Hukum Lupa Bayar Zakat Fitrah Tahun Lepas

hukum Lupa bayar zakat

Bagaimana jika lupa bayar zakat fitrah tahun lepas?

Apakah hukumnya?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN:

Jika seseorang terlupa membayar zakat fitrah pada tahun lepas maka adakah pada tahun ini kena bayar dua kali? Bagaimanakah niat membayar zakat yang kita lupa itu?


JAWAPAN:

Jika seorang itu terlupa membayar zakat fitrah pada tahun lepas maka wajib ia membayarnya pada tahun ini sebagai qadha.

Dia tidak berdosa kerana lupanya itu tetapi haram kalau dengan sengaja melambatkan membayarnya.

Orang yang sengaja tidak membayar zakat atau sengaja melambat-lambatkannya sampai selesai hari raya maka wajib ia bayar sebagai qadha dengan segera dan ia berdosa kerana tiada ada uzur.

Tersebut pada Kitab I’anah At-Talibin:

ـوحرم تأخيرها عن يومه أي العيد بلا عذر كغيبة مال أو مستحق ، ويجب القضاء فورا لعصيانه

Ertinya:

Dan haram melambatkan zakat fitrah dari hari raya tanpa uzur seperti hilang hartanya atau tiada wujud asnaf yang berhak.

Dan wajib ia qadha dengan segera kerana derhakanya itu pada melambatkannya.”

Dan contoh niat bagi membayar zakat qadha Ramadhan itu ialah:

نويت عن أخرج زكاة الفطر عن نفسي قضاء فرضا لله تعالى

Ertinya:

Aku berniat mengeluarkan zakat fitrah yang wajib atasku sebagai qadha yang fardu kerana Allah Taala.”

Kesimpulan

Orang yang tidak membayar zakat fitrah pada tahun lepas wajib membayarnya sekarang sebagai qadha.

Dan wajib juga membayar zakat fitrah untuk tahun ini maka jadilah dua zakat fitrah yang wajib atasnya membayarnya.

Jika dia tidak membayar itu sebab lupa maka dia tidak berdosa.

Jika bukan sebab lupa tapi sebab cuai atau sengaja maka dia berdosa.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Nota: zakat fitrah untuk isteri wajib dibayar oleh suami.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments