Adab Ketika Menerima Sesuatu Berita (Konsep Tabayyun)

tabayyunApa itu Tabayyun?

Ianya dikutip terus daripada satu ayat Al-Quran, dalam Surah Al-Hujurat ayat yang ke-6 yang berbunyi,

Maksudnya,

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. “

 

Perkataan ‘fatabayyanu’ itu membawa maksud “maka selidiklah!”,‘tabayyun’ pula membawa maksud ‘penyelidikan’.

Isu orang kita pada hari ini ialah, kita gemar menyebarkan berita yang kita tidak tahu, sama ada ia benar mahupun tidak.

Asalkan, kita dapat memuaskan keinginan untuk tularkan sesuatu perkara yang dianggap pelik daripada kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat kita.

Contohnya, tular seorang pak cik yang berniaga kerepek di tepi jalan.

Lokasinya di Jitra, Kedah. Apa yang pelik?

Orang yang menular merakam video bersama pak cik itu, kononnya mengatakan anak-anak pak cik tersebut kejam meyuruh pak cik itu berniaga, seolah-olah berlaku kejam terhadapnya.

Namun, anak-anak pak cik tersebut tampil memberi penjelasan yang pak cik itu yang tetap berdegil untuk berniaga.

Pak cik itu meminta anak-anaknya untuk menghantarnya untuk berniaga, jika tidak, pak cik itu akan tetap menyuruh kawan-kawannya menghantarkannya.

Apa yang menarik perkara tersebut viral?

Pertama, dakwaan terhadap anak-anak pak cik tersebut melakukan kekejaman. Kedua, dalam video tersebut, pak cik itu OKU.

Maka, berita tersebut memiliki pakej yang menyeluruh untuk diviralkan, iaitu menarik emosi kita.

Namun begitu, jangan kita menolak ketepi konsep tabayyun iaitu selidik terlebih dahulu adakah perkara tersebut benar mahupun tidak.

Berdasarkan ayat Quran di atas, Allah memberi arahan umum terhadap kita iaitu ‘selidikilah’.

Maka, itu menunjukkan pelbagai metod boleh digunakan oleh kita tentang bagaimana hendak menyelidik sesuatu!

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“Cukuplah pembohongan seseorang itu apabila dia menyampaikan semua yang dia dengar.”

(Hadis riwayat Muslim)

Bagi penulis, ada satu cara utama yang penulis cadangkan apabila mendapat sesuatu berita iaitu:

  1. Membuat kajian mendalam sama ada daripada pembacaan ataupun interview based research terhadap sumber yang pelbagai. Jangan tumpu kepada satu sumber sahaja.

Daripada cara di atas, kita boleh pecahkan ia kepada banyak cara-cara, tetapi semuanya perlu berbalik kepada cara yang utama di atas.

  1. Periksa kredibiliti orang yang menyampai sesuatu berita tersebut.
  2. Periksa siapa lagi yang menyebarkan berita yang sama.
  3. Periksa tarikh dan masa ia berlaku.
  4. Tanya kepada yang pakar.
  5. Tanya semua subjek yang terlibat, contohnya yang terlibat itu seorang pak cik dan dua orang anaknya. Jangan hanya tanya kepada pak cik itu, namun tanyalah sekali anak-anaknya.
  6. Banyakkan membaca.

Kesimpulannya, Islam amat menjaga maruah seseorang seperti mana yang termaktub dalam maqasid shariah.

Islam menggalakkan kita untuk memeriksa sesuatu berita sebelum kita sebarkan ia kerana menyebarkan berita yang kita tidak tahu kesahihannya akan membawa kepada keburukan dan pencalaran maruah subjek yang terlibat.


Rujukan

  1. ..nak raya, pakcik OKU dihantar anak jual kerepek nyaris tersembam
  2. “Ayah ‘ketegaq’ nak juga berniaga, takkan saya nak ikat kaki dia”– anak tampil perjelas video pakcik OKU jual kerepek
  3. 4 Tips for Spotting a Fake News Story
  4. How do I spot fake news
  5. Fikir dulu sebelum sebar

Artikel ini adalah tulisan saudara Sadiq Salihoddin. Semoga memberi input yang berguna kepada semua pembaca

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1 Comment
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Sadiq
Sadiq
5 tahun yang lalu