Waktu Bayar Fidyah Bagi Orang Tua & Orang Sakit Yang Tidak Mampu Puasa

bayar fidyah orang sakit

Bila dan bagaimana cara bayar fidyah bagi orang tua dan orang sakit yang tiada harapan sembuh?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Orang yang sakit yang terlantar dan sudah tua boleh tak mereka bayar fidyah puasa ramadan awal sebab sudah beberapa tahun memang tidak mampu puasa?


JAWAPAN:

Orang yang sakit yang penyakitnya pada adat tidak akan sembuh atau tersangat tua maka keduanya tidak wajib puasa Ramadhan dan hanya wajib membayar fidyah.

Firman Allah:

وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ

Ertinya:

Dan atas orang yang sangat tua atau sakit yang tidak sembuh pada adat maka hendaklah membayar fidyah diberi kepada orang miskin.”

(Al-Baqarah: 184)

Berbalik kepada soalan maka harus membayar fidyah awal tetapi setelah masuknya bulan Ramadhan.

Jika membayar awal sebelum masuknya bulan Ramadhan
adalah tidak sah.

Berkata Syeikh Ramli :

ويتخير في إخراجها بين تأخيرها وبين إخراج قيمة كل يوم فيه أو بعد فراغه، ولا يجوز تعجيل شيء

Ertinya:

Yang membayar fidyah boleh memilih antara mengeluarkannya dan mengeluarkan harga setiap hari yang ada ia atau selepas selesainya. Dan tidak harus mendulukan suatu dari fidyah.”

(Kitab Fatawa Ar-Ramli)

Dan berkata Imam Nawawi:

اتفق أصحابنا على أنه لا يجوز للشيخ العاجز والمريض الذي لا يرجى برؤه تعجيل الفدية قبل دخول رمضان ، ويجوز بعد طلوع فجر كل يوم

Ertinya:

Telah sepakat ulamak kami atas bahawasanya tidak harus bagi orang yang tua yang lemah dan yang sakit yang tidak diharapkan akan sembuhnya mendulukan bayar fidyah sebelum masuk bulan Ramadhan. Dan harus ia bayar selepas terbit fajar pada setiap hari.’

(Kitab Al-Majmu’)

Kesimpulan

Orang yang hendak membayar fidyah puasa boleh memilih antara membayar pada awal Ramadhan atau pada hujung Ramadhan.

Dan boleh juga dia membayar fidyah setiap hari satu fidyah atau sekaligus semua fidyah.

Tidak sah membayar fidyah sebelum masuknya bulan Ramadhan.

Contoh niat fidyah ialah:

Inilah fidyah puasa yang wajib atas ku kerana Allah Taala.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Ain
Ain
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum.. maaf saya ingin bertanya, saya telah beberapa tahun tidak menggantikan puasa dan juga tidak membayar fidyah. Dan saya telah menggantikan sebahagian puasa yang lepas. Tapi masih lagi banyak yang tidak diganti sehingga masuknya ramadhan yang baru. Saya tidak berkesempatan hendak menggantikannya kerana terlalu banyak. Soalan saya, bagaimana kiraan fidyah tersebut? Mohon pencerahan. Terima kasih.