Memahami Cerai & Talak: Bolehkah Isteri Minta Cerai? Bagaimana Caranya?

cerai

Bolehkah seorang isteri minta cerai daripada suami?

Apakah hukumnya?

Dalam artikel ini, saya akan menerangkan mengenai beberapa perkara mengenai penceraian:

  • Jenis talak dan hukumnya
  • Persoalan berkaitan isteri ingin minta cerai

Jika ini adalah topik yang anda sedang cari, artikel ini adalah untuk anda.

Jom kita mulakan:

Isi Kandungan

 

Apakah Itu Talak (Penceraian)

Memang tidak dapat dielakkan bahawa kadangkala berlaku kepincangan dalam sesebuah rumah tangga khususnya keretakan hubungan antara suami isteri berpunca daripada pelbagai sebab.

Ada antaranya yang melibatkan masalah nafkah, faktor pergaulan bebas di luar rumah, tidak ada rasa hormat antara satu sama lain dan sebagainya.

Semua masalah ini boleh membawa kepada bibit-bibit penceraian antara pasangan yang berkrisis.

Istilah Talak

Talak ialah satu hukum yang melepaskan ikatan perkahwinan (pembatalan nikah) dengan lafaz, “aku ceraikan dikau dengan talak satu, dua atau talak tiga.”

 

Jenis-Jenis Talak

1. Talak Bain Sughra

Suami telah menceraikan isteri dengan talak satu dan khuluk, iaitu bertebus talak dengan bayaran tertentu.

Tiada boleh rujuk melainkan melalui akad nikah yang baharu.


2. Talak Bain Kubra

Apabila suami telah menceraikan isteri dengan talak tiga, bekas isterinya tidak boleh dirujuk atau dinikahi semula kecuali setelah melalui semua perkara-perkara berikut:

  1. Setelah selesai idah perempuan
  2. Berkahwin dengan lelaki lain
  3. Ada persetubuhan dengan suami baru
  4. Bercerai dengan suami baru
  5. Selesai idah dengan suami baru

3. Talak Raj’i

Suami telah menceraikan isterinya dengan talak satu atau talak dua dan boleh dirujuk semula sekiranya isteri dalam idah tanpa akad yang baharu.

Tetapi jika idahnya tamat, mereka berdua hendaklah dinikahkan semula.

 

Dua Jenis Kalimah Talak
1. Talak Sarih (terang)

Aku ceraikan/talakkan engkau


2. Talak Kinayah (tidak terang)

Kau sekarang janda

Kau dengan aku putus

 

Hukum Talak

1. Wajib

Apabila perbalahan suami isteri tidak lagi dapat didamaikan walaupun sehingga ke peringkat menggunakan orang tengah maka wajiblah bercerai dengan isterinya.


2. Haram

Apabila isteri diceraikan dalam waktu-waktu seperti isteri dalam haid, setelah suami bersetubuh dengan isterinya, isteri dalam keuzuran/sakit atau isteri yang belum disempurnakan giliran.


3. Sunat

Apabila suami tidak dapat menanggung nafkah isteri kerana tidak ada pekerjaan atau uzur, isteri boleh menuntut fasakh (memohon membatal nikah dengan tidak mengurangkan bilangan talak).

Suami juga boleh menuntut fasakh jika isteri tidak mahu menjaga maruah diri, berkahwin dengan isteri kerana paksaan, atau isteri bersikap bengis dan kasar terhadap suami.


4. Makruh

Makruh suami menceraikan isteri yang baik tingkah laku, taat kepada ajaran agama atau tanpa sebab munasabah.


5. Harus

Harus bagi suami melepaskan isterinya disebabkan dia (suami) lemah keinginannya atau isteri yang putus haid

 

 

Persoalan: Bolehkah Isteri Minta Cerai?

Di sini saya sertakan tiga persoalan mengenai isteri minta cerai berdasarkan tulisan Ustaz Muhamad Fathi Yusof dalam buku Fiqah Perkahwinan.


Soalan 1

Saya baru berkahwin dua tahun lalu dan dikurniakan seorang anak.

Malangnya saya dan suami selalu berbeza pandangan dan bertengkar. Bila direnung, saya dapati suami saya bukanlah jahat atau curang, tetapi kami mungkin tidak serasi dan banyak berbeza dari segi budaya dan cara berfikir.

Mungkin latar belakang keluarga juga mempengaruhi konflik kami ini.

Keadaan ini banyak menimbulkan tekanan dalam hidup dan pekerjaan saya sehingga mendorong saya untuk memikirkan soal penceraian.

Apakah hukum seorang isteri memohon cerai?

Jawapan:

Penceraian adalah diharuskan tetapi sepatutnya menjadi pilihan terakhir selepas bersungguh-sungguh dan jujur dilakukan untuk menyelamatkan perkahwinan.

Suami dan isteri tidak boleh memandang ringan soal penceraian.

Masalah yang timbul akibat ikatan perkahwinan biasanya tidak hilang atau luput dengan penceraian seperti yang disangka ramai orang.

Bahkan penceraian mendatangkan lebih banyak masalah.

Biasanya akan berlaku pertikaian panjang dalam soal penjagaan anak, soal nafkah, timbul masalah penyesuaian diri dengan status yang baru dan lain-lain.

Ringkasnya, penceraian lebih mendatangkan masalah daripada penyelesaian.

Mana-mana suami atau isteri yang terlintas untuk berpisah perlu kembali bermuhasabah tentang ketinggian nilai perkahwinan di sisi Allah SWT.

Nikah ialah ibadah dan selari dengan sunnah Rasulullah.

Tujuan perkahwinan adalah untuk membina ikatan yang halal dan diredhai Allah sesuai dengan tujuan penciptaan manusia.

Keluarga adalah pusat kebahagiaan dan cinta.

Ikatan pernikahan dan keluarga terbukti sebagai asas untuk membawa kegembiraan dan kerukunan hidup.

Jika ada kelemahan yang perlu dinilai, bukan ikatan itu, tetapi kelemahan yang ada pada kedua-dua suami dan isteri.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Surah Ar-Rum ayat 21

Perlu juga diingat bahawa setiap perkara yang baik ada cabaran dan dugaan.

Allah menguji manusia dengan kesukaran, sama ada sukar dalam bentuk kebendaan, atau mungkin juga dari sudut perasaan.

Ujian ini adalah satu sentuhan daripada Allah untuk mengajak manusia agar sentiasa ingat kepadaNya dan bergantung sepenuhnya kepada RahmatNya.

Jika manusia mengharap kesempurnaan dalam kepuasan perasaan atau harta benda, maka dia akan kecewa.

Kesempurnaan adalah milik Allah SWT.

Kelemahan pada pasangan dan keluarga itu adalah simbol cinta Allah.

Hikmahnya adalah untuk kita sentiasa berserah kepada Allah.

Membina keserasian dalam sesebuah rumah tangga bukan perkara mudah.

Tempoh dua tahun masih singkat untuk saling mengenali antara satu sama lain.

Proses saling memahami, menginsafi kelemahan diri, saling menasihati, menyerap kebaikan dan menyisih keburukan berlaku secara beransur-ansur.

Apa yang penting ialah sentiasa memohon kepada Allah agar mengurniakan kelapangan jiwa supaya sentiasa berada di atas landasan yang diredhaiNya dalam membina mahligai kasih.

Kedua-dua suami dan isteri sewajarnya sentiasa berikhtiar agar rumah tangga dapat terus bertahan hingga akhir hayat.

Bekalan yang paling penting untuk mempertahankan sesebuah perkahwinan ialah bekalan hidup beragama.

Agama mestilah menjadi teras kepada rumah tangga.

Kedua-dua suami isteri diajak untuk memperbanyakkan bersyukur dengan nikmat ikatan perkahwinan.

Syukur kerana dikurniakan pasangan hidup.

Dengan bersyukur, masing-masing lebih terdorong untuk memfokuskan kebaikan-kebaikan yang dilakukan oleh pasangan, dan cuba untuk melupakan kelemahan-kelemahannya.

InsyaaAllah dengan cara ini, kita akan dapat menyisihkan perasaan untuk berpisah.

Ingatlah pesanan Rasulullah yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar:

Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak

— Riwayat Abu Daud

Selain itu, perlu diingat juga bahawa kadangkala anasir luar juga boleh mempengaruhi cinta suami isteri.

Peranan ibu bapa dan mertua adalah untuk menjadi pendamai dan pemujuk, bukannya batu api atau perosak rumah tangga.

Begitu juga sahabat dan kawan-kawan.

Setiap suami isteri mesti berwaspada agar tidak mudah terpesona dengan hasutan jahat mereka yang berjiwa busuk.

Untuk mereka pula tersedia balasan atas kejahatan seperti yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:

Bukanlah daripada golongan kami bagi sesiapa yang merosakkan hubungan seseorang wanita dengan suaminya

— Riwayat Abu Daud


Soalan 2

Bagaimana jika saya mahu berpisah tetapi suami enggan melepaskan saya, adakah ada ruang untuk saya memaksa suami saya?

Jawapan:

Terdapat beberapa bentuk perpisahan antara suami isteri.

Talak biasanya ialah penceraian yang dilakukan oleh suami.

Isteri pula tidak mempunyai hak untuk menceraikan suami.

Kuasa untuk talak berada di tangan suami kerana diiktiraf oleh Allah sebagai “pihak yang memegang ikatan nikah” seperti dalam al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 237.

Oleh itu, dia mempunyai amanah untuk menjaga sebaik mungkin ikatan nikah itu agar tidak berlaku penceraian.

Suami perlu berhati-hati dan teliti sebelum bertindak untuk melafazkan cerai atau talak.

Bahkan menurut Islam, lafaz talak merupakan lafaz yang tidak boleh dijadikan mainan atau senda gurau.

Bagi seorang isteri pula, hak untuk berpisah dengan suami boleh berlaku melalui beberapa jalan, iaitu fasakh atau khuluk.

Fasakh ialah pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada hakim.

Hak ini timbul jika suami mengabaikan nafkah, mempunyai penyakit berjangkit seperti HIV, menimbulkan kecederaan kepada isteri, mati pucuk atau alasan-alasan lain yang termaktub dalam undang-undang.

Oleh sebab fasakh hanya boleh berlaku jika terdapat kelemahan ketara di pihak suami, maka pilihan yang dirasakan lebih sesuai untuk masalah keserasian suami isteri ialah khuluk.

Khuluk atau tebus talak berlaku apabila isteri menebus dirinya agar dibebaskan oleh suaminya melalui satu pembayaran yang dibuat oleh isteri kepada suami.

Tebusan itu disebut semasa lafaz khuluk dibuat dan jika jumlah khuluk tidak disebut dengan jelas, maka suami berhak mendapat mahar misil daripada isterinya.

Hukum khuluk ini bersandarkan firman Allah:

Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa – mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Surah al-Baqarah ayat 229

Ibnu Abbas meriwayatkan:

Isteri Tsabit bin Qais datang menemui Rasulullah dan berkata, ‘Wahai Rasul Allah, (tentang) Tsabit bin Qais, aku tidak mencelanya dalam perkara akhlak dan agama. Tetapi aku benci akan kekufuran dalam Islam (dengan sebab tidak dapat melaksanakan hak-hak suami).’ Nabi bertanya, ‘Bolehkah kamu memulangkan kebunnya kepadanya?’ Dia menjawab, ‘Boleh.’ Rasulullah SAW bersabda kepada Tsabit bin Qais, ‘Terimalah kebun itu, dan ceraikannya dengan talak satu.'”

— Riwayat al-Bukhari

Oleh sebab khuluk berlaku atas kehendak isteri, maka isteri tidak dikira menanggung mudharat akibat perpisahan sebagaimana talak biasa.

Oleh itu, suami diharuskan melafazkan khuluk ketika isterinya berada dalam keadaan haid atau dalam keadaan suci walaupun selepas berlaku persetubuhan.

Talak Taklik Di Malaysia

Selain menamatkan akad secara fasakh dan khuluk, talak taklik ialah satu cara penceraian yang agak popular di Malaysia.

Hal ini berlaku kerana terdapat undang-undang yang mensyaratkan lafaz taklik tertentu sejurus selepas lafaz akad nikah.

Lafaz taklik ini tidak diwajibkan menurut hukum syarak, tetapi diamalkan di negara kita kerana memberi perlindungan tambahan kepada isteri.

Lafaz taklik ini berbeza antara satu negeri dengan negeri lain.

Namu begitu, secara umumnya ia mengandungi hak isteri untuk memohon cerai apabila berlaku beberapa perkara seperti suami tidak tinggal bersama-sama isteri dalam tempoh tertentu, kegagalan suami membayar nafkah dan menyebabkan kemudaratan kepada tubuh badan isteri.

