Adakah Isteri Tidak Kena Kafarah Jika Jimak Semasa Puasa?

jimak semasa puasa

Apakah hukum jimak semasa puasa?

Adakah isteri tidak kena kafarah jika berjimak dengan suami?

Dalam artikel ini, saya melampirkan soalan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Berkenaan bayar kafarah sebab jimak masa puasa ramadhan betulkah hanya suami sahaja yang kena bayar?

Isteri kena bayar apa ustaz?


JAWAPAN:

Apabila pasangan suami isteri melakukan jimak yakni persetubuhan dalam keadaaan keduanya sedang berpuasa Ramadhan dengan sengaja maka batal puasa kedua suami isteri tersebut sekali pun tidak keluar mani dan sekali pun kedua pasangan tersebut tidak merasa lazat disebabkan sudah terlalu tua.

Wajib atas keduanya qadha sehari puasa yang terbatal pada hari itu dan wajib pula atas suami membayar kafarah iaitu berpuasa selama dua bulan berturut-turut dan jika suami itu sakit atau ada uzur maka wajib dia beri makanan kepada 60 orang msikin sebagai kafarah.

Jikalau berlaku jimak itu tanpa sengaja misalnya suami jatuh di atas isterinya tanpa sengaja lalu masuk hasyafah suami dalam faraj isterinya maka tidak dikenakan kafarah kerana bukan sengaja.

Tersebut pada himpunan fatwa Mufti Negeri Mesir:

الجماع في نهار رمضان كبيرة من كبائر الذنوب، ويجب التوبة منه بالإقلاع والندم والعزم على عدم الرجوع إليه، فإن جماع الصائم لزوجته في نهار رمضان عامدًا مختارًا بأن يلتقي الختانان وتغيب الحشفة في أحد السبيلين مفطر يوجب القضاء والكفارة؛ أنزل أو لم ينزل، وعلى كل من الزوجين قضاء صيام اليوم الذي حصل فيه الجماع، وعلى الزوج بالإضافة إلى ذلك صيام شهرين متتابعين كفارة لما وقع فيه، فإن لم يستطع -بأن كان مريضًا وقرر الأطباء عدم قدرته على الصوم- أطعم ستين مسكينًا : دار الإفتاء المصرية

Ertinya:

Bermula jimak pada siang hari Ramadhan adalah termasuk dosa yang besar dan wajiblah bertaubat dengan menghentikannya dan menyesal dan berazam untuk tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut.

Maka sungguhnya jimak orang yang puasa akan isterinya pada siang hari Ramadhan dengan sengaja lagi pula dengan ikhtiar dengan berlaku tenggelam hasyafah suami pada kemaluan isteri adalah membatalkan puasa dan mewajibkan qadha dan bayar kafarah samada keluar mani atau pun tidak.

Atas kedua suami istri itu wajib qadha puasa yang berlaku jimak tersebut.

Dan selain wajib qadha itu ditambah pula atas suami kewajipan berpuasa dua bulan berturut-turut sebagai kafarah atas apa yang ia lakukan.

Maka jika suami itu tidak mampu berpuasa seperti sebab sakit yang diakui oleh doktor tentang ketidak mampuannya itu atas berpuasa nescaya wajib atasnya memberi makan kepada 60 orang msikin.”

(Majlis Fatwa Negeri Mesir)

Kesimpulan

Suami isteri yang melakukan jimak dalam keadaan keduanya sedang berpuasa di siang hari Ramadhan dengan sengaja maka batal puasa keduanya sekali pun berlaku jimak itu sekejap sangat dan sekali pun tidak keluar mani.

Wajib atas kedua suami isteri itu qadha puasa sehari yang telah batal itu.

Wajib pula atas suami bayar kafarah yaitu berpuasa dua bulan berturut-turut.

Jika suami itu sakit berat atau ada uzur yang menjadikan tidak mampu berpuasa maka wajib memberi makan kepada 60 orang miskin.

Isteri hanya wajib qadha sehari sahaja puasa yang batal sebab jimak itu sekalipun isteri yang menjadi punca berlakunya jimak tersebut.

Isteri tidak diwajibkan membayar kafarah.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1 Comment
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Aiman
Aiman
3 tahun yang lalu

Saya ingin bertanya, Adakah batal puasa saya jika dengan hanya menyentuh sahaja kemaluan kekasih tnpa keluar air mani? Adakah ia dianggap zina dan perlukah saya membayar kaffarah?