai
Jika ini adalah topik yang anda sedang cari, artikel ini adalah untuk anda.
Jom kita mulakan:
1. Apakah itu talak (penceraian)
3. Hukum talak
4. Bolehkah isteri minta cerai?
- Persoalan 1
- Persoalan 2
- Persoalan 3
5. Kesimpulan
Apakah Itu Talak (Penceraian)
Memang tidak dapat dielakkan bahawa kadangkala berlaku kepincangan dalam sesebuah rumah tangga khususnya keretakan hubungan antara suami isteri berpunca daripada pelbagai sebab.
Ada antaranya yang melibatkan masalah nafkah, faktor pergaulan bebas di luar rumah, tidak ada rasa hormat antara satu sama lain dan sebagainya.
Semua masalah ini boleh membawa kepada bibit-bibit penceraian antara pasangan yang berkrisis.
Talak ialah satu hukum yang melepaskan ikatan perkahwinan (pembatalan nikah) dengan lafaz, “aku ceraikan dikau dengan talak satu, dua atau talak tiga.”
Jenis-Jenis Talak
1. Talak Bain Sughra
Suami telah menceraikan isteri dengan talak satu dan khuluk, iaitu bertebus talak dengan bayaran tertentu.
Tiada boleh rujuk melainkan melalui akad nikah yang baharu.
2. Talak Bain Kubra
Apabila suami telah menceraikan isteri dengan talak tiga, bekas isterinya tidak boleh dirujuk atau dinikahi semula kecuali setelah melalui semua perkara-perkara berikut:
- Setelah selesai idah perempuan
- Berkahwin dengan lelaki lain
- Ada persetubuhan dengan suami baru
- Bercerai dengan suami baru
- Selesai idah dengan suami baru
3. Talak Raj’i
Suami telah menceraikan isterinya dengan talak satu atau talak dua dan boleh dirujuk semula sekiranya isteri dalam idah tanpa akad yang baharu.
Tetapi jika idahnya tamat, mereka berdua hendaklah dinikahkan semula.
Aku ceraikan/talakkan engkau
2. Talak Kinayah (tidak terang)
Kau sekarang janda
Kau dengan aku putus
Hukum Talak
1. Wajib
Apabila perbalahan suami isteri tidak lagi dapat didamaikan walaupun sehingga ke peringkat menggunakan orang tengah maka wajiblah bercerai dengan isterinya.
2. Haram
Apabila isteri diceraikan dalam waktu-waktu seperti isteri dalam haid, setelah suami bersetubuh dengan isterinya, isteri dalam keuzuran/sakit atau isteri yang belum disempurnakan giliran.
3. Sunat
Apabila suami tidak dapat menanggung nafkah isteri kerana tidak ada pekerjaan atau uzur, isteri boleh menuntut fasakh (memohon membatal nikah dengan tidak mengurangkan bilangan talak).
Suami juga boleh menuntut fasakh jika isteri tidak mahu menjaga maruah diri, berkahwin dengan isteri kerana paksaan, atau isteri bersikap bengis dan kasar terhadap suami.
4. Makruh
Makruh suami menceraikan isteri yang baik tingkah laku, taat kepada ajaran agama atau tanpa sebab munasabah.
5. Harus
Harus bagi suami melepaskan isterinya disebabkan dia (suami) lemah keinginannya atau isteri yang putus haid
Persoalan: Bolehkah Isteri Minta Cerai?
Di sini saya sertakan tiga persoalan mengenai isteri minta cerai berdasarkan tulisan Ustaz Muhamad Fathi Yusof dalam buku Fiqah Perkahwinan.
Soalan 1
Saya baru berkahwin dua tahun lalu dan dikurniakan seorang anak.
Malangnya saya dan suami selalu berbeza pandangan dan bertengkar. Bila direnung, saya dapati suami saya bukanlah jahat atau curang, tetapi kami mungkin tidak serasi dan banyak berbeza dari segi budaya dan cara berfikir.
Mungkin latar belakang keluarga juga mempengaruhi konflik kami ini.
Keadaan ini banyak menimbulkan tekanan dalam hidup dan pekerjaan saya sehingga mendorong saya untuk memikirkan soal penceraian.
Apakah hukum seorang isteri memohon cerai?
Jawapan:
Penceraian adalah diharuskan tetapi sepatutnya menjadi pilihan terakhir selepas bersungguh-sungguh dan jujur dilakukan untuk menyelamatkan perkahwinan.