Talak taklik berlaku apabila isteri membuat pengaduannya di mahkamah dengan sokongan saksi atau bukti lain yang memadai dan permohonannya diterima oleh mahkamah.

 


Soalan 3

Kalau saya telah berpisah, adakah masih ada ruang untuk kami bersatu semula dengan cara rujuk?

Jawapan:

Jika perpisahan berlaku secara khuluk, maka suami tidak berhak untuk rujuk kepada isterinya dalam tempoh idah kerana khuluk ialah sejenis talak ba’in.

Bekas suami atau isteri itu tidak boleh bersatu kembali melainkan dengan mengadakan akad yang baharu dan mas kahwin yang baharu.

Hukum ini meliputi talak khuluk yang berlaku sebelum persetubuhan atau selepas persetubuhan.

 

Penutup

Setiap suami yang diberikan amanah dan kuasa oleh Allah untuk memutuskan soal talak perlu berhati-hati dalam menggunakan kuasa ini.

Talak hanya boleh dilafazkan jika penceraian itu tidak dapat dielakkan bagi menjaga kepentingan agama, akidah atau maslahah lain yang sah.

Moga Allah menjadikan kita semua insan yang menjaga batas-batas hukum Allah dan memenuhi amanah yang diberikan olehNya.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

129 thoughts on “Memahami Cerai & Talak: Bolehkah Isteri Minta Cerai? Bagaimana Caranya?”

  1. assalamualaikum….ustaz …saya dan suami saya sudah berkahwin 4 tahun dan dikurnikan anak setahun 7bulan… suami saya rajin solat n dengar ceramah…masa saya dalam pantang ,suami saya selalu maki saya kata babi,bodoh,sial,xguna punya perempuan dan macam-macam lagi….n dia minta maaf n tak mahu kata macam tu lagi….dia pernah pukul saya sampi lebam dan benjol dikepala..tapi saya maafkn dia sebab dia minta maaf ….baru-baru ni,saya dan suami saya masak sama-sama .. saya tak sempat bekalkan makanan untuk suami saya sebab anak saya mahu susu…jadi suami saya ambil alih cari bekas makanan tapi x jumpa…saya lupa saya letak mana …bila suami saya jumpa..tiba- tiba dia kata kat saya babi,sial kat saya sebab letak bekas tempat lain….hati saya sakit sangat..maki saya benda hal kecil….dia tak mengaku salah dan tak pernah serik..saya stress ,tak bahagia dan saya tak selesa …apa perlu saya buat ustaz? apa pandangan ustaz?

    Reply
    • Wassalam,

      Ya saya faham tekanan yang dihadapi puan hidup dengan seorang yang panas baran.

      Jika kelakuannya semakin membahayakan emosi dan fizikal puan, saya rasa ada baiknya puan membuat laporan pada jabatan agama.

      Memaki hamun dikira sebagai keganasan rumah tangga.
      Ia bukan sahaja menjejaskan emosi isteri, malah emosi anak yang masih kecil.

      Ia akan memberi kesan jangka panjang seperti trauma kepada anak.

      Memang islam mengajar isteri menghormati suami, tetapi bukan tunduknya kepada keganasan rumah tangga.

      Reply
      • Bagi seorang isteri, hak untuk berpisah dengan suami boleh berlaku melalui fasakh.

        Fasakh ialah pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada hakim.

        Hak ini timbul jika suami mengabaikan nafkah, mempunyai penyakit berjangkit seperti HIV, menimbulkan kecederaan kepada isteri, mati pucuk atau alasan-alasan lain yang termaktub dalam undang-undang.

        Reply
  2. assalam .sy ibu kepada 2 org anak.. dah 4 bulan suami tak bagi nafkah zahir pada sy sejak december 2019 , suami sy tak berkerja start dari jun 2019 , sy hidup menumpang ibu dan ayah start dari december 2019 . Belanja ank2 suami sy jarang bagi. kalau bagi pon nanti dia mintak balik. sekarang ni sy bekerja tolong adik beradik ,sy menanggung perbelanjaan ank2 dan diri sendiri ,kdg2 suami sy yg mintak duit pada sy. sy tak tahan hidup mcmni. lama dah sy pendam perasaan ni. bila bincang utk berpisah secara baik dia akan ugut utk bunuh diri dan suka memaki hamun sy. utk maklumat sebelum ini suami sy kaki main judi online dan suka berhutang pd kawan2. sy ada mintak cerai pada suami dan dia taknak lepaskan sy. ada cara lain tak utk dia lepas kan sy? sy dah tawar hati utk hidup dgn dia..

    Reply
    • Wassalam,

      Eh kenapa pula tidak boleh cerai? Boleh.

      Bagi seorang isteri, hak untuk berpisah dengan suami boleh berlaku melalui fasakh.

      Fasakh ialah pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada hakim.

      Hak ini timbul jika suami mengabaikan nafkah, mempunyai penyakit berjangkit seperti HIV, menimbulkan kecederaan kepada isteri, mati pucuk atau alasan-alasan lain yang termaktub dalam undang-undang.

      Reply
  3. Asslam ustaz. Bolehkah seorang suami menyatakan kepada orang luar bahawa dia telah bercerai walhal hakikatnya tidak bercerai. Adakah jatuh talak tersebut?

    Reply
  4. assalamualaikum ustaz.
    saya dan suami sudah berkahwin selama 15 tahun dan d kurniakan seorang anak lelaki,berusia 3 tahun,sebelum berkahwin saya tak tahu perangai sebenar suami saya,sudah berkahwin dengan suami saya,barulah saya tahu perangai suami saya,suami kalau marah suka menggunakan parang,dia tak gunakan kekerasan terhadap saya.cuma dia hancurkan harta benda dan gertak orang org sekeliling,,selama berkahwinan kami,dia tak pernah bagi nafkah belanja bulan terhadap saya,itupun kalau saya minta duit dekat dia 5 rggt,,dia bgi,tapi dah tu dia akan ungkit sampai 2,3 hari.suami jgak suka aibkan saya dekat keluarga terdekat saya,dan suami saya selalu tuduh saya ,perkara yang saya tak buat,.suami jugak suka mengeluarkan kata-kata kasar,seperti sial,bodoh ,palui dan sebagainya terhadap saya.kalau suami nak nafkah batin dekat saya,mesti dia cakap perkara yang menyakitkan kan hati saya,dah cakap macam tu,,mesti dia nak jugak,,dia tak ada rasa serba salah,selepas maki hamun saya..sekarang suami,kalau anak nak minta perhatian dekat ayahnya,,mula-mula dia boleh layan anaknya,,sudah kelamaan,,dia rasa bosan,,terus dia cari masalah dengan ungkit percaya lepas,untuk bawa saya bertengkar,,kami jgak ada masalh kewangan,d rumah sya,,satu apa pun takde,,nak beli duit takde,boleh d katakan,hampir setiap hari saya dan suami bertengkar, suami jugak seorang perjudi online,dan ambik syabu.dulu saya pernah larang dia,tapi dia taknak dengar,bolehkah saya meminta cerai dengan dia

    Reply
    • Wassalam,

      Jika membaca kemudharatan, saya rasa jalan terbaik adalah perpisahan demi keselamatan puan dan anak.

      Bagi seorang isteri, hak untuk berpisah dengan suami boleh berlaku melalui fasakh.

      Fasakh ialah pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada hakim.

      Hak ini timbul jika suami mengabaikan nafkah, mempunyai penyakit berjangkit seperti HIV, menimbulkan kecederaan kepada isteri, mati pucuk atau alasan-alasan lain yang termaktub dalam undang-undang.

      Reply
  5. Assalamualaikum ustaz…
    saya dan suami dah hampir 7 tahun brkahwin… tapi saya tk rasa bahagia… cuma pada mula nya saya nk cuba untuk biasa kan diri…saya cuba ikut rentak dia… tapi lama kelamaan saya rasa tk bahagia saya rasa tk sayang,saya rasa menyampah,kecil hati dengan suami saya.. hampir 7 bulan kami tk besama dan hampir 4 bulan kami tk tidur sekali kerana saya tk boleh nk teruskan saya rasa tengok muka dia pun tk nk… hari2 kami akan bergaduh…
    Nafkah bulanan dia bagi… tapi bagi saya itu tidak untuk bahagia kan saya.. kerana semua benda suami saya manjakan dengan wang ringgit… saya tak nk.. saya tk rasa kasih sayang dalam rumah tangga saya…
    Boleh ke saya minta cerai?

