Ini adalah panduan bacaan Doa Naik Kenderaan yang ringkas dan mudah.
Apa yang menarik:
Bantuan ejaan dalam rumi dan bacaan audio juga turut disertakan dalam doa tersebut bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab.
Semoga panduan ini dapat membantu anda bermusafir dengan berkat
Bacaan Doa Naik Kenderaan
Subhana-alladhi sakh-khara la-na hadha wa ma kunna la-hu muqrinin. Wa inna ila Rabbi-na la munqalibuun
Maksudnya:
Segala puji bagi Allah, Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami,sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya.
Doa Apabila Sampai Ke Tempat Tujuan
Setelah sampai destinasi, disunatkan untuk membaca doa berikut:
Alhamdulillahil ladzi sallamani wal ladzi awani wal ladzi jama’asy syamla bi
Maksudnya:
Segala puji bagi Allah, yang telah menyelamatkan aku dan yang telah melindungiku dan yang mengumpulkanku dengan keluargaku.”
Adab Menaiki Kenderaan
Di antara adab-adab baik menaiki kenderaan yang perlu dititik beratkan ketika menaiki kenderaan ialah:
1. Baca Basmallah (Bismillahirrahman nirrahim)
2. Baca doa naik kenderaan
Baca doa naik kenderaan dan berdoa untuk mencari kebaikan dan ketakwaan agar Allah menghindarkan pemandangan buruk, kesusahan semasa dalam perjalanan serta memudahkan perjalanan.
3. Mulakan dengan langkah kanan
Ketika hendak menaiki kenderaan, kita digalakkan agar memulakan langkah dengan kaki kanan.
4. Ikut giliran
Kita mesti berbaris atau beratur ketika manaiki kenderaan awam seperti bas, keretapi dan sebagainya.
Ini adalah kerana untuk mengelakkan kejadian seperti terjatuh, terhantuk dan tertolak antara satu sama lain.
Selain itu, jika kita mengikut giliran ketika menggunakan kenderaan awam seperti bas akan membantu para penumpang menaiki kenderaan dengan cepat dan selamat.
5. Berdisiplin di jalan raya
Faktor utama berlakunya kemalangan semasa menggunakan kenderaan ialah tidak berdisiplin dan cuai seperti bermain-main di dalam kenderaan, tidak menghormati penumpang dan pemandu lain dan mementingkan diri sendiri.
Sehubungan dengan itu, kita juga dilarang menunjukkan aksi-aksi yang membahayakan diri dan orang lain seperti melakukan lumba haram atau merempit.
6. Utamakan orang yang lebih memerlukan
Golongan muda digalakkan mengutamakan golongan warga emas, wanita hamil, orang kurang upaya (OKU), ibu-ibu yang mengendong anak kecil dan kanak-kanak kecil dengan memberikan mereka tempat duduk di dalam mana-mana pengangkutan awam.
Adab-adab diatas amatlah mudah diamalkan.
Kekalkan sikap bertenang dan bersopan santun di jalan raya untuk perjalanan yang lebih selamat.
Penutup: Islam adalah agama yang sempurna dan meliputi semua aspek kehidupan.
Adalah sangat indah untuk meletakkan pergantungan dalam setiap perkara kepada Allah SWT.
Walaupun bagitu, Islam juga agama yang memudahkan penganutnya.
Jika kita sedang bermusafir melebihi 2 marhalah (92km), kita dibolehkan untuk melakukan solat jamak dan qasar iaitu rukhsah (kemudahan) kepada kita.
Selain itu, disunatkan untuk melakukan solat sunat musafir sebelum memulakan perjalanan.
Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda semua. :-)
Tinggalkan Komen Anda..
SALAM TUAN TERIMA KASIH ATAS BLOG YANG MENARTIK INI. SAYA MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENGGUNA PAKAI SEBAHAGIAN DARI TULISAN TUAN UTNUK AMALAN/ PERKONGSIAN DALAM CERAMAH DAN PENULISAN SAYA, MOHON IZIN. JAZAKALLAH
Wassalam.
Ya silakan, tiada masalah.