Suami dan isteri tidak boleh memandang ringan soal penceraian.
Masalah yang timbul akibat ikatan perkahwinan biasanya tidak hilang atau luput dengan penceraian seperti yang disangka ramai orang.
Bahkan penceraian mendatangkan lebih banyak masalah.
Biasanya akan berlaku pertikaian panjang dalam soal penjagaan anak, soal nafkah, timbul masalah penyesuaian diri dengan status yang baru dan lain-lain.
Ringkasnya, penceraian lebih mendatangkan masalah daripada penyelesaian.
Mana-mana suami atau isteri yang terlintas untuk berpisah perlu kembali bermuhasabah tentang ketinggian nilai perkahwinan di sisi Allah SWT.
Nikah ialah ibadah dan selari dengan sunnah Rasulullah.
Tujuan perkahwinan adalah untuk membina ikatan yang halal dan diredhai Allah sesuai dengan tujuan penciptaan manusia.
Keluarga adalah pusat kebahagiaan dan cinta.
Ikatan pernikahan dan keluarga terbukti sebagai asas untuk membawa kegembiraan dan kerukunan hidup.
Jika ada kelemahan yang perlu dinilai, bukan ikatan itu, tetapi kelemahan yang ada pada kedua-dua suami dan isteri.
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
Perlu juga diingat bahawa setiap perkara yang baik ada cabaran dan dugaan.
Allah menguji manusia dengan kesukaran, sama ada sukar dalam bentuk kebendaan, atau mungkin juga dari sudut perasaan.
Ujian ini adalah satu sentuhan daripada Allah untuk mengajak manusia agar sentiasa ingat kepadaNya dan bergantung sepenuhnya kepada RahmatNya.
Jika manusia mengharap kesempurnaan dalam kepuasan perasaan atau harta benda, maka dia akan kecewa.
Kesempurnaan adalah milik Allah SWT.
Kelemahan pada pasangan dan keluarga itu adalah simbol cinta Allah.
Hikmahnya adalah untuk kita sentiasa berserah kepada Allah.
Membina keserasian dalam sesebuah rumah tangga bukan perkara mudah.
Tempoh dua tahun masih singkat untuk saling mengenali antara satu sama lain.
Proses saling memahami, menginsafi kelemahan diri, saling menasihati, menyerap kebaikan dan menyisih keburukan berlaku secara beransur-ansur.
Apa yang penting ialah sentiasa memohon kepada Allah agar mengurniakan kelapangan jiwa supaya sentiasa berada di atas landasan yang diredhaiNya dalam membina mahligai kasih.
Kedua-dua suami dan isteri sewajarnya sentiasa berikhtiar agar rumah tangga dapat terus bertahan hingga akhir hayat.
Bekalan yang paling penting untuk mempertahankan sesebuah perkahwinan ialah bekalan hidup beragama.
Agama mestilah menjadi teras kepada rumah tangga.
Kedua-dua suami isteri diajak untuk memperbanyakkan bersyukur dengan nikmat ikatan perkahwinan.
Syukur kerana dikurniakan pasangan hidup.
Dengan bersyukur, masing-masing lebih terdorong untuk memfokuskan kebaikan-kebaikan yang dilakukan oleh pasangan, dan cuba untuk melupakan kelemahan-kelemahannya.
InsyaaAllah dengan cara ini, kita akan dapat menyisihkan perasaan untuk berpisah.
Ingatlah pesanan Rasulullah yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar:
Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak
— Riwayat Abu Daud
Selain itu, perlu diingat juga bahawa kadangkala anasir luar juga boleh mempengaruhi cinta suami isteri.
Peranan ibu bapa dan mertua adalah untuk menjadi pendamai dan pemujuk, bukannya batu api atau perosak rumah tangga.
Begitu juga sahabat dan kawan-kawan.
Setiap suami isteri mesti berwaspada agar tidak mudah terpesona dengan hasutan jahat mereka yang berjiwa busuk.
Untuk mereka pula tersedia balasan atas kejahatan seperti yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:
Bukanlah daripada golongan kami bagi sesiapa yang merosakkan hubungan seseorang wanita dengan suaminya
— Riwayat Abu Daud
Soalan 2
Bagaimana jika saya mahu berpisah tetapi suami enggan melepaskan saya, adakah ada ruang untuk saya memaksa suami saya?
Jawapan:
Terdapat beberapa bentuk perpisahan antara suami isteri.
Talak biasanya ialah penceraian yang dilakukan oleh suami.
Isteri pula tidak mempunyai hak untuk menceraikan suami.
Kuasa untuk talak berada di tangan suami kerana diiktiraf oleh Allah sebagai “pihak yang memegang ikatan nikah” seperti dalam al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 237.
Oleh itu, dia mempunyai amanah untuk menjaga sebaik mungkin ikatan nikah itu agar tidak berlaku penceraian.
Suami perlu berhati-hati dan teliti sebelum bertindak untuk melafazkan cerai atau talak.
Bahkan menurut Islam, lafaz talak merupakan lafaz yang tidak boleh dijadikan mainan atau senda gurau.
Bagi seorang isteri pula, hak untuk berpisah dengan suami boleh berlaku melalui beberapa jalan, iaitu fasakh atau khuluk.
Fasakh ialah pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada hakim.
Hak ini timbul jika suami mengabaikan nafkah, mempunyai penyakit berjangkit seperti HIV, menimbulkan kecederaan kepada isteri, mati pucuk atau alasan-alasan lain yang termaktub dalam undang-undang.
Oleh sebab fasakh hanya boleh berlaku jika terdapat kelemahan ketara di pihak suami, maka pilihan yang dirasakan lebih sesuai untuk masalah keserasian suami isteri ialah khuluk.
Khuluk atau tebus talak berlaku apabila isteri menebus dirinya agar dibebaskan oleh suaminya melalui satu pembayaran yang dibuat oleh isteri kepada suami.
Tebusan itu disebut semasa lafaz khuluk dibuat dan jika jumlah khuluk tidak disebut dengan jelas, maka suami berhak mendapat mahar misil daripada isterinya.
Hukum khuluk ini bersandarkan firman Allah:
Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa – mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
Ibnu Abbas meriwayatkan:
Isteri Tsabit bin Qais datang menemui Rasulullah dan berkata, ‘Wahai Rasul Allah, (tentang) Tsabit bin Qais, aku tidak mencelanya dalam perkara akhlak dan agama. Tetapi aku benci akan kekufuran dalam Islam (dengan sebab tidak dapat melaksanakan hak-hak suami).’ Nabi bertanya, ‘Bolehkah kamu memulangkan kebunnya kepadanya?’ Dia menjawab, ‘Boleh.’ Rasulullah SAW bersabda kepada Tsabit bin Qais, ‘Terimalah kebun itu, dan ceraikannya dengan talak satu.'”
— Riwayat al-Bukhari
Oleh sebab khuluk berlaku atas kehendak isteri, maka isteri tidak dikira menanggung mudharat akibat perpisahan sebagaimana talak biasa.
Oleh itu, suami diharuskan melafazkan khuluk ketika isterinya berada dalam keadaan haid atau dalam keadaan suci walaupun selepas berlaku persetubuhan.
Selain menamatkan akad secara fasakh dan khuluk, talak taklik ialah satu cara penceraian yang agak popular di Malaysia.
Hal ini berlaku kerana terdapat undang-undang yang mensyaratkan lafaz taklik tertentu sejurus selepas lafaz akad nikah.
Lafaz taklik ini tidak diwajibkan menurut hukum syarak, tetapi diamalkan di negara kita kerana memberi perlindungan tambahan kepada isteri.
Lafaz taklik ini berbeza antara satu negeri dengan negeri lain.
Namu begitu, secara umumnya ia mengandungi hak isteri untuk memohon cerai apabila berlaku beberapa perkara seperti suami tidak tinggal bersama-sama isteri dalam tempoh tertentu, kegagalan suami membayar nafkah dan menyebabkan kemudaratan kepada tubuh badan isteri.
Talak taklik berlaku apabila isteri membuat pengaduannya di mahkamah dengan sokongan saksi atau bukti lain yang memadai dan permohonannya diterima oleh mahkamah.
Soalan 3
Kalau saya telah berpisah, adakah masih ada ruang untuk kami bersatu semula dengan cara rujuk?
Jawapan:
Jika perpisahan berlaku secara khuluk, maka suami tidak berhak untuk rujuk kepada isterinya dalam tempoh idah kerana khuluk ialah sejenis talak ba’in.
Bekas suami atau isteri itu tidak boleh bersatu kembali melainkan dengan mengadakan akad yang baharu dan mas kahwin yang baharu.
Hukum ini meliputi talak khuluk yang berlaku sebelum persetubuhan atau selepas persetubuhan.
Penutup
Setiap suami yang diberikan amanah dan kuasa oleh Allah untuk memutuskan soal talak perlu berhati-hati dalam menggunakan kuasa ini.
Talak hanya boleh dilafazkan jika penceraian itu tidak dapat dielakkan bagi menjaga kepentingan agama, akidah atau maslahah lain yang sah.
Moga Allah menjadikan kita semua insan yang menjaga batas-batas hukum Allah dan memenuhi amanah yang diberikan olehNya.
Asalam ustaz.. Sy dah Berkahwin 10thun di kurnia kn 3 org ank.. Suami sy selalu out station. Keje di kl. Kdg2 2minggu xbalik. Persoalan nya di sini boleh tak kalau sy minta cerai. Kerana suami abai kn tgjwb dan nafkah. Sy dan ank2. Sy bisnes sdri.. Keperluan ank2 dan isi rumah smua sy yg tanggung.dea kerja gov gji skit sy faham tp kerja selalu out Station msti ada elaun keluar. Duit dia bg kat sy sbln 1k tu untuk bayar sewa rumah Rm650 kereta Rm650 tu pun lbih 200 sy kene tmbh.. Tu bkn nafkah. stat sy beranak ank kdua 7thun lalu. Dea abai kn.mkn minum ank2 perbelanjaan smua sy tgug sy stres kdg2 Bill api air nk kene cri. Sdg kn Sy xbkerja tetap . Cuma bisnes kecik2 online. N bantu mak kedai makan. Lg 1 suami jnis xendah. Kalau dea keluar out station terus tputus hbgn kami. Dri segi prasaan lg la xpnh nk treat sy mcm bidadari Sdg kn Sy selalu mbntu. Sy dah 2x pg ke makamah mohon fasakh lps tu dea jnji xnk abai kn kami.. Lps dah btl cerai dea buat balik prgai dea. Lg 1 sy xsgup dah hidup dgn org yg x membantu. Bkn sy tidak bsyukur. 10thun sy setia mnunggu. Kerja jauh pun duit tetap xde tp bila bli Keperluan dea sdri ada pulak. Yuran sek ank2 n smua sy sdiri. Sy stress…. Mohon pdpt..
Asalammualaikum… Apa sy nak buat bila suami suka cari kesalahan saya? Tiap hari ada je punca dia nak bawak bergaduh. Pernah dulu satu hari waktu saya tgh pantang kami bergaduh besar, sampai dia tolak ii sy. Kalau tolak ii sikit tk pelh. Nii sampai jatuh. Skrng kalau bergaduh, sy je yg mengalah. Kalau tk mengalah membawa lah sampai ke esok ii. Then suka ungkit ii padahal semua tu tanggungjawab dia dan macam pulak dia tk pernah pakai duit sya bila bercakap. Sumpah sy makan hati sangat dgn perangai dia. Bila saya mintk cerai dia tknk ceraikn saya. Tpi saya betul ii tk boleh tahan. Saya buat salah sikit je dah tengking ii marah ii. Mintak tolong tgok anak pun bekira. Bila saya lambat masak pun dia marah ii. Padahal saya bukan sengaja. Tkkn sy nk biarkn anak. Dulu dia pernah jugak tlong ii sy. Tpi lepas mak dia kata “kau tolong bini kau buat apa? Dia ada tolong kau keje kat luar nii ke?”, Mula dari mak dia kata mcm nii dia jadi macam nii
. Padahal saya ada jugak tolong ii siram pokok ii kat kebun, sy rasa apa yg sy buat semua dia tk nampak. Yg dia nampak benda buruk pasal sy. Bila bergaduh sy ajak bincang elok ii, mesti dia akan cari kesalahan saya. Bila sy baru bukak 1 kesalahan dia. Dia dh mengamuk. Marah ii maki ii. Siap je boleh tahan. Saya rasa mentel sy nii dh kena seksa.
Assalam semua,
Sedih apabila kakak ipar campur tangan dan jadi penentu keputusan pihak isteri…Ini kerana isteri menganggap kakak nya seperti ibu kedua setelah ibunya telah meninggal dunia. Sejak itu isteri mula tidak hormat pada suami serta menuruti segala nasihat kakak nya sendiri melebihi suaminya sendiri…AstargfirullaHalaaZiim
Salam ustaz saya dah sebulan cerai isteri sya dngan talak 3 disebabkan tidak sengaja kerana waktu tu kami bertengkar disebabkan salah faham ustaz. tapi kami msih lgi syg rumah tngga kmi dh seorang anak dn kami nk rujuk balik ustaz..,sya kerja satu kilang dngan isteri sya . sama2 kerja (bantu saya ustaz??)trima ksih.