    Reply
  6. Assalamualaikum ustaz..saya nak tanya..boleh kah saya minta cerai dengan suami..sebab suami asyik main jackpot..asyik layan hp..tegur pun macam tak nak..kadang2 ungkit pasal nafkah..beribadah pun tidak..asyik layan hp 24 jam

    Reply
    • Bagi seorang isteri, hak untuk berpisah dengan suami boleh berlaku melalui fasakh.

      Fasakh ialah pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada hakim.

      Hak ini timbul jika suami mengabaikan nafkah, mempunyai penyakit berjangkit seperti HIV, menimbulkan kecederaan kepada isteri, mati pucuk atau alasan-alasan lain yang termaktub dalam undang-undang.

      Reply
  7. Assalamualaikum Ustaz dan jemaah ruangan forum ini yang saya hormat.
    Saya memohon pandangan berkenaan seorang isteri yang pada niatnya adalah utk menyelamatkan suami dan rumahtangga tetapi dengan cara ugutan seperti menyediakan surat dari peguam untuk membuat beberapa tuntutan dari suami. Dan sekiranya suami tidak bersetuju dengan tuntutan2 ini atau dimasa akan datang melanggar salah satu tuntutan2 itu, maka si isteri mengatakan dalam surat itu adalah telah secara otomatiknya menjadi sebab utk isteri menuntut fasakh atau apa sebenarnya. Surat itu meletakkan 2 tandangan saksi yang diperlukan tetapi saksi 1 adalah berpihak kepada isteri dan Saksi 2 menurunkan tandatangan dalam keadaan musykil dan tidak faham apa yang berlaku atau tidak dapat rumuskan keadilan situasi pada waktu itu. Si suami telah membaca tuntutan2 dan tidak bersetuju namun menurunkan tandatangan hanyalah kerana utk melepaskan diri dari situasi itu kerana ugutan tidak akan di lepaskan kalau Suami tidak tandatangan.
    Kronologi: Suami di ambil di rumah oleh 5 orang tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai wakil NGO Pemulihan DADAH. Suami berkeras lalu dipukul dan ikat tangan serta di hantar ke kurungan selama 2 minggu. Syarat nak keluar kena tandatangan surat isteri di atas. Sesi ini dikendalikan oleh Ketua NGO sebagai perancang utama (saksi 1). Hadir ialah adik lelaki Suami (saksi 2) Isteri dan dua orang Pegawai NGO Pemulihan. Tiada Peguam atau Unit Agama.
    Soalan: Sah atau tidak ni??? ?

    Reply
  8. Assalam. Sy ingin bertanya.. Sy dah kawin selama 23 tahun. Sy dah tak. tidur dan bersama suami selama lebih setahun.. Suami pun dah tak bagi nafkah sejak februari 2019. Kami dh tak bercakap dekat 4bln. Suami tak tidur di rumah. Bole ke sy minta cerai.

    Reply
  9. saya ingin bertanya..selama 5 tahun perkahwinan,saya bekerja di pahang manakala isteri kerja di perak dan dia duduk bersama keluarganya.dia tidak mahu duduk bersama saya di pahang dan tidak menjalankan tangungjawab sebagai isteri.maka dia mahu fasakh kerana saya tidak mahu ceraikan dia.adakah fasakh dia diterima mahkamah?sedangkan saya tidak melakukan kesalahan.nafkah zahir dan batin tetap saya jalankan walaupun kami berjauhan.

    Reply
  10. Assalamualaikum…sy pernah bergaduh dgn suami dan Smpai mengeluarkan perkataan,aku nk kau lepas kan aku,dan Sumai mblas baik klau itu yang kau nak.aku boleh lepas kan kau Tpi kau tunggu aku balik.
    Jatuh ke talak pda dari sy.

    Reply
  11. Salam.. ustaz.. sy dh berkahwin selama 5bulan.. tetapi suami sy xde bgi nafkah batin lgsung.. jiwa sy pon dia xjaga.. hmpir setiap mlm sy mngis, rasa mcm nk gila.. dia xada pon ajak sy berjemaah sesama, mengaji bersama.. dia xde masa sy tgh down dan stress dan dia akan menghilang n buat hal sendiri.. jiwa sy mcm nk gila rasa. Kdg kalau mmpk pisau rasa nk bunuh diri.. tolong sy ustaz apa perlu sy buat

    Reply
    • Wasalam,

      Cuba ajak suami bincang dahulu.
      Jika tiada jalan penyelesaian, lapurkan kepada mahkamah.

      Reply
  12. Salam ustaz. Sy na tny, boleh ke sy minta cerai dr suami. Antara sebab ny suami dh mula naik tangan pd sy, tampar sy, dia tidak solat, tidak pernah mengimam kan solat sy,. Tetapi nafkah zahir dia tk penah culas.. cuma perasaan sy mula tersiksa di perlakukan begini. Kerap bergaduh. Bagaimana pula dgn anak sekiranya bercerai Kerana sy hanya seorang surirumah. Anak sy 2 org. Sorg umur 3thn sorg 7bln. Adakah HAK itu boleh sy dapat? Apa perlu sy buat?

    Reply
    • Wassalam,

      Perkahwinan yang memudaratkan sepatutnya tidak perlu diteruskan , melainkan jika ada jalan untuk memulihkan keadaan.

      Jika isteri yakin bahawa dia akan terus didera dan dipukul oleh suami tanpa sebab yang munasabah, maka dia mesti mencari jalan untuk mengelakkan mudarat tersebut termasuklah dengan cara mencari tempat perlindungan yang sesuai seperti di rumah ibu bapa atau kawan yang boleh dipercayai.

      Isteri juga boleh memohon cerai jika suami ingkar solat setelah dinasihatkan.

      Berhubung hak penjagaan anak secara ringkasnya, ibu lebih berhak ke atas hak penjagaan anak atau hadhanah.

      Hak hadhanah diberikan jika seseorang itu memenuhi syarat iaitu antaranya berakal, Islam, iffah dan amanah.

      Reply
  13. Sy sudah berkahwin dengan duda tanpa ank.usia prkhwinan 3thn..kami ada kerja tetap tapi kerja di lain2 daerah(pjj).kami ad seorang ank 2 thun..sy yg uruskan ank..suami kadang blik tiap mnggu kadang tak..selepas berkahwin sy bru dapat tahu suami mpunyai bnyk hutang dari prnikahan dlu..hmpir sparuh gajinya digunakan utk byar hutang trsebut.shingga nafkah zahir spt tmpt tggal ,mkn pkai terabai.utk makan minum sy trpaksa mntak baru dapat..ank pun bnyk sy uruskan dan pkai duit sy..bila blik kg sy dia langsung xmbntu dlm kwngan..selama perkahwinan ni sy x redha kerana merasakan dia mngmbil kesempatan ke atas gaji hasil kerja sy..bila diminta buat part time mcm2 alasan diberi.dari segi batin dia tak mpu buat sy rasa disayangi bhgia..bolehkah saya bercerai secara fasakh?.tq

    Reply
    • Wassalam, jika terbukti suami tidak memberi atau tidak dapat menanggung nafkah isteri dan anak, memang dibolehkan untuk menuntut fasakh.

      Tetapi seboleh-bolehnya berbincanglah dengan baik terlebih dahulu. Mungkin ada sebab tertentu yang menyebabkan dia terpaksa berhutang.

      Dalam rumah tangga memang perlu ada pengorbanan dan tolak ansur.

      Reply
  14. Assalamualaikum soalan sy mcm ni suami suka bergurau,bini no 2 jap g nk jmpa,istri tercabr trs ckp klw nk kwin sgt gedik sgt ang lpas aku lm dah aku kta nk kwin ang lpas aku. Lalu laki jwb aku cerai takat 2 ja…istri tnya knpa ckp aku cerai nak sgt la suami jwab bkn tuju aku cerai 2 utk awk. Maka jth talak tak

    Reply
  15. Salam saya nak tanya jatuh tak talak bila isteri kata begini. Kau ceraikan aku. Kau cari perempuan lain dan suami hanya membalas k.. bila tanya suami dia mmg berniat setuju untuk menceraikan saya tak. Dia cakap dia just bls k sbb mls layan

    Reply
    • Wassalam,

      Tidak jatuh talak, kerana dia hanya sebut “k” (lafaz kinayah) dan dia tiada niat untuk menceraikan isteri.

      Reply
  16. Salam…saya nak tanya boleh ke saya minta cerai dengan suami sebab suami tidak bagi nafkah zahir dan batin sudah 2 tahun…suami juga ada mengambil barang terlarang seperti syabu dan main judi online..saya dengan suami tidak lagi sefahaman selalu gaduh..saya sudah tawar hati dekat suami selama saya dengan suami dia selalu abaikan saya..saya sudah tak ada rasa sayang dekat suami lagi sebab dia tak pernah jaga perasaan saya..selama saya kerja satu orang untuk tanggung dia dan anak…tolong saya

    Reply
    • Assalammualaikum.. Saya pun mcm 2 dulu.. Tp puan kena tnya.. Suruh dia berubah.. Bagi masa.. Puan kena ckap dgn suami.. Jika tiada perubahan, puan mnta pd suami.. Kalau tiada keputusan, baru puan tanya pendapat dari jabatan agama. Pasal kes saya lebih kurang puan.. Tapi bila saya berubah, isteri saya tetap keluar dgan alasan kerja. Tp tmbah dgn berjumpa org lain. Bila bincang semua salah atas saya.. 2 je saya rasa puan cuba yg terbaik

      Reply
    • Jika suami telah mengabaikan tanggungjawab, malah membawa mudarat kepada puan, maka puan dibolehkan syarak untuk memohon cerai demi kebaikan puan.

      Reply
  17. Assalam ustaz. Saya baru bernikah dengan suami saya pada Julai 2019 dan sepanjang tempoh 3bulan perkahwinan, suami saya telah menggunakan kekerasan dan berkasar dengan saya. Pada bulan ogos sahaja dah dua kali suami saya telah pukul, mencampakkan saya ke atas katil dan berkasar dengan saya dan membuatkan saya benci dan saya menuntut cerai kepadanya.. Semasa tempoh itu hingga hari ini saya mengalami depresi dan saya sangat menderita. Apabila suami saya ada didepan mata, saya berasa terancam dan takut. Suami saya mengatakan bahawa saya ada gangguan makhluk halus kerana saya benci dan tuntut cerai pd nya. Saya dah taksanggup lagi ustaz untuk bertahan dan suami telah bercerita kepada kawan² dia dan kawan² saya bahawa saya ada gangguan jin.

    Saya taktahu apa perlu saya buat ustaz.

    Reply
    • Wassalam,

      Puan boleh membuat aduan kepada jabatan agama jika suami membuat kekerasan sehingga mengancam keselamatan fizikal dan emosi puan.

      Reply
  18. ustaz, ni bukn crita sya tpi crita kwan sya. dia ni kena kwin paksa ngn mk ayah dia sbb mk dia kta dia da tua dan mk dia x nk dia jdi andartu. pstu kwan sya ni ngn suami dia da 7 bulan kot kwin tpi kwan sya ckp dia still x de prasaan kt suami dia dan dia kta dia x bhagia pstu dia nk mintk cerai. dalam situasi ni, apa hukum isteri minta cerai?

    Reply
  19. ASSALAMUALAIKUM.. Saya da berkahwin 3THUN LEBIH MEMPUNYAI SORANG CAHAYA MATA.. TAPI SAYA DA XDA PERASAAN SYG DEKAT SUAM..DARI SAYA MNGANDUNG SAKIT PENING SAYA.. SUAMI BUKAN KESAH SANGAT PON.. PEGI CHECKUP PON SAYA SENDIRI…SAYA JE YANG TUNJUK RASA SAYANG DEKAT DIA TAPI DIA TAK DA PON.. SAMPAI LA SAYA NAK BERSALIN PON SAYA Sndri.Sebab bila suruh mintak cuti alasan xblh cuti. Kerja banyak..so saya yang sign sendiri utk ceaser..kalau sy nk kemana2 sy naik moto je.. Saya pernah nk pinjam kereta dia. Dia xbg dia ckap kalau rosak sapa nak ganti.. Rasa sdih bila dia cakap mcm tu.. Kalau nak pergi balik kg ke.. Terpaksa suruh mak or abg jemput… Sekarang sy da tak mampu nak pendam.. Dia siksa perasaan saya. Saya tahan segala perasaan kecewa sejak dari kahwin lagi.. Saya nak mintak cerai..

    Reply
    • Wassalam,

      Dari cerita puan, nampaknya suami puan telah mengabaikan tanggungjawabnya dari segi menyediakan rawatan kesihatan terhadap isteri.

      Jika suami mengabaikan tanggungjawab, memang dibenarkan untuk memohon cerai.

      Dalam hal ini, cuba bincang dahulu dengan keluarga dan suami untuk mencari penyelesaian terbaik.

      Reply

Leave a Comment