Bolehkan Qada Solat Tarawih?

qada solat tarawih

Bolehkah qada solat tarawih yang tertinggal?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Benarkah kalau kita tertinggal mengerjakan solat tarawih sebab berkeja malam kita dapat qada pada esok harinya?


JAWAPAN:

Siapa yang luput solat sunat seperti solat sunat tarawih maka sunat atasnya qadha pada waktu ia berkelapangan dengan syarat hendaklah luput tersebut sebab uzur seperti tertidur atau terlupa atau disibukkan oleh suatu hajat yang penting.

Berkata Syeikh Khatib Syarbini, maksudnya:

Dan jikalau luput seorang akan solat sunat yang berwaktu yang disunatkan padanya berjemaah seperti solat hari raya atau solat yang tidak disunatkan padanya berjemaah seperti solat dhuha nescaya disunatkan qadhanya pada pendapat yang paling zahir.”

(Kitab Mughni Al-Muhtaj)

Rasulullah saw bersabda, maksudnya:

Barang siapa tertidur dari satu solat atau terlupanya maka hendaklah dia kerjakannya pada waktu dia ingat.”

(Hadith Bukhari & Muslim)

Diriwayatkan di dalam kitab Sahih Muslim, maksudnya:

Dan Rasulullah saw telah qadha dua rakaat solat sunat zuhur ba’diyah selepas menunaikan solat asar.”

Berkata Mufti Mesir Dr Syauqi Allam, maksudnya:

Maka barang siapa yang terluput olehnya solat tarawih nescaya disunatkan baginya melakukan qadha atas yang telah difatwakan dengannya.”

(Darul Ifta Mesir)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Sertai Channel Telegram Kami

Dapatkan newsletter terbaru dari kami melalui Telegram secara PERCUMA!

Tinggalkan Komen Anda..

1 Comment
Komen Terbaru
Komen Terdahulu
Inline Feedbacks
View all comments
Rosnsh bt.Omar
7 bulan yang lalu

Saya sangst berpuas hati dengan jawapan yang diberi,alhamdulillah saya mendapat ilmu yang sangat berharga.Syukran.