Jenis Najis Yang Dimaafkan

Najis yang dimaafkan

Apakah jenis najis yang dimaafkan dalam Islam?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN:

Bolehkah ustaz sebutkan jenis-jenis najis yang dimaafkan supaya senang hendak menunaikan sembahyang sebab ia banyak berlaku dalam kehidupan harian kita.


JAWAPAN:

Berkata Syeikh As-Syarqawi:

واعلم أن النجاسة أربعة أقسام: قسم لا يعفى عنه مطلقاً وهو معروف، وقسم عكسه وهو ما لا يدركه الطرف، وقسم يعفى عنه في الثوب دون الماء وهو قليل الدم لسهولة صون الماء عنه، ومنه أثر الاستنجاء فيعفى عنه في البدن، والثوب المحاذي لمحله خلافاً لابن حجر، وقسم عفي عنه في الماء دون الثوب وهو الميتة التي لا دم لها سائل حتى لو حملها في الصلاة بطلت

Ertinya:

Hendaklah kamu tahu sungguhnya segala najis itu ada empat bahagi.

Bahagi yang pertama iaitu yang tidak dimaafkan sama sekali ialah yang sudah maklum.

Bahagi yang kedua ialah lawannya yaitu najis yang tidak dapat dilihat olih mata.

Bahagi yang ketiga najis yang dimaafkan pada pakaian tapi tidak pada air yaitulah sedikit darah kerana mudah memelihara air darinya dan termasuk daripadanya ialah bekas istinjak maka dimaafkan pada badan dan pakaian yang setentang kedudukkannya bagi tempatnya khilaf bagi Ibnu Hajar.

Dan bahagi keempat yang dimaaf pada air tidak pada pakaian yaitu bangkai haiwan yang tiada darah mengalir kalau dibawa didalam solat maka batal solatnya.

(Kitab Hasyiah Syarqawi)

Maksud najis yang dimaafkan ialah tidak dikira memberi mudarat dengan adanya seperti najis yang ada pada luka maka ia dimaafkan ketika mengerjakan solat yaitu sah solatnya dan jika najis itu banyak hingga meleleh dari luka sebelum lagi memulai solat maka ia memudaratkan solat yaitu tidak sah.

Kesimpulan

Segala jenis najis nisbah kepada dimaafkan atau tidak itu ada empat bahagi.

 Pertama: 

Najis yang tidak dimaafkan sama sekali seperti darah dan nanah dan kencing dan tahi dan seumpamanya.


 Kedua: 

Najis yang sangat sedikit contohnya ketika kencing ada terpercik pada pakaiannya percikan air kencing yang halus yang sukar dilihat dengan mata kasar tetapi jika diperhatikan dengan teliti ada terlihat percikan halus pada pakaiannya itu maka ia dimaafkan yaitu jika dia tidak membasuhnya lalu dikerjakan solat dengannya maka solatnya itu sah. Tetapi sunat dibasuh terlebih dahulu.


 Ketiga: 

Najis yang sedikit yang dimaafkan jika ada pada pakaian tetapi tidak dimaafkan pada air seperti sedikit darah luka atau sedikit darah jerawat atau sedikit nanah yang keluar dari kudisnya tetapi jika ia terkena pada air yang sedikit maka air itu tidak bersih atau kena ia pada air minuman maka tidak boleh meminumnya kerana mudah memeliharanya dari terkena air tetapi sukar memeliharanya dari terkena badan dan pakaian.

Begitu juga kesan najis pada tempat keluar najis maka ia juga dimaafkan dan dimaafkan juga jika kena pada pakaian yang setentang dengan tempat keluar najis itu.

Tetapi Syeikh Ibnu Hajar bersalahan ia pada najis bahagi yang ketiga ini sekira-kira berkata ia tidak dimaafkannya.

 Keempat: 

Najis yang dimaafkan jika jatuh ia kedalam air seperti bangkai serangga-serangga kecil yang tidak ada darah yang mengalir.

Tetapi jika bangkai serangga ini ada pada pakaian solat maka solat tersebut tidak sah kerana mudah memeliharanya dari terkena pada pakaian tetapi sukar memeliharanya dari jatuh ke dalam air.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

1 Comment
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Alif 2002
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz saya ad luka di kaki saya dan air bisa tidak berhenti keluar walaupun sudah lama tunggu