Hukum Memicit Jerawat Dalam Solat

hukum memicit jerawat dalam solat

Apakah hukum memicit jerawat dalam solat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN:

Adakah perbuatan memicit jerawat pada muka boleh membatalkan solat?


JAWAPAN:

Jika seorang memicit jerawat di dalam solat dan keluar darah yang sedikit iaitu tidak meleleh dari jerawatnya itu maka ia dimaafkan yakni solatnya tidak batal kerana dikira sedikit.

Tetapi jika banyak keluar darah seperti meleleh darah itu lebih dari tempat jerawat maka batal solatnya kerana dikira najis yang banyak dan lagi dengan perbuatannya.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar Al-Haithami:

وَلَا تَبْطُلُ بِدَمِ نَحْوِ بُرْغُوثٍ وَبَثْرَتِه مَا لَمْ يَكْثُرْ بِقَتْلٍ وَعَصْرٍ ا هـ

Ertinya :

Dan tidak batal solat dengan sebab kena darah nyamuk yang dibunuhnya atau darah jerawat yang dipicitnya selama tidak banyak darah itu.”

(Kitab Tuhfah ‘ala Minhaj)

Tetapi jika darah jerawat yang dipicitnya itu keluar banyak maka batal solatnya.

Tersebut pada kitab Fathul Mu’in:

فإن كثر بفعله قصدا فلا يعفى إلا عن القليل على الأصح

Ertinya:

Maka jika banyak darah tersebut dengan sebab perbuatannya dengan sengaja maka tidak dimaafkan darah itu melainkan sedikit pada pendapat yang paling sahih.”

Kesimpulan

Memicit jerawat dalam solat tidak membatalkan solat jika tiada keluar darah.

Jika keluar darah sedikit sekira-kira hanya ada darah itu pada tempat jerawat maka dimaafkan yakni tidak batal solatnya kerana dikira sedikit.

Jika darah keluar banyak sekira-kira lebih dari tempat jerawatnya maka solatnya batal sebab dikira banyak.

Perbuatan memicit jerawat ketika sedang solat adalah makruh kerana lalai dan hilang khuyuk yang mengurangkan pahala solat.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments