Hukum Puasa Bagi Ibu Hamil & Menyusu

puasa ibu hamil

Apakah hukum puasa bagi ibu hamil dan menyusu?

Adakah dibenarkan untuk tidak puasa?

Dalam artikel ini, saya melampirkan soalan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Saya ingin kepastian berhubung puasa ibu yang menyusu dan wanita hamil.

Adakah wajib qadha bagi keduanya atau qadha dengan kafarah atau pun kafarah saja?


JAWAPAN:

Wanita yang hamil dan ibu yang menyusu wajib berpuasa seperti orang lain.

Ramai orang awam yang berpegang jika bahawa wanita hamil dan ibu mengandung tidak wajib berpuasa.

Ini adalah pegangan yang salah lagi karut kerana keduanya wajib berpuasa dan hanya boleh tidak berpuasa apabila ada keuzuran sahaja.

Wanita hamil dan ibu mengandung yang tidak berpuasa tanpa keuzuran adalah berdosa kerana meninggalkan ibadah yang diwajibkan ke atas mereka.

Wanita yang hamil dan ibu yang menyusu jika mereka bimbang atas diri masing-masing jika meneruskan ibadah puasa akan jadi mudarat maka barulah diharuskan keduanya tidak berpuasa dan wajib atas keduanya qadha.

Dan jika ibu yang menyusu bimbang kekurangan susu kalau berpuasa dan yang hamil bimbangkan mudarat kepada kandungannya kalau berpuasa maka keduanya boleh tidak berpuasa dan wajib qadha dan membayar kafarah.

Tersebut pada kitab Fathul Qarib:

والحامل والمرضع إن خافتا على أنفسهما) ضررا يلحقهما بالصوم، كضرر المريض (أفطرتا، و) وجب (عليهما القضاء، وإن خافتا على أولادهما) أي إسقاط الولد في الحامل وقلة اللبن في المرضع (أفطرتا، و) وجب (عليهما القضاء) للإفطار (والكفارة) أيضا. والكفارة أن يُخرج (عن كل يوم مد

Ertinya:

Wanita yang hamil dan ibu yang menyusu apabila keduanya bimbangkan atas diri masing-masing jadi mudarat andainya berpuasa seperti mudarat bagi orang yang sakit maka harus keduanya tidak berpuasa dan wajib atas keduanya qadha.

Dan jikalau keduanya bimbangkan anak mereka yakni yang hamil bimbang keadaan kandungannya dan yang menyusu bimbangkan kekurangan susu maka harus keduanya tidak berpuasa dan wajib atas keduanya qadha kerana tidak berpuasa dan wajib pula bayar kafarah iaitu bagi setiap satu hari secupak beras.”

Diharuskan tidak berpuasa atau berbuka ini bukan semata-mata sebab hamil atau menyusu tetapi sebab bimbangkan kemudaratan andainya meneruskan ibadah puasa.

Tersebut pada kitab Mausu’atul Fiqhiyah:

الفقهاء متفقون على أن الحامل والمرضع لهما أن تفطرا في رمضان، بشرط أن تخافا على أنفسهما أو على ولدهما المرض أو زيادته، أو الضرر أو الهلاك

Ertinya:

Ulamak fiqah sepakat atas bahawa wanita yang hamil dan ibu yang menyusu harus tidak berpuasa pada Ramadhan dengan syarat bahawa mereka bimbangkan atas diri mereka atau bimbang atas anak mereka kemudaratan atau binasa.”

Jadi kalau tidak dibimbangi diri dan anak mendapat mudarat andainya berpuasa maka haram mereka tidak berpuasa.

Kesimpulan

Wanita yang hamil dan ibu yang menyusu wajib berpuasa Ramadhan.

Wanita yang hamil yang tidak larat menanggung puasa atau bimbangkan medapat andainya berpuasa maka boleh tidak berpuasa dan wajib atasnya nanti qadha.

Wanita hamil yang bimbangkan kesihatan kandungannya kalau ia berpuasa maka boleh ia tidak berpuasa dan wajib atasnya qadha dan bayar kafarah.

Ibu yang menyusu yang bimbangkan kesihatan dirinya atau tidak larat berpuasa maka harus ia tidak berpuasa dan wajib atasnya qadha.

Ibu yang menysusu yang bimbangkan kekurangan susu bagi anak yang disusunya maka boleh tidak berpuasa dan wajib atasnya qadha dan kafarah.

wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments