Jenis Najis Yang Dimaafkan

Najis yang dimaafkan

Apakah jenis najis yang dimaafkan dalam Islam?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN:

Bolehkah ustaz sebutkan jenis-jenis najis yang dimaafkan supaya senang hendak menunaikan sembahyang sebab ia banyak berlaku dalam kehidupan harian kita.


JAWAPAN:

Berkata Syeikh As-Syarqawi:

واعلم أن النجاسة أربعة أقسام: قسم لا يعفى عنه مطلقاً وهو معروف، وقسم عكسه وهو ما لا يدركه الطرف، وقسم يعفى عنه في الثوب دون الماء وهو قليل الدم لسهولة صون الماء عنه، ومنه أثر الاستنجاء فيعفى عنه في البدن، والثوب المحاذي لمحله خلافاً لابن حجر، وقسم عفي عنه في الماء دون الثوب وهو الميتة التي لا دم لها سائل حتى لو حملها في الصلاة بطلت

Ertinya:

Hendaklah kamu tahu sungguhnya segala najis itu ada empat bahagi.

Bahagi yang pertama iaitu yang tidak dimaafkan sama sekali ialah yang sudah maklum.

Bahagi yang kedua ialah lawannya yaitu najis yang tidak dapat dilihat olih mata.

Bahagi yang ketiga najis yang dimaafkan pada pakaian tapi tidak pada air yaitulah sedikit darah kerana mudah memelihara air darinya dan termasuk daripadanya ialah bekas istinjak maka dimaafkan pada badan dan pakaian yang setentang kedudukkannya bagi tempatnya khilaf bagi Ibnu Hajar.

Dan bahagi keempat yang dimaaf pada air tidak pada pakaian yaitu bangkai haiwan yang tiada darah mengalir kalau dibawa didalam solat maka batal solatnya.

(Kitab Hasyiah Syarqawi)

Maksud najis yang dimaafkan ialah tidak dikira memberi mudarat dengan adanya seperti najis yang ada pada luka maka ia dimaafkan ketika mengerjakan solat yaitu sah solatnya dan jika najis itu banyak hingga meleleh dari luka sebelum lagi memulai solat maka ia memudaratkan solat yaitu tidak sah.

Kesimpulan

Segala jenis najis nisbah kepada dimaafkan atau tidak itu ada empat bahagi.

 Pertama: 

Najis yang tidak dimaafkan sama sekali seperti darah dan nanah dan kencing dan tahi dan seumpamanya.


 Kedua: 

Najis yang sangat sedikit contohnya ketika kencing ada terpercik pada pakaiannya percikan air kencing yang halus yang sukar dilihat dengan mata kasar tetapi jika diperhatikan dengan teliti ada terlihat percikan halus pada pakaiannya itu maka ia dimaafkan yaitu jika dia tidak membasuhnya lalu dikerjakan solat dengannya maka solatnya itu sah. Tetapi sunat dibasuh terlebih dahulu.


 Ketiga: 

Najis yang sedikit yang dimaafkan jika ada pada pakaian tetapi tidak dimaafkan pada air seperti sedikit darah luka atau sedikit darah jerawat atau sedikit nanah yang keluar dari kudisnya tetapi jika ia terkena pada air yang sedikit maka air itu tidak bersih atau kena ia pada air minuman maka tidak boleh meminumnya kerana mudah memeliharanya dari terkena air tetapi sukar memeliharanya dari terkena badan dan pakaian.

Begitu juga kesan najis pada tempat keluar najis maka ia juga dimaafkan dan dimaafkan juga jika kena pada pakaian yang setentang dengan tempat keluar najis itu.

Tetapi Syeikh Ibnu Hajar bersalahan ia pada najis bahagi yang ketiga ini sekira-kira berkata ia tidak dimaafkannya.

 Keempat: 

Najis yang dimaafkan jika jatuh ia kedalam air seperti bangkai serangga-serangga kecil yang tidak ada darah yang mengalir.

Tetapi jika bangkai serangga ini ada pada pakaian solat maka solat tersebut tidak sah kerana mudah memeliharanya dari terkena pada pakaian tetapi sukar memeliharanya dari jatuh ke dalam air.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

10 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Mun
Mun
29 hari yang lalu

Assalamualaikum ustaz. Semasa solat ada kucing dtg dan dia duduk di sejadah dan kain telekung. Selepas solat saya dapati ada lendir dekat sejadah, maka sy tukar dgn sejadah yg bersih dan solat semula. Sblm solat sy check telekung sy mmg bersih. Selepas solat, sy perasan dkt kain telekung tu ada kotoran yg sedikit, tp x pasti tu najis atau tidak. Sah ke solat sy ustaz?

Muhammad Hakim
Muhammad Hakim
9 bulan yang lalu

Assalamualaikum, saya ingin bertanya bebrapa soalan:

1) saya mempunyai luka pada tangan dan darah pada luka tersebut adalah sedikit. Persoalannya, seandainya saya membasuh baju atau mengambil wuduk, adakah pakaian tersebut atau air yang telah digunakan menjadi mutannajis atau dimaafkan? kerana selepas membasuh kawasan luka tersebut masih terdapat kesan darah yang sedikit.

2) sekiranya terdapat luka yang berdarah seperti luka di bawah kulit di hujung jari akibat terkoyak adakah saya perlu membasuhnya sehingga hilang kesan darah atau basuh hingga hilang kesan darah pada kawasan zahir sahaja iaitu pada kawasan bahgian luar kulit yang terluka sahaja?

MY
MY
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum saya nak bertanya , saya terjatuh dan bila saya check takda darah mengalir mahupun luka , hanya ada kesan calar saja yang kecil , lepastu selepas beberapa jam misalnya pukul 747 , hingga pukul 10 , saya tengok balik kat kesan calar tu , ada benda sebesar jarum warna merah tak pasti darah atau tak , sebab kesan calar saya memang tak mengeluarkan darah langsung , saya basuh sahaja dengan air caranya terus lap segenggam air dan lalukan dekat tangan , tapi benda tu cabut macam bukan darah , dia macam benda , saya tak tau la apa benda tu , sebab dua kali sapu baru hilang , saya tak dapat pastikan sama ada darah atau tak , sebab kawasan calar memang takda luka , macam mana tu ustaz , saya risau sebab air bekas basuh tu kena terpercik kat baju saya sebab ganas jugak basuh , tapi takda pun darah ke apa

FAIROLIZAM BIN SULHI
FAIROLIZAM BIN SULHI
1 tahun yang lalu

Semasa solat saya terpijak najis tikus kering di sejadah. Adakah sah solat saya ?

FAIROLIZAM BIN SULHI
FAIROLIZAM BIN SULHI
Reply to  Muhamad Naim
1 tahun yang lalu

Ok. Terima kasih Ustaz.

Alif 2002
Alif 2002
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz saya ad luka di kaki saya dan air bisa tidak berhenti keluar walaupun sudah lama tunggu