Assalamualaikum ustaz
Saya telah hidup bersama suami hampir 22 tahun.makin lama hati saya semakin tawar tapi saya x menyalahkan dia dan saya xnk burukkn dia.cuma hati saya dah kosong.soalan saya bolehkah sy meminta suami menceraikan saya atas alasan saya sudah tidak ada perasaan lagi padanya.saya pernah meminta secara baik tapi dia tetap xnk lpskn saya. Saya cuma berdiam diri tapi saya rasa x jujur dengan perasaan saya.
Terima kasih
Saya nk tyn klu suami Tak Kasi nafkah slama 14 tahun mcm Mana tu?saya menpunyai 6 org anak kami slalu brgaduh pasal dia xkasi nafkah slama 14 tahun lps tu pasal kjr dia yg slalu xada duit kadang2 sampai susah nk beli brg dapur.smunya saya yg beli brg dapur smu saya tanggu smu pasal hal rmh nie.pasal sklah anak dia buat xtahu pun slama nie saya yg buat smunya.dia tahu blk mkn lps tu tidor lps dia prg kjr blk hr2 yg sama je dia buat.saya nk tyn slama 14 tahun dia xkasi nafkah dah jatuh talak ke blm?
Assalamualaikum… Sy ingin bertanya.. apa yang saya perlu lakukan bila suami sy curang dengan wanita lain.. sembunyi2 berjumpa dan chat sembunyi2…. Sehingga dia ingin keluar dari rumah kerana ingin berfikir dengan baik dan bertenang… Sy ada jumpa wanita itu, dia mengaku tiada lg berjumpa atau bermesej.. tapi saya curiga pada suami saya.. sebab dia ada beli fon dan nombor baru.. dia ckp kt saya.. no dan telefon tu bukan untuk dia berhubung dengan saya.. bila saya tanya.. dia tetap dengan pendirian dia.. bahkan saya di block.. bukan hak saya untuk tahu apa kegunaan telefon tersebut… Bila saya cakap yang lain2 dia akan marah…. Apa saya perlu buat… Perlukah ada rahsia antara suami isteri? Hati saya tidak tenang bila benda itu saya tahu (telefon privacy) tapi saya tidak berhak tahu untuk apa….. Saya buntu…
Boleh kah sy mintak cerai pada, suami di sbb kn sy berlainn negara dan kami dh pon pisah ranjang selama dua thun, dan status sy tergntung sdgkn suami sy tidak mahu melepaskn sy
Ya dibenarkan memohon cerai jika suami gagal memberi nafkah zahir dan batin melebihi 1 tahun.
Salam ustaz..sy dan suami tidak sepahaman dan suami terlalu mengongkong..suami sering kali berhutang dan menipu sy dgn mggunakan alasan sendiri “isteri sakit @ anak sakit dlm berhutang”..sy dh tawar hati n terlalu stress.. suami memberik sy duit nafkah dan duit nafkah itu jugak untuk keperluan harian dan perbelanjaan dapur,suami telah lama tidak memberi sy nafkah batin..boleh kah sy memohon cerai..
Wassalam.
Ya, isteri dibenarkan untuk memohon cerai jika suami gagal memberi nafkah batin.
Sy nikah di segamat kg sy dan tggl bersama suami di melaka..adakah sy boleh buat permohonan di segamat..kerana skrg sy berada di kg menjaga emak sakit dan suami yg menghantar sy balik ke kg..
Assalamualaikum , saya mas.kenal suami da 4thun. Bru 2 thun berkahwin . Mempunyai seorg ank lelaki berusia setahun . Selama setahun stgh perkahwinan suami berlaku curang brsama beberapa prempuan , trmasuk adik kndung saya pada raya haji 2019. Dari awal saya mengndung smpaila berpantang . Saya dah byk kli brpesan supaya berubh.tetap berulang . sbulan dua elok. Lpas tu jd lg.Sehingga bln 11 2019 . Saya memberi amaran. Lagi sekali dia mempunyai hubungan sulit. Saya akn mminta cerai di mahkamah . Semua nya baik semenjak itu . Sehinggala baru baru ni . Dia buat perangai balik . Saya tgok dia download michat chat prmpuan xsenonoh siap nk berjumpa untuk melakukam prkara trkutuk. Saya da tawar hati.Apa ptut Saya lakukan? Bolehkah mintak cerai? Hak penjagaan anak bagaimana?
Wassalam.
Boleh kerana sudah nyata suami sering melakukan maksiat.
Hak penjagaan anak biasanya akan diberikan kepada ibu jika anak berumur kurang dari 12 tahun.
Assalamualaikum, saya dah kahwin masuk 7 tahun, ada sepasang anak.Suami saya muda 5 taun dari saya. Awal tahun ni saya bekerja semula selepas 4 taun saya berhenti keje sebab mengandung dan besarkan anak,.. Suami saya jenis leka. Leka TANGGUNGJWB dia, saya tak salahkan dia mungkin saya yg manjakan dari awal sblm ini adik angkat, segala kerja di ruma urus anak saya buat, wlpn saya sudah bekerja. Sikap dia berubah slps Pkp, terkandas di kg selama 2bln lby bsama anak2, saya seorang diri di rumah sebab keje di waktu Pkp. Dia pakai 2 line hp alasan tiada line kat kg, 1 ari saya dapat tahu dia ada akaun we chat, Mcm2 pmpuan ada dlm tuh, saya sabar, pk dia ada wat part time keje lain, tapi dia dah pandai menipu saya, termasuk ambil MC antar anak2 kat rumah asuh tapi dia duduk rumah, tak tau la ape lagi di tipu.Masa dia bsama saya dan anak2 pun da tak ada, sibuk dgn keje yg cod sana sini balek tak tentu masa.Sedangkan saya dah keje, dah bantu dia lagi, bagi alasan nak bayar hutang,Saya sakit lagi tak endah, saya tertekan dgn dia yg terlalu leka dgn hp dgn COD dia konon tlg binik org lain kesian anak2 org tuh ramai, sedangkan anak bini kat rumah tak jaga, Tak hargai..sehingga bila bgadoh dia balek kg bwk anak2 tinggalkan saya seorang.Waktu raya pertama pun mcm tuh, terasa sgt saya.saya tanye bebaik dgn dia, dia kata dia tertekan. Sedangkan saya dan Ank2 bukan jenis meminta2.. Gaji saya pun saya kongsi beli ape yg patut. Tertekan bila alasan dia bagi seolah kami bebanan dia.
Assalamualaikum. Saya sekarang memanh sudah tawar hati sangat dengan kelakuan suami yg selalu buat benda yg Tak elok dibelakang saya. Sampai sanggup memilih org lain Dan abaikan saya Dan anak2. Usia perkahwinan kami da nak masuk 9tahun, benda yg terlarang yg saya suruh hentikan demi kebaikan rumahtangga kami dia langsung Tak endah kn tapi berulang Kali buat benda yg Sama. Kadang makan minum saya Dan anak2 Pon keluarga belah saya yg tanggung, dia abaikn takde Masa layan saya Dan anak2. Banyak bukti yg saya jumpa sbb kelakuan dia, tapi bila saya beritahu belah suami, semua Tak percaya malah sokong tindakan suami utk abaikan saya Dan anak2. Bila saya tnya dia menidakkan sekerasnya perbuatan dia. Selalu saya yg selalu beralah sbb nk rumahtangga kami baik2 je tapi dia berulang Kali buat perbuatan trkutuk dia dgn mlyan permpuan lain selain tu mengambil ddah smpai snggup nk kami ank Dan isteri dia. Sekian lama saya pendam Dan berharap suatu Hari nanti dia Akan berubah tapi semua tu sia2. Smpai skrang Pon dia tkmahu mengaku saya saya isteri Dan anak2. Saya kerap sgt ditipu smpai keluarga belah suami memandang seolah2 semua ni penyebab Dari saya. Saya da Tak mampu bersabar, selama ni sya bertahan demi anak2 je. Selama ni dia tkpernah ambik tahu pasal saya Dan ank2. Memang la dia bekerja tapi urusan ank2 semua dia letak atas saya, smpai kadang2 kami takmkn ke ap keluarga saya yg tanggung. Sampai satu tahap dia cakap snggup buang kami Dari hidop dia sbb nk pilih keluarga dia.
Wassalam,
Saya rasa lebih baik puan memohon fasakh kerana sudah ketara suami mengabaikan tanggungjawab dan suka melakukan perkara mungkar.
Fasakh ialah pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada hakim.
Assalamualaikum.. saya Ada seorang kawan… Dia mmg ad mslh dgn suami dah bertahun.. usia pernikahan hampir 8 tahun… Si isteri masih bersabar dengan tindakan si suami.. hingga pada 1 Masa pada 2 Jun 2020.. si isteri mengemukakan syarat berupa taklik..(saya nama sisuami jika di dapati menipu lg atau sebagai nya.. maka jatuh talak 1 atas kamu nama isteri KEATAS dia).. . Persoalan nya di sini.. adakah sah talak tersebut.. sbb syarat tersebut di hantar melalui wssp.. Dan dia x pasti samada si suami Ada membaca nya secara lisan atau dalam hati.. mohon pencerahan..
Wassalam,
Tidak sah taklik sebegitu sebab kuasa talak hanya pada suami.
Hanya suami yang boleh mengeluarkan taklik.
Isteri hanya boleh memohon fasakh,
Assalamualaikum ….saya cuma mahu bertanya sekiranya sisuami mengeluarkan perkataan atara kita berdua bukan suami isteri lagi… Adakah salah disisi agama atau tidak
Wassalam,
Ya, terjatuh talaknya jika mengucapkan demikian.
Satu lagi jika sisuami becakap dalam keadaan dia bekhayal (mabuk alkohol )
Jika sisuami mengeluarkan perkataan “antara kita berdua bukan suami isteri lagi”
Dalam keadaan dia berkhayal(mabuk alkohol)
Kalau mabuk secara sengaja (minum arak) maka terjatuhlah talak tersebut.
Saya baru berkhawin 2tahun dan mempunyai seorang anak berumur 8bulan , saya dan suami sudah hampir setahun tidak bersama kerana sikap suami saya yang suka menuduh saya tanpa usul periksa , saya di tuduh mempunyai lelaki lain dan saya juga di ugut oleh suami saya sendiri sekiranya saya menuntut cerai suami saya akan menceritakan aib saya di hadapan keluarga saya . apa kah saya harus lalu kan ? saya menuntut cerai atau pun tetap bertahan ?
sy rasa sy bukan yang trbaik utk suami sy.dia sentiasa mncari perempuan yg lebih cntik.sy ingin berpisah dan biarkan dia mencari yg lebih baik.
??? sy baru berkahwinan 7 bulan .sy rse tk sanggup dh nk hadap.saya rasa sy bukn trbaik utk suami sy.sy nk berpisah ? dn biar kn dia mencari yg lebih baik
Assalammualaikum..sy tlh memohon utk bercerai dgn suami..dhulu suami sy curang..bersama dgn bekas kekasih..jnda anak tiga..segala kegiatn suami sy,sy dpt taw melalui ank sy..Suami sy pergi ke rumah perempuan..bermalm di sana bersama ank kami..setelah sy tahu,sy memohon utk dia melepaskan sy..Sy xmahu bermadu dan xmahu berebut..kalu itu kebhgian dia..Selepas itu saya tinggalkan rumah..Sy jaga 2 ank..dan dia jaga 2 ank..Ank kami 4 org..SBULN selepas kami berpisahn bawa halauan,Kami bersama kembali..Dalm tempoh kami bersama skali lagi rumatga kami di uji.Di saat sy tiada perkerjaan.Suami sy mepertikai janji sy.kerana sy xdapat bayar Perkongsian duit rumah sewa..Ya Allah maha besar..di uji saat sy tiada duit..Allah jadi saksi..sy makn nasi hanya berlaukm ikan bakar dan buah tomato.Sy cuba untk tidak meminta minta..kerana sy tidak mahu menyusah dan membeban kn suami sy.Hina apabila kita tiada apa2.Remuk hati sy..Jadi sy memohon melepaskn sy..Di saat sy tiada apa2..apa lah nasib sy andai sy sakit terlantar..Dan dio bagtahu sy gila,dia berdiam diri..tidak pulang kerumah..akhir sy terpaksa melangkah keluar dr rumah bersama ank ank..Tidak pernah saya mencaci memangil suami sy binanatg..tp dio melampau..walaupon tidak pernah angkat tangan..sy cukuo tertekan..sy cuba memujuk dia..Melepaskn sy dgn baik…sy masih lagi terkesan dengn perbuatan dia curang..Sekarng dia pergi tingal bersama adik beradik dia..Apa nasib sy..adakah menunggu di sini..Mencari makan sendri bersama ank2..Sy buntu..
ya allah ????sabar kak , ini semua ujian allah, saya pun di uji dengan sikap suami yang suka menuduh saya yang bukan bukan
Terima kasih.Dik,tolong doakn sy.Sy akur mungkin ini ujian dr Allah utk membaiki silap kita.Mgkin ini juga ujian Allah utk kita yg lalai,supaya selalu dekat dgn Allah.Xkira di masa kita senang atau susah..Sy nekad,sy belajar mendekatkn diri dengan Allah,sekarg sy tenang.Xkn ada lg airmata..
Assalmualaikum…saya bella punya ank satu.. saya dan suami dah berkahwin hampir 10 tahun..dri awal perkahwinan sampai la sekarang kami sering betengkar kami sntiasa x bersependapat dlm banyak hal..stiap kali bgaduh suami akan keluar kan perkatan2 kesat dan saya pun akan membalas nya balik.. kalau naik tangan jgn bilang brapa kali da..tapi skng ada kurang la sikit..saya dgn suami pernah bercerai sekali tapi saya rujuk balik sbb fikir kan anak dan dia adalah mualaaf..sya dan suami berkahwin dlm usia yg muda..saya sbnrya suda x rasa bahgia dgn suami…sya pernah menyatakan hasrat utk berpisah tapi dia ckp dia x kn lpaskn saya smpai bila2..
Wassalam,
Penceraian adalah diharuskan tetapi sepatutnya menjadi pilihan terakhir selepas bersungguh-sungguh dan jujur dilakukan untuk menyelamatkan perkahwinan.
Iya saya faham puan kesian dia sebagai muallaf.
Tapi puan juga perlu memikirkan keselamatan diri dan anak dari segi emosi dan fizikal dari keganasan rumah tangga.
Apa yang terbaik saya rasa, puan perlu membuat pengaduan di jabatan agama.
Untuk rujukan puan:
Bagi seorang isteri, hak untuk berpisah dengan suami boleh berlaku melalui fasakh.
Fasakh ialah pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada hakim.
Hak ini timbul jika suami mengabaikan nafkah, mempunyai penyakit berjangkit seperti HIV, menimbulkan kecederaan kepada isteri, mati pucuk atau alasan-alasan lain yang termaktub dalam undang-undang.
Salam
Saya ijan Dr Kuala Lumpur.
Saya sudah berkahwin selama 6 tahun. Mempunyai 2 orang anak. Kisah saya,
Isteri saya mintak cerai. Tapi saya tidak mahu cerai kan.
Punca Isteri saya ada lelaki lain.selama ini saya kahwin 6tahun.dia tuduh saya tidak ber nafkah Dan tuduhan saya Habisan duit Isteri saya Dan juga tuduhan mengatakan saya paksa dia buat pinjaman bank.setiap gaduh Di sering pukul saya. Sy tidak balas pukulan itu.
Kerana dulu sebelum kahwin Isteri sy ada buat susulan terapi Di hospital Kuala Lumpur.
Sakit otak.
Semua tuduhan itu untuk senang Di cerai kan.
Sy bekerja jual satay Dan mekanik motor.
Setiap duit saya.. Saya tidak abaikan kepada keluarga Dan nafkah.
Selama 6 tahun. Saya yang jaga 2 orang ank saya. Kemas rumah, basuh Baju, memasak Dan lain2 lagi. Pendek cerita semua saya buat.
Isteri saya tidak mahu berhenti kerja untuk menjaga anak Dan urusan seorang isteri.
Apakah sy perlu buat.
Tolong beri penjelasan pada saya.
Saya sayang keluarga saya.
Kisah saya dgn Isteri saya sudah masuk Kes ke 3.
Setiap apa yang berlaku saya tidak pernah buat report kerana sayang.
Sekarang dia buat report Di balai polis dengan tuduhan yang tidak berasas.
Hingga sekarang bahasa Isteri saya terlalu kesat hingga Tiada hormat pada saya.
Hari ini saya ingin bantu.
Wassalam,
Pada asasnya, memang seorang isteri harus menghormati dan mendengar setiap arahan suami. Jika tidak, isteri dikira sebagai nusyuz.
Memang hal ini rumit kerana melibatkan pelbagai implikasi, saya faham tekanan yang dihadapi oleh tuan.
Oleh itu, apa yang terbaik tuan dan isteri dapatkan khidmat kaunseling di jabatan agama.
InsyaaAllah Allah akan membalas pahala setiap kesabaran yang tuan tempuhi.