Doa Selamat Untuk Majlis Perkahwinan

Doa Selamat Untuk Majlis Perkahwinan
Photo by Kevin Kurek on Unsplash

Ini adalah doa selamat yang boleh dibacakan pada majlis perkahwinan.

Doa selamat ini dipermudahkan dengan transliterasi rumi bagi membantu mereka yang sukar membaca teks arab.

Diharapkan panduan ini membantu anda dimajlis perkahwinan yang bakal diadakan.

Doa Selamat Majlis Perkahwinan

Doa Selamat Untuk Majlis Perkahwinan

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin WassolaaTu Wassalamu ‘Ala AsyRafil Anbiya’i Wal Mursalin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajma’in

Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah atas segala nikmat pemberian yang Engka kurniakan kepada kami.

Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka (… nama pengantin …)

Allahumma Ya Rahim Ya Wadud Ya DzalJudi Wal Karami

Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat-Mu ya Allah, kurniakanlah kepada kedua mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat dan selamat sejahtera serta dikurniakan zuriat yang soleh. Perkukuhkanlah ikatan kasih sayang dan hormat menghormati antara mereka, berakhlak mulia dan berbudi bahasa, serta beriman dan bertakwa kepada-Mu ya Allah.

Allahumma Ya Badii-‘AssamaWatti Wal Ardh

Kami memohon rahmat-Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat wal-afiat kepada seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi meraikan majlis yang diberkati ini.

Doa Selamat Untuk Majlis Perkahwinan

Allahumma Allif Bainal-‘AruuSaini Kama AllafTa Bainal-Ma’ WatTiini Wa Baina AaDaMa Wa HauWa’, Wa Baina Ibrahima WaHaaJara Wa SaaRaha, Wa Baina YuuSuFa Wa DzuLaihah, Wa Baina Ayyuba Wa Rahmah, Wa Baina Musa Wa SoFuuRoh, Wa Baina Sulaiman Wa Balqiis, Wa Baina Sayyidina Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wassalam Wa ZauJaaTihil MuThohHaraaTi RