Hukum Was-Was Ketika Mengambil Wuduk

berkumur wuduk

Apakah hukum was-was ketika mengambil wuduk dan bersuci?

Adakah ia membawa kepada berdosa?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN:

Saya ada satu soalan berkaitan orang yang was-was ketika mengambil wuduk iaitu digunakan air terlampau banyak pada hal air itu diwakafkan atau dibayar oleh seseorang.

Adakah perbuatan membazir air ketika berwuduk oleh orang was-was itu berdosa?

JAWAPAN:

Rasululah SAW menyuruh umatnya meniru contoh amalan baginda sebagaimana yang terdapat di dalam hadith-hadith Nabi SAW.

Termasuklah dalam urusan mengambil wuduk maka Rasulullah saw mengajar kita supaya mengambil wuduk dengan tiga-tiga kali dan bercermat dan melarang dari membazir.

Orang yang was-was mengambil wuduk adalah orang yang tidak mengikuti perintah dan tunjuk ajar Rasulullah SAW bahkan yang diikut oleh orang was-was hanyalah nafsu dan hasutan syaitan.

Rasulullah saw bersabda:

من توضَّأَ كما أمر وصلَّى كما أمر غُفِرَ له ما تقدمَ من ذنبه

Ertinya:

Barang siapa mengambil wuduk sebagaimana diperintahkan dan solat ia sebagaimana diperintahkan nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.”

(Sahih Ibnu Hibban)

Ulamak telah menyebut bahawa was-was yang membawa kepada membazirkan air yang diwakafkan seperti air yang disediakan di masjid dan tempat awam adalah haram dan berdosa dan perbuatannya itu adalah maksiat.

Tersebut pada himpunan fatwa negeri Tunis:

الوسوَسَةُ التي تؤدّي بصاحبها إلى الإسرافِ في الماءِ، كثيرٌ من الناس يُسرِفُون في الماء بسببِ الوسوسة هؤلاءِ وقعوا في المعصية

Ertinya :

Pernyakit was-was yang mengheret pelakunya kepada membuang-buang air.

Ramai dari kalangan manusia telah melakukan perbuatan membazir pada air sebab was-was dan mereka itu sebenarnya telah jatuh pada melakukan perbuatan maksiat.”

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments