
Apakah hukum aurat terbuka semasa solat?
Adakah batal solat dan perlu solat kembali?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALAN:Ketika saya solat disebuah surau kain seorang jemaah yang ada didepan saya telah terselak hingga nampak auratnya lalu dia pun keluar dari solat.
Soalan saya apakah yang sepatutnya kita lakukan kalau pakaian kita terselak seperti itu adakah kena berhenti solat?
JAWAPAN:
Salah satu syarat sah solat ialah menutup aurat dari awal solat sehingga kepada memberi salam.
Jika sengaja dibukanya aurat didalam solat walau pun sedikit atau sekejap nescaya batal solatnya.
Jumhur ulamak berpendapat jika kain atau pakaian kita terselak disebabkan oleh tiupan angin dan kita tutup aurat yang terbuka itu dengan segera maka hukumnya dimaaf iaitu tidak batal solatnya.
Tersebut dalam kitab Al-Fiqh Al-Islami:
انكشاف العورة فجأة: إن انكشفت عورة المصلي فجأة بالريح مثلاً عن غير عمد، فستره في الحال، لم تبطل صلاته عند الشافعية والحنابلة لانتفاء المحذور، وإن قصر أو طال الزمان، بطلت بسبب تقصيره، ولأن الكثير يفحش انكشاف العورة فيه، ويمكن التحرز منه، فلم… يعف عنه وقال المالكية: تبطل الصلاة مطلقاً بانكشاف العورة المغلظة. وقال الحنفية: إذا انكشف ربع العضو من أعضاء العورة، فسدت الصلاة إن استمر بمقدار أداء ركن، بلا صنعه، فإن كان بصنعه فسدت في الحال.
Ertinya :
Terbuka aurat orang yang sedang solat secara tiba-tiba sebab angin misalnya tanpa sengaja kemudian ditutupnya pada ketika itu juga nescaya tidak batal solatnya disisi ulamak-ulamak mazhab Syafie dan Hanbali kerana ternafi yang dilarang.
Jika sebab kecuaian atau lama masa baru ditutup nescaya batal solatnya dengan sebab cuainya itu dan sebab lama terbuka itu jadi keji kejadian terbuka aurat itu sedangkan ia mungkin memeliharanya maka tiada diberi maaf kepadanya.
Dan berkata ulamak mazhab Maliki batal solat secara mutlak dengan terbuka aurat yang berat.
Dan berkata ulamak mazhab Hanafi apabila terbuka satu perempat dari anggota aurat maka rosak solatnya jika sampai masanya menunaikan satu rukun jika bukan perbuatannya. Ada pun jika sebab perbuataannya maka rosak solatnya ketika itu jua.”
Kesimpulannya
Sebagaimana dalam soalan:
Maka jika orang yang terbuka auratnya oleh sebab angin itu dan dia tutup dengan segera akan aurat yang kelihatan itu nescaya solatnya tidak batal.
Dan dia tidak perlu berhenti dari solat kerana dimaafkan kerana sebab bukan dengan sengaja.
Lagi pula dia menutup kembali dengan cepat.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus:
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum , saya nak tanya , selepas bangun dri rukuk , kita membaca allahuakbar sambil mengakat tangan dan ketika itu aurat kita ternampak dekat bahagian lengan tangan ketika menyebut allahuakbar , adakah batal solat kite ustz ?
Wassalam. Sah solat sebab bukan sengaja, tetapi awak kena cepat-cepat tutup apabila aurat itu terbuka
Assalamualaikum , saya nak tanya , selepas bangun dri rukuk , kita membaca allahuakbar sambil mengakat tangan dan ketika itu aurat kita ternampak dekat bahagian lengan tangan ketika menyebut allahuakbar , adakah batal solat kite ustz ?
Sory ii , bukan allahuakbar
Nak tnha kalaj semasa rukuk mcm ternampak ibu jari kaki seditkit. Tp tak sure samada betul2 terbuka aurat atau perasaan sahaja. And saya taktau mcmna nak tutup jika betul terbuka aurat semasa rukuk. Tetapi lepas berdiri dari rukuk saya terus tutup kaki saya tu. Adakah sah solat saya? And berapa kadar masa yg boleh diambil utk tutup aurat itu. Jika saya tutup lepas saya rukuk boleh ke?
Salam saya nak tanya contoh masa solat dan skirt telekung terjatuh masa solat tapi masa tu perempuan tu menggunakan seluar palazo dan tidak ketara nampak auratnya kira batal ke solat ?
Wassalam. Tidak batal jika tidak nampak kulit
Terima kasih atas jawapannya
Kalau jari2 kaki terkeluar xpeh ke?
Assalamualaikum nak tanya kalau kita rasa waktu solat tu tak nampak aurat ataupun dikira was was kemudian ketika akhir solat memang kita perasan aurat terlihat kemudian kita cepat2 tutup adakah solat atau perlu solat semula