Memahami Cerai & Talak: Bolehkah Isteri Minta Cerai? Bagaimana Caranya?

cerai

Bolehkah seorang isteri minta cerai daripada suami?

Apakah hukumnya?

Dalam artikel ini, saya akan menerangkan mengenai beberapa perkara mengenai penceraian:

  • Jenis talak dan hukumnya
  • Persoalan berkaitan isteri ingin minta cerai

Jika ini adalah topik yang anda sedang cari, artikel ini adalah untuk anda.

Jom kita mulakan:

Isi Kandungan

 

Apakah Itu Talak (Penceraian)

Memang tidak dapat dielakkan bahawa kadangkala berlaku kepincangan dalam sesebuah rumah tangga khususnya keretakan hubungan antara suami isteri berpunca daripada pelbagai sebab.

Ada antaranya yang melibatkan masalah nafkah, faktor pergaulan bebas di luar rumah, tidak ada rasa hormat antara satu sama lain dan sebagainya.

Semua masalah ini boleh membawa kepada bibit-bibit penceraian antara pasangan yang berkrisis.

Istilah Talak

Talak ialah satu hukum yang melepaskan ikatan perkahwinan (pembatalan nikah) dengan lafaz, “aku ceraikan dikau dengan talak satu, dua atau talak tiga.”

 

Jenis-Jenis Talak

1. Talak Bain Sughra

Suami telah menceraikan isteri dengan talak satu dan khuluk, iaitu bertebus talak dengan bayaran tertentu.

Tiada boleh rujuk melainkan melalui akad nikah yang baharu.


2. Talak Bain Kubra

Apabila suami telah menceraikan isteri dengan talak tiga, bekas isterinya tidak boleh dirujuk atau dinikahi semula kecuali setelah melalui semua perkara-perkara berikut:

  1. Setelah selesai idah perempuan
  2. Berkahwin dengan lelaki lain
  3. Ada persetubuhan dengan suami baru
  4. Bercerai dengan suami baru
  5. Selesai idah dengan suami baru

3. Talak Raj’i

Suami telah menceraikan isterinya dengan talak satu atau talak dua dan boleh dirujuk semula sekiranya isteri dalam idah tanpa akad yang baharu.

Tetapi jika idahnya tamat, mereka berdua hendaklah dinikahkan semula.

 

Dua Jenis Kalimah Talak
1. Talak Sarih (terang)

Aku ceraikan/talakkan engkau


2. Talak Kinayah (tidak terang)

Kau sekarang janda

Kau dengan aku putus

 

Hukum Talak

1. Wajib

Apabila perbalahan suami isteri tidak lagi dapat didamaikan walaupun sehingga ke peringkat menggunakan orang tengah maka wajiblah bercerai dengan isterinya.


2. Haram

Apabila isteri diceraikan dalam waktu-waktu seperti isteri dalam haid, setelah suami bersetubuh dengan isterinya, isteri dalam keuzuran/sakit atau isteri yang belum disempurnakan giliran.


3. Sunat

Apabila suami tidak dapat menanggung nafkah isteri kerana tidak ada pekerjaan atau uzur, isteri boleh menuntut fasakh (memohon membatal nikah dengan tidak mengurangkan bilangan talak).

Suami juga boleh menuntut fasakh jika isteri tidak mahu menjaga maruah diri, berkahwin dengan isteri kerana paksaan, atau isteri bersikap bengis dan kasar terhadap suami.


4. Makruh

Makruh suami menceraikan isteri yang baik tingkah laku, taat kepada ajaran agama atau tanpa sebab munasabah.


5. Harus

Harus bagi suami melepaskan isterinya disebabkan dia (suami) lemah keinginannya atau isteri yang putus haid

 

 

Persoalan: Bolehkah Isteri Minta Cerai?

Di sini saya sertakan tiga persoalan mengenai isteri minta cerai berdasarkan tulisan Ustaz Muhamad Fathi Yusof dalam buku Fiqah Perkahwinan.


Soalan 1

Saya baru berkahwin dua tahun lalu dan dikurniakan seorang anak.

Malangnya saya dan suami selalu berbeza pandangan dan bertengkar. Bila direnung, saya dapati suami saya bukanlah jahat atau curang, tetapi kami mungkin tidak serasi dan banyak berbeza dari segi budaya dan cara berfikir.

Mungkin latar belakang keluarga juga mempengaruhi konflik kami ini.

Keadaan ini banyak menimbulkan tekanan dalam hidup dan pekerjaan saya sehingga mendorong saya untuk memikirkan soal penceraian.

Apakah hukum seorang isteri memohon cerai?

Jawapan:

Penceraian adalah diharuskan tetapi sepatutnya menjadi pilihan terakhir selepas bersungguh-sungguh dan jujur dilakukan untuk menyelamatkan perkahwinan.

Suami dan isteri tidak boleh memandang ringan soal penceraian.

Masalah yang timbul akibat ikatan perkahwinan biasanya tidak hilang atau luput dengan penceraian seperti yang disangka ramai orang.

Bahkan penceraian mendatangkan lebih banyak masalah.

Biasanya akan berlaku pertikaian panjang dalam soal penjagaan anak, soal nafkah, timbul masalah penyesuaian diri dengan status yang baru dan lain-lain.

Ringkasnya, penceraian lebih mendatangkan masalah daripada penyelesaian.

Mana-mana suami atau isteri yang terlintas untuk berpisah perlu kembali bermuhasabah tentang ketinggian nilai perkahwinan di sisi Allah SWT.

Nikah ialah ibadah dan selari dengan sunnah Rasulullah.

Tujuan perkahwinan adalah untuk membina ikatan yang halal dan diredhai Allah sesuai dengan tujuan penciptaan manusia.

Keluarga adalah pusat kebahagiaan dan cinta.

Ikatan pernikahan dan keluarga terbukti sebagai asas untuk membawa kegembiraan dan kerukunan hidup.

Jika ada kelemahan yang perlu dinilai, bukan ikatan itu, tetapi kelemahan yang ada pada kedua-dua suami dan isteri.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Surah Ar-Rum ayat 21

Perlu juga diingat bahawa setiap perkara yang baik ada cabaran dan dugaan.

Allah menguji manusia dengan kesukaran, sama ada sukar dalam bentuk kebendaan, atau mungkin juga dari sudut perasaan.

Ujian ini adalah satu sentuhan daripada Allah untuk mengajak manusia agar sentiasa ingat kepadaNya dan bergantung sepenuhnya kepada RahmatNya.

Jika manusia mengharap kesempurnaan dalam kepuasan perasaan atau harta benda, maka dia akan kecewa.

Kesempurnaan adalah milik Allah SWT.

Kelemahan pada pasangan dan keluarga itu adalah simbol cinta Allah.

Hikmahnya adalah untuk kita sentiasa berserah kepada Allah.

Membina keserasian dalam sesebuah rumah tangga bukan perkara mudah.

Tempoh dua tahun masih singkat untuk saling mengenali antara satu sama lain.

Proses saling memahami, menginsafi kelemahan diri, saling menasihati, menyerap kebaikan dan menyisih keburukan berlaku secara beransur-ansur.

Apa yang penting ialah sentiasa memohon kepada Allah agar mengurniakan kelapangan jiwa supaya sentiasa berada di atas landasan yang diredhaiNya dalam membina mahligai kasih.

Kedua-dua suami dan isteri sewajarnya sentiasa berikhtiar agar rumah tangga dapat terus bertahan hingga akhir hayat.

Bekalan yang paling penting untuk mempertahankan sesebuah perkahwinan ialah bekalan hidup beragama.

Agama mestilah menjadi teras kepada rumah tangga.

Kedua-dua suami isteri diajak untuk memperbanyakkan bersyukur dengan nikmat ikatan perkahwinan.

Syukur kerana dikurniakan pasangan hidup.

Dengan bersyukur, masing-masing lebih terdorong untuk memfokuskan kebaikan-kebaikan yang dilakukan oleh pasangan, dan cuba untuk melupakan kelemahan-kelemahannya.

InsyaaAllah dengan cara ini, kita akan dapat menyisihkan perasaan untuk berpisah.

Ingatlah pesanan Rasulullah yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar:

Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak

— Riwayat Abu Daud

Selain itu, perlu diingat juga bahawa kadangkala anasir luar juga boleh mempengaruhi cinta suami isteri.

Peranan ibu bapa dan mertua adalah untuk menjadi pendamai dan pemujuk, bukannya batu api atau perosak rumah tangga.

Begitu juga sahabat dan kawan-kawan.

Setiap suami isteri mesti berwaspada agar tidak mudah terpesona dengan hasutan jahat mereka yang berjiwa busuk.

Untuk mereka pula tersedia balasan atas kejahatan seperti yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:

Bukanlah daripada golongan kami bagi sesiapa yang merosakkan hubungan seseorang wanita dengan suaminya

— Riwayat Abu Daud


Soalan 2

Bagaimana jika saya mahu berpisah tetapi suami enggan melepaskan saya, adakah ada ruang untuk saya memaksa suami saya?

Jawapan:

Terdapat beberapa bentuk perpisahan antara suami isteri.

Talak biasanya ialah penceraian yang dilakukan oleh suami.

Isteri pula tidak mempunyai hak untuk menceraikan suami.

Kuasa untuk talak berada di tangan suami kerana diiktiraf oleh Allah sebagai “pihak yang memegang ikatan nikah” seperti dalam al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 237.

Oleh itu, dia mempunyai amanah untuk menjaga sebaik mungkin ikatan nikah itu agar tidak berlaku penceraian.

Suami perlu berhati-hati dan teliti sebelum bertindak untuk melafazkan cerai atau talak.

Bahkan menurut Islam, lafaz talak merupakan lafaz yang tidak boleh dijadikan mainan atau senda gurau.

Bagi seorang isteri pula, hak untuk berpisah dengan suami boleh berlaku melalui beberapa jalan, iaitu fasakh atau khuluk.

Fasakh ialah pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada hakim.

Hak ini timbul jika suami mengabaikan nafkah, mempunyai penyakit berjangkit seperti HIV, menimbulkan kecederaan kepada isteri, mati pucuk atau alasan-alasan lain yang termaktub dalam undang-undang.

Oleh sebab fasakh hanya boleh berlaku jika terdapat kelemahan ketara di pihak suami, maka pilihan yang dirasakan lebih sesuai untuk masalah keserasian suami isteri ialah khuluk.

Khuluk atau tebus talak berlaku apabila isteri menebus dirinya agar dibebaskan oleh suaminya melalui satu pembayaran yang dibuat oleh isteri kepada suami.

Tebusan itu disebut semasa lafaz khuluk dibuat dan jika jumlah khuluk tidak disebut dengan jelas, maka suami berhak mendapat mahar misil daripada isterinya.

Hukum khuluk ini bersandarkan firman Allah:

Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa – mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Surah al-Baqarah ayat 229

Ibnu Abbas meriwayatkan:

Isteri Tsabit bin Qais datang menemui Rasulullah dan berkata, ‘Wahai Rasul Allah, (tentang) Tsabit bin Qais, aku tidak mencelanya dalam perkara akhlak dan agama. Tetapi aku benci akan kekufuran dalam Islam (dengan sebab tidak dapat melaksanakan hak-hak suami).’ Nabi bertanya, ‘Bolehkah kamu memulangkan kebunnya kepadanya?’ Dia menjawab, ‘Boleh.’ Rasulullah SAW bersabda kepada Tsabit bin Qais, ‘Terimalah kebun itu, dan ceraikannya dengan talak satu.'”

— Riwayat al-Bukhari

Oleh sebab khuluk berlaku atas kehendak isteri, maka isteri tidak dikira menanggung mudharat akibat perpisahan sebagaimana talak biasa.

Oleh itu, suami diharuskan melafazkan khuluk ketika isterinya berada dalam keadaan haid atau dalam keadaan suci walaupun selepas berlaku persetubuhan.

Talak Taklik Di Malaysia

Selain menamatkan akad secara fasakh dan khuluk, talak taklik ialah satu cara penceraian yang agak popular di Malaysia.

Hal ini berlaku kerana terdapat undang-undang yang mensyaratkan lafaz taklik tertentu sejurus selepas lafaz akad nikah.

Lafaz taklik ini tidak diwajibkan menurut hukum syarak, tetapi diamalkan di negara kita kerana memberi perlindungan tambahan kepada isteri.

Lafaz taklik ini berbeza antara satu negeri dengan negeri lain.

Namu begitu, secara umumnya ia mengandungi hak isteri untuk memohon cerai apabila berlaku beberapa perkara seperti suami tidak tinggal bersama-sama isteri dalam tempoh tertentu, kegagalan suami membayar nafkah dan menyebabkan kemudaratan kepada tubuh badan isteri.

Talak taklik berlaku apabila isteri membuat pengaduannya di mahkamah dengan sokongan saksi atau bukti lain yang memadai dan permohonannya diterima oleh mahkamah.

 


Soalan 3

Kalau saya telah berpisah, adakah masih ada ruang untuk kami bersatu semula dengan cara rujuk?

Jawapan:

Jika perpisahan berlaku secara khuluk, maka suami tidak berhak untuk rujuk kepada isterinya dalam tempoh idah kerana khuluk ialah sejenis talak ba’in.

Bekas suami atau isteri itu tidak boleh bersatu kembali melainkan dengan mengadakan akad yang baharu dan mas kahwin yang baharu.

Hukum ini meliputi talak khuluk yang berlaku sebelum persetubuhan atau selepas persetubuhan.

 

Penutup

Setiap suami yang diberikan amanah dan kuasa oleh Allah untuk memutuskan soal talak perlu berhati-hati dalam menggunakan kuasa ini.

Talak hanya boleh dilafazkan jika penceraian itu tidak dapat dielakkan bagi menjaga kepentingan agama, akidah atau maslahah lain yang sah.

Moga Allah menjadikan kita semua insan yang menjaga batas-batas hukum Allah dan memenuhi amanah yang diberikan olehNya.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

129 thoughts on “Memahami Cerai & Talak: Bolehkah Isteri Minta Cerai? Bagaimana Caranya?”

  1. Assalam ustaz, isteri saya telah curang dengan lelaki lain. Usia perkahwinan kami selama 8 tahun disia-siakan dan saya dah beri nafkah zahir dan batin yg cukup pada dia. Saya cuba terima dia semula tapi dalam masa yg sama hati saya sgt sakit yg belum tentu terubat. Dalam situasi ni blh ke saya ceraikan dia?

    Reply
    • Wassalam.

      Jika isteri masih berterusan melakukan nusyuz, memang wajar untuk diceraikan. Jika dia sudah bertaubat, maka bersabarlah dan berilah dia peluang.

      Memang hak talak ditangan tuan, dan jiwa tuan sedang terseksa, tetapi isteri tuan juga wajar diberi peluang untuk berubah.

      Banyakkan istigfar dan bersabar. InsyaaAllah mudah-mudahan rumahtangga tuan semakin bahagia dan utuh.

      Reply
  2. Salam ustaz…bolehkah sy meminta cerai ats alasan diabaikan?suami sy kerap outstation & sepanjang tempoh itu suami tidak pernah menghubungi sy sampai dia balik.nafkah zahir & batin juga jarang2 suami beri.suami juga kurang bercakap dgn sy.jika sy sakit sy akn dimarahi sbb menyusahkan dia.sy rasa tak bahagia dlm perkahwinan.bolehkah sy menuntut cerai?

    Reply
    • Wassalam,

      Lazimnya permohonan cerai dibenarkan apabila suami tidak tinggal bersama-sama isteri dalam tempoh tertentu, kegagalan suami membayar nafkah dan menyebabkan kemudaratan kepada tubuh badan isteri.

      Selain itu, tidak boleh selagi tidak membawa kemudaratan.

      Reply
  3. Assalam .Sye nak bertanye sye ade masalah di mane saye tk sengaja cakap dlam keadaan marah&mnngis2 sebab suami sye tinggi kan suara kat saye sbb sye bia kan anak saye brumur 8 bulan mngis2 sbb sye ngh buat keje sikit ., saye ckp .’aku nak cerai,ak dh lame sbar ngn prngai adek2 kau,kau pon same ! (padhal suami tk prnah buat hal pon kat saye)ak dh tk tahan dudk umah ni(umah suami@mak mertua saye),aku nk balik umah mak aku” then sye balik umah mak sye slme smnggu .sah atau tidak ye. sye tidak sngaja ckp mcm tuh sbb sye stresss sngt2 duduk kat umah tuh sbnar nye .suami sye seorang yg baik,tk prnah curang .nfkah dn tanggungjawab dye kat anak dn sye tk pernah terabai .cume kdg2 prngai adek2 bradek dye dlm umah tuh buat sye tensyen .perlu atau tidak sye mnfailkan cerai sbb sye lfzkan CERAI?

    Reply
    • Wassalam,

      Tidak. Lafaz cerai itu tidak sah sebab hanya suami sahaja yang boleh melafazkan cerai.

      Wanita (isteri) tiada hak untuk melafazkan cerai. Dan jika dilafazkan pun, ia tidak dikira.

      Reply
  4. Assalamualaikum, sy nak bertanya, sy nak tuntut cerai kerana suami taknak ceraikan sy sedangkan kami sama sama tiada perfahaman dan selalu bergaduh dari selepas sy mengandung sehingga sekarang dan sehingga dia hampir nak naik tangan, selama ni bertahan sebab anak, suami taknak lepaskan sy sebab dia takut tak dapat jumpa anak, bukan sebab dia masih nakkan saya,sedangkan selama kami berkahwin hanya beberapa kali sahaja dia jmpa anak dan segalanya di bahu saya, jadi dimana patut sy daftarkan penceraian? di mahkamah syariah atau pejabat agama? hak penjagaaan macamana? suami berasal dari kelantan dan bekerja di kelantan dan sy berasal di kelantan tp bekerja di kuala lumpur, jadi sy kena daftarkan penceraian di kelantan atau di kuala lumpur?

    Reply
    • Wassalam,

      Di kelantan sebab perkahwinan puan didaftarkan di kelantan.

      Ya puan boleh menuntut cerai kerana menurut cerita puan, suami puan telah mengabaikan nafkah serta tanggungjawab kepada puan dan anak-anak.

      Reply
  5. isteri dan anak …saya suami tak dpt tengok ank ..saya org Singapura…isteri org Johor ..bru 2 tahun kawin dan ank satu…saya marah isteri kerana isteri kata dng saya yg isteri byk keluarkan belanja utuk ank..dah cerita dng makmetua saya sebelah isteri..yg isteri byk belanja duit utuk ank..jadi saya dah lepaskan tangan (sepak) isteri …saya selama ne duit belanja hari2 keluar makan sama isteri dan ank..saya hari2 nak byr pakking kereta.dan duit api dan air saya byr..tapi isteri kerja Singapura..tapi isteri tak ada bantu pun..sampi saya pijama boss duit..itu pun mash tak faham isteri saya..dah bebulan..saya suruh isteri byr kan duit org jaga ank…selalunya saya sama isteri sama2 keluar duit byr org jaga anak..tapi pada hari tu saya kurang duit..itu lah isteri dah ckp sama maknya ..

    Reply
    • Assalam,

      Cuba pujuk isteri dahulu dan memohon maaf dengan sebenar-benar maaf.

      Ya isteri kadangkala akan membuatkan perkara yang menjengkelkan dan menyakitkan hati, tetapi sebagai suami kita harus banyak bersabar.

      Jelaskan kepada isteri kemana wang itu digunakan, insyaaAllah isteri akan memahami kesusahan yang dihadapi.

      Reply
  6. isteri saya dan ank saya tak pulang rumah dng saya suami…saya suami telepas tangan dng isteri saya sebab duit belanja ank ..isteri kerja suami kerja…pada hari telepas tangan dng isteri ..suami kurang duit dan ckp sama isteri keluar duit sikit untuk org yg jaga ank..tiba2 isteri ckp kasar sama suami ..isteri kata semua belanja ank isteri kena keluar..jadi suami teperanjat…kenapa isteri kata mcm tu…selama ne suami keluar belanja hari2 keluar makan ..isteri tak pandai masak..ada isteri masak pada hari minggu …yg lain makan luar duit suami keluar..dan mana duit pakking kereta hari2 nak kena kelaur..dan mana duit apa dan air nak kena kelaur…isteri tak bantu suami…
    ada beberapa kali suami lepaskan tangan dng isterinya..tapi bukan pukul ..sepak isteri ..

    Reply
  7. Bolehkah saya bertanya ?
    Si suami pernah lafazkan cerai melalui hp dan pada ketika itu saya mengandung 4bulan ,adkah lafaz talak tersebut sah?

    Reply
    • 1, Talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya melalui faksimili, SMS, e-mel dan sebagainya merupakan talak secara kinayah (samar-samar) dan ianya adalah sah sekiranya disertai dengan niat. Sama ada jatuh atau tidak talak adalah bergantung kepada niat si suami.

      Ini kerana, pesanan ringkas ini termasuk di dalam khabar (berita) yang boleh jadi ia benar dan boleh jadi ia dusta.

      Apabila berlaku perkara seperti ini, si suami akan ditanya akan niatnya.

      Jika dia memang berniat untuk menceraikan isterinya, maka ia dikira (jatuh talak tersebut). Jika sebaliknya, maka ia tidak akan dikira.

      2. Talak semasa hamil adalah sah. (hukumnya harus)

      Reply
    • Jika die berniat melaluhi fon untuk menceraikan anda maka itu ada Lah (sah)
      .tapii jika yea melalui fon untuk mencerikan anda tanpa niat..yeah tidak (sah)

      Reply
  8. Assalam.. Boleh kah sy meminta cerai dengan suami, sudah beberapa kali curang, dan yang terbaru suami cuba guna2 sy dgn hantar gambar sy ke bomoh.. Sebabnya suami sy tidak mahu melepaskan sy.. Sy jd takut dn risau apa yg sy perlu laku kan..?

    Reply
    • Wassalam

      Jika sudah terbukti suami melakukan pengkhianatan dan kezaliman yang syirik seperti sihir, maka adalah harus untuk bercerai.

      Fasakh ialah pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada hakim.

      Hak ini timbul jika suami mengabaikan nafkah, mempunyai penyakit berjangkit seperti HIV, menimbulkan kecederaan kepada isteri, mati pucuk atau alasan-alasan lain yang termaktub dalam undang-undang.

      Reply
  9. Assalamualaikum.. Sy nk tnya. Sy kahwin dh 5 thn lebih.. Ada 2 org anak lelaki.. Seorg 4 thn seorg 2 thn.. Di awal pnikahan,suami saya tidak bekerja,saya tanggung makan pakai suami. Nafkah pun dia tak bagi. Dan dia ada minta saya belikan barang utk dia. Selepas mlahirkan anak pertama,saya tanggung semua keperluan anak dan suami. Suami bekerja masa anak yg 1st tu stahun lebih. Persoalan sekarang,bolehkah saya minta cerai sekiranya saya sudah tiada perasaan & tiada rasa hormat terhadap suami lantaran tpaksa menanggung beliau dan ank selama 2 thn lebih. Sampai sekarang suami masih pinjam duit dari saya. Pampers & susu anak sekarang dia yg tanggung tapi nafkah saya sebagai seorang isteri diabaikan. Sy diberitahu oleh seseorang bahawa sebab diatas tidak akan diterima oleh pihak mahkamah Sekiranya saya menuntut cerai. Adakah benar saya tidak boleh menuntut cerai mgunakan alasan di atas?

    Reply
    • Wassalam.

      Biasanya mahkamah akan mengeluarkan perintah kepada suami supaya memberi & membayar nafkah kepada isteri terlebih dahulu.

      Jika suami masih gagal, barulah dibolehkan untuk bercerai.

      Apa pun, jalan terbaik adalah membuat aduan di jabatan agama terlebih dahulu jika suami masih enggan bekerja dan memberi nafkah

      Reply
  10. Sye nak tnye ustaz, jika suami curang dan mengabaikan tanggungjawap sebagai suami. Ister berhak minta cerai tak? Sye da mnta suami lepaskan sye tapi die enggan. Sye da tak ade perasaan sayang utk die. Mcm mne ustaz?

    Reply
    • Ya boleh. Isteri boleh memohon cerai secara talak taklik.

      Ini adalah hak isteri untuk memohon cerai apabila berlaku beberapa perkara seperti suami tidak tinggal bersama-sama isteri dalam tempoh tertentu, kegagalan suami membayar nafkah dan menyebabkan kemudaratan kepada tubuh badan isteri.

      Talak taklik berlaku apabila isteri membuat pengaduannya di mahkamah dengan sokongan saksi atau bukti lain yang memadai dan permohonannya diterima oleh mahkamah.

      Reply
  11. askum saye nak tnya boleh ke isteri mitak cerai.sebab suami 2 bulan lepas khwin si suami tnggal disebab si suami masuk dalam perjara..dan tiada melakun persetubuhan .

    Reply
  12. askum saya nak tnye boleh ke isteri mitak cerai.sebab sebulan lepas khwin suami tnggal kan saya sebb suami masuk dalam perjara..setahun dha.

    Reply
  13. Assalamualaikum ustaz, saya keliru ttg apa yg perlu yg saya lakukan sekrg. Kami berkahwin sewaktu belajar di luar negara 24 tahun yg lalu tanpa pengetahuan ibu bapa pd mulanya . Sekrg kami suami isteri berusia 46 tahun. Waktu kawin saya kurang kenal dgn sikapnya dan dia pun spt menyembunyikan sikap sebenar.

    Tapi bermula hari pertama perkahwinan dia mula bersikap bengis. Pantang salah sikit dia marah dan memaki. Dalam tempoh awal 18 tahun berkahwin saya pernah ditampar berkali2, ditolak hingga terlentang di lantai dan cedera di tengkuk tapi kemudian dia mengaku salah dan menyesal. Saya btl2 mahu bercerai pd waktu itu tapi disebabkan kami tinggal di luar negara pd ketika itu ianya agak sulit dan anak2 juga sgt gembira dgn persekolahan dan kehidupan mereka. Saya jd tak sampai hati.

    6 tahun kebelakangan ini dia tak pernah pukul lagi sbb saya mula sakit2belakang etc. Mungkin juga dia merasakan dia penyebabnya. Sepanjang perkahwinan kami saya sudah puas bersabar dgn kerenahnya. Berpuluh tahun dia berjudi, mabuk, berkaraoke dgn bos2 dan perempuan, saya sentiasa ancam dia dgn perceraian, utk sekejap dia berubah dan ulang semula. Saya dah lalui hidup berpindah randah, kereta ditarik, hidup berhutang keliling pinggang kerana sikapnya yg suka berjudi. Dia orgnya sgt ego, kalau ditegur, dia akan memaki saya semula. Saya pula jenis yg diam, lbh bnyk memerhati tetapi sampai ke satu tahap saya sudah tak sanggup tapi apabila mahu berbincang tak akan pernah berkesudahan dgn baik. Bila saya mahu bercerai dia akan mengubah diri tapi tak pernah tahan lama.

    Utk pengetahuan ustaz, dia seorg ayah yg penyayang, dgn saya juga bukanlah 100% dia bengis ada juga waktunya dia ok. Cuma dia sgt moody dan sikapnya tak boleh dijangka. Sekejap dia dia baik dan penyayang, tak sampai 5 minit kalau ada tersilap skt dia sudah jd bengis dan perkataan yg keluar dr mulutnya sgt menghiris hati. Antara dia dan adik beradiknya dan org lain yg dia tak berkenan juga begitu, sentiasa bergaduh, memaki dan putus silaturrahim.

    Bayangkan 24 tahun menghadap hal begini ustaz. Saya jd jelak. 2016 dia berhenti kerja sbb nak ikut seorg kawan yg berjanji utk bagi dia kekayaan. Kawan yg suka berjudi, tak solat, rasuah jd makanan. Pd waktu itu dia spt gila berjudi, di belakang saya dia buat loan seratus ribu lebih yg kemudian saya dpt tau digunakan utk byr hutang judi. Dia sentiasa menipu saya ttg duit. Malah sewaktu saya masih bekerja, apabila saya dpt bayaran saham etc, ada2 saja yg dia mahu pakai. Sebgai isteri saya redho bg pinjam. Duit dlm simpanan saya pun pernah dicuri. Utk apa lagi kalau bkn utk judi. Saya mengaku sepjg perkahwinan saya sentiasa memikirkan perceraian tapi saya banyak bersabar kerana anak2.

    2017 dia ditipu kawannya dan sejak itulah hidup kami betul2 susah. Dia takde kerje. Takde wang, rumah kami dilelong, bank cari sampai ke dpn pintu. Anak2 terpaksa berhenti sekolah. Apabila ada peluang kerja yg diberikan dia sombong dan sentiasa berfikiran seolah2 dia special dan dia paling talented. Dia cuba buat multilevel etc tapi semuanya tak menjadi kerana dia tak mahu bermula dr awal. Ini bukanlah kali pertama kami jatuh susah sebelum itu juga sudah ada. Tapi kali ini ternyata lebih lama Allah SWT duga. Dipendekkan cerita, dia sudah berhenti berjudi, mabuk dan karaoke. Mungkin sbb tak ada duit. Mungkin sbb btl2 insaf saya tak pasti kerana dulu pun begitu. Tapi dia lbh jaga solat walaupun ada kala dia tak nak bangun bila dikejutkan subuh.

    Sejak 2017 juga saya jatuh sakit. Saya disahkan mengidap sakit buah pinggang tahap 3, high blood pressure dan slip.disc di tengkuk. Dia tak menerima bahawa saya ada penyakit. Bila saya masuk wad utk checkup, dia marah2. Suruh saya balik rumah dan makan je la apa2 ubat tak perlu cek. Sgt tidak masuk akal. Ng dia doktor semua nak mencekik darah. Dia pun ada high blood tapi pilih tak nak makan ubat. Dan tak juga mahu jaga pemakanan etc. Penat sungguh bila saya fikirkan semua ini.

    2018, disebabkan semua stress ini saya dapat masalah mental, panic attack berkali2 hingga masuk hospital dan depression. Dipendekkan cerita 2 bulan lepas, pertama kalinya saya tinggalkan rumah selama 2 mlm kerana kami bergaduh besar. Saya pergi kerana kepala saya terasa mahu pecah. Tekanan darah saya 180/110 pagi tu. Saya bimbang menghadap perangai dia akan memberi kemudaratan bg saya. Jd saya pergi dgn anak2. Bila dia tgk saya berani keluar rumah saya rasa dia jd takut sbb dia mmg tak nak bercerai. Selama ini saya cuma menggertak tapi tak pernah buat apa2. Tapi kali ini saya kemas barang dan bawak anak. Dia sms suruh saya balik.

    Saya balik selepas dua hari tapi kali ini hati saya betul2 sudah beku. Selepas itu dia jadi lebih sabar dan lebih baik sejak 2 bulan ni. Tapi saya pula merasa ada kelainan dlm hati saya. Saya tak lagi mampu biarkan dia setubuhi saya. Semakin lama perasaan tu semakin kuat dlm diri saya. Utk pengetahuan ustaz, saya mula solat malam sejak 2 tahun yg lalu. Setiap malam saya minta Allah SWT pisahkan kami jika hubungan ini tak membawa ke syurga.

    Dua hari lalu saya menolak terus berhubungan badan dgn dia. Saya betul2 tak mampu. Seluruh tubuh dan hati saya menolak bila dia mendekat walaupun dia cuba berbaik. Saya rasa sabar saya sudah berakhir selepas 24 tahun. Kami tidak gaduh saya layan dia baik dan mesra tapi saya tak sanggup disetubuhi. Saya tak ada hati lagi utknya.

    Beritahu saya apa yg perlu saya lakukan ustaz. Saya tidak mahu menjadi isteri yg nusyuz, dan saya tak mahu menzalimi dia. Dia kata pd saya, saya perlu menunaikan hak dia utk mendapat seks kerana itu fitrah lelaki tapi saya tak dpt langsung membiarkan dia menyentuh saya.

    Saya stress memikirkan hal ini. Apakah Allah menerima solat2 saya? Apakah saya dikutuk para malaikat setiap hari kerana hal ini? Apakah saya salah kerana kini dia ingin berbaik tapi saya tak dpt lagi menerima? Apakah saya tidak mensyukuri pemberian Allah dan tidak cukup sabar? Tolong saya ustaz.

    Reply
    • Jika puan sudah membulatkan tekad dan tidak mampu lagi untu bersabar dengan karenah suami, memang jalan terbaik adalah penceraian.

      Islam bukan agama yang kejam, sebab itu diwujudkan jalan penceraian agar isteri boleh membela haknya.

      Saya doakan puan terus kuat untuk menempuhi ujian ini.

      Reply
    • Terus kan perceraian.
      Tak ada rasa bahagia dalam perkahwinan yang dibina.
      Saya pun sama. Dah hilang semua rasa. Jadi kosong semua nya. Selama hampir 30 tahun di belasah bertubi-tubi.. skrg saya sakit teruk. Tak ada gunanya perkahwinan ini

      Reply
  14. assalammualaikum..sy mahu berpisah dgn suami krna suami x mampu bg nafkah zahir,nafkah tmpt tggl dan makan pakai yg mencukupi,dan suami dekat sethun xkeje..hanya sy seorg yg bekerja dan menggung semua.suami jgk kerap memukul sy.dan mengambil bnda terlarang,meminum air ketum kadang bermain judi online

    Reply
    • Saya berpandangan puan perlu membuat laporan segera ke jabatan agama kerana jika menurut cerita puan, perkara tersebut boleh mendatang mudarat kepada puan dan anak-anak.

      Reply
  15. Assalamualaikum..saya nak minta pendapat atau jalan penyelesaian..saya berkahwin dengan suami dari umur saya 21tahun dan saya ada seorang anak lelaki sekarang berumur 7tahun..saya dan suami da duduk berasingan senjak 4tahun lepas dan sekarang saya duduk rumah orang tua saya..punca saya keluar rumah sebab dia halau saya keluar dan sepanjang saya keluar dari rumah dia tidak pernah memujuk untuk balik dengan dia dan dia pernah pukul saya beberapa kali..saya pergi pejabat agama untuk tuntut cerai tetapi pejabat agama kata cerai saya tidak sah sebab suami pukul saya tidak sengaja.. nafkah sepanjang 4tahun nie pun boleh kira dalam 6 kali je dia bagi itupun nafkah perbelanjaan anak..saya nak tuntut cerai dan beberapa kali juga saya pergi ke pejabat agama tapi pejabat agama suruh saya bercerai cara baik..saya dah cuba bincang secara baik dengan suami untuk lepaskan saya tapi jawapan dia sama je suruh saya balik rumah dia..saya mohon sangat ada ke jalan untuk saya sebab saya xnak hidup tergantung status macam nie..

    Reply
    • Jika suami memukul sehingga menimbulkan mudharat, maka isteri perlu keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.

      Puan boleh cuba memohon cerai taklik

      Lafaz taklik ini tidak diwajibkan menurut hukum syarak, tetapi diamalkan di negara kita kerana memberi perlindungan tambahan kepada isteri.

      Ia mengandungi hak isteri untuk memohon cerai apabila berlaku beberapa perkara seperti suami tidak tinggal bersama-sama isteri dalam tempoh tertentu, kegagalan suami membayar nafkah dan menyebabkan kemudaratan kepada tubuh badan isteri.

      Talak taklik berlaku apabila isteri membuat pengaduannya di mahkamah dengan sokongan saksi atau bukti lain yang memadai dan permohonannya diterima oleh mahkamah.

      Reply
  16. Asslamualaikum . Sy nak tanya . Jatuh ke talak sy . Kalau sy dalam mengandung anak no2 ,dan hari2 sy minta cerai , dan sy kata pada suami . Selepas sy melahirkan anak ini . Dan sy suruh dia ceraikan sy . Dan dia kata dia akan tunaikan apa yg sy inginkan ,dia bersetuju untuk ceraikan sy. Selepas melahirkan anak ini . . Mohon pencerahan …adakahh wajib sudah baginya untuk ceraikan sy . ?

    Reply
  17. Assalamualaikum..
    Saya ada masalah yg membuat saya bingung, Saya sudah 9tahun berumahtangga dan mempunyai 2 cahaya mata, yg sulung 8tahun dan no2 4tahun. Apa yg menjadi permasalahan Saya ialah sikap suami saya yg lebih suka menyendiri, banyak tidur dan suka main game di telefon, Apabila disuruh membantu buat kerja rumah dia mcm tak endah. Kalau hari dia kerja Saya faham dia letih bekerja, tetapi hari cuti dia banyak habiskan masa tidur dan main game. Dia memang bukan kaki berjalan, hidupnya pergi kerja dan dirumah sahaja. Kadang Saya juga cemburu melihat rakan rakan punya masa dengan keluarga mereka beriadah diluar. Dia juga kurang bercakap dengan Saya, alasannya dia tak suka saya ceritakan tentang masalah keluarga orang lain. Saya cuma ingin berkongsi untuk ambil teladan dan mewujudkan interaksi. Tapi dia tetap kurang bercakap.. Saya tahu gajinya tak tinggi sekitar 2ribu lebih sahaja. Tapi dia tak pernah pikirkan masa depan untuk memiliki rumah sendiri. Sudah 9tahun menyewa RM500/bulan yg merugikan masa.. belanja hanya diberi 1ribu saja kepada saya setiap bulan.. kadang tidak mencukupi untuk perbelanjaan sekolah dan barangan anak anak. Dari segi nafkah zahir dan batin setakat ini ala kadar. Saya sering bingung apa yg dia fikirkan seolah dia tertinggal dibelakang.. Saya penat menguruskan rumahtangga dan dia pula balik kerja terus tidur dan bangun pergi kerja kalau hari kerja.. Saya juga ingin tempat bersembang. Kadang Saya terpaksa luahkan dilaman Facebook saya.. Harap ada dapat membantu masalah Saya.. Saya fikir Saya dengan dia sudah tiada keserasian..

    Reply
    • Salam puan,

      Cuba buat perbincangan dari hati ke hati dengan suami dan berbincang tentang masa depan.

      InsyaaAllah pasti ada jalan penyelesaian.

      Reply
    • waalaikumsalam,
      mengikut penceritaan puan,saya dapat rasa suami puan tidak mahu keluar berjalan kerana tidak mahu membazir atau menghabiskan duit.dengan gaji RM2000 lebih sebulan,bagi duit nafkah RM1000 sebulan dan duit rumah,belum lagi api,air,minyak kereta/motor,makanan di tempat kerja,hutang2 dan banyak lagi perbelankaan.lelaki suka berseorangan kerana mereka ada masalah sendiri.tetapi selalu lah berbincang dan cuba berkomunikasi antara satu sama lain

      Reply
  18. Assalammualaikum.. Maaf saya ingin bertanya & berkongsi kisah saya serba sedikit.. Nama saya rose , dan saya berumur 35 tahun. Tahun nie tahun ke 9 perkhawinan saya , saya mempunyai 4 orang cahayamata yang comel dan masih kecil. Yang sulung 8tahun, yang kedua 6tahun , yang ketiga 3 tahun dan yang ke4 8bulan. Dan sekarang saya menanti kelahiran anak yang kelima yg di jangka bersalin pada october tahun ini… Suami saya adalah bekas banduan yang telah berubah tetapi hanya bertahan selama setahun lebih dan kembali seperti dulu pada awal tahun ini akibat kecewa dengan pekerjaan yang telah di tindas oleh rakan sekerjanya… Dan suami sudah tidak bekerja sampai sekarang dan membuat kerja-kerja yang tidak sepatutnya. Jarang balik kerumah, tinggal di rumah kawan yang bujang dan sejak suami tidak bekerja lagi nafkah langsung tidak di berikan.. hal2 nafkah & mengurusakn anak-anak hanya di pikul atas bahu saya seorang diri.. Saya lah yang bekerja & saya lah yang menguruskan anak2 semua.. Bila anak sudah bertambah , tekanan dan taraf hidup kami menjadi 1 cabaran yang besar bagi saya dengan hanya mengharapkan gaji saya dan hutang yang perlu di bayar setiap bulan .. Dan lagi dengan keadaan yang tengah mengadung 5bulan, selalu penat, selalu letih dengan alahan mengadung lagi.dan perlu mengurus hal anak-anak seorang diri , saya juga perlu bekerja bagi menyara kehidupan anak-anak. Penat & kepayah itu hanya Allah swt sahaja yang tahu apa yang kami terpaksa lalui.Kekadang nak makan pon perlu ikat perut, tidak dapat makan makanan yang berkhasiat. Saya selalu menangis bila mengenangkan suami sudah jauh berubah, tidak kisahkan kami anak beranak, balik rumah sesuka hati dia dan sudah banyak kali saya nasihat dan ia berakhir dengan pertengkaran… Sampaikan anak sulung saya selalu bertanya kenapa saya marahkan papanya bila dia balik…. Sekarang saya di dalam keadaan tertekan & delima… Bila mengenangkan keputusan saya untuk bercerai itu lebih baik, banyak hati yang saya perlu jaga dari hati sendiri…Tetapi saya sudah penat dengan sikap suami yang lepas tangan dan sudah tidak kisahkan diri kami lagi.. Dan selain hal anak-anak kenapa saya perlu kisah diri dia yang tidak pernah kisahkan diri kami?? Banyak masalah yang dia telah lakukan , dan saya juga yang telah membantu dia meyelesaikannya.. Yang saya tahu , dia tidak boleh hidup tanpa saya kerana , saya ada segala-galanya dan dia tiada apa-apa.
    Tetapi sampai bilakah saya harus bertahan dan menghadapi semua ini??… Saya ada meminta suami melepaskan saya, tetapi dia enggan kerana katanya ia masih sayangkan saya.. Jika ini kehidupan yang dia berikan dengan menyeksa diri saya, sampai bila saya harus menghadapinya??..
    Dengan keadaan saya yang tengah mengadung , saya tidak boleh untuk meminta cerai.
    Jadi saya tunggu sehingga saya lepas bersalin october nanti. Dan di dalam pada masa yang sama saya telah memberikan suami masa untuk dia berubah dan berusaha untuk mencari pekerjaan & melaksanakan bertangungjawapnya . Kenapa saya berbuat demikian, kerana saya masih ada rasa sayang padanya dan saya masih mengenangkan kebaikan yang dia pernah buat kepada kami anak beranak sebelum ini. Dan saya juga tidak mahu anak-anak terkesan akibat ibu & bapa bercerai berai seperti diri saya dulu..
    Tetapi jika ia masih tidak berubah , bolehkah saya memohon perceraian?
    Saya tidak mitak gelaran ibu tunggal itu, tetapi sekurang-kurangnya… jika ia terjadi saya rehdo dan ada bantuan mana-mana yang saya boleh memohon untuk mengurangkan bebanan kami anak beranak.
    Kerana untuk mengharapkan gaji saya, untuk menyara 5 orang anak adalah 1 kesukaran dan ia cabaran yang paling besar & mencabar.
    Adakah pihak Tuan/Puan boleh berkongsi mana2 pihak tertentu yang boleh saya rujuk berkenaan kes saya ini, kerana saya perlu berusahan untuk menyelesaikan masalah saya ini secepat yang mungkin bagi kami dapat meneruskan kehidupan kami anak beranak dengan tenang dan aman damai walaupun jika ia telah tertulis jodoh bersama suami sudah tiada lagi..

    Sekian,
    Mama Rose

    Reply
    • Salam puan,

      Islam adalah agama yang membela wanita.

      Jika suami mengabaikan isteri dan keluarga, ada peruntukan dalam undang-undang Islam untuk isteri meminta cerai.

      Saya sarankan puan rujuk kepada jabatan agama untuk khidmat nasihat dan tindakan selanjutnya.

      Reply
    • Boleh, kerana sekiranya ia tertakluk di dalam lafaz taklik jika tidak memberikan nafkah kepada isteri dalam satu tempoh yang tertentu, maka terjatuhlah talak.

      Reply

Leave a Comment