Hukum Ganti Puasa Bagi Orang Yang Masih Hidup

ganti puasa bagi orang hidup

Apakah hukum ganti puasa bagi orang yang masih hidup?

Adakah ia sah?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN:

Adakah dibolehkan kalau seorang itu tidak berpuasa tapi orang lain yang tolong melakukan puasa bagi dirinya?

Dan bagaimana pula kalau orang yang kita tolong puasakan untuknya itu orang yang uzur?


JAWAPAN:

Puasa yang dilakukan oleh seseorang untuk seseorang yang masih hidup adalah tidak sah samada dengan rela hati atau dengan upah.

Berkata Imam Nawawi:

وقال القاضي: وأصحابنا أجمعوا على أنه لا يصلى عنه -أي الميت- صلاة فائتة، وعلى أنه لا يصام عن أحد في حياته، وإنما الخلاف في الميت

Ertinya :

Dan telah berkata Al-Qadhi dan ulamak kami telah ijmak atas bahawasanya tidak boleh melakukan solat daripada mayat dan tidak boleh melakukan puasa dari seorang pun yang masih hidup.

Dan khilaf hanya berlaku pada masalah puasakan orang yang telah mati.”

(Kitab Syarah Sahih Muslim)

Dan tidak ada beza samada orang yang hidup itu ada uzur atau tiada iaitu tidak sah orang lain yang berpuasa untuk dirinya.

Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari:

ولا يصح الصوم عن حي بلا خلاف معذوراً كان أو غيره

Ertinya :

Dan tidak sah puasa seseorang untuk orang yang masih hidup tanpa khilaf samada dia uzur atau pun tidak.”

(Kitab Asnal Matalib)

wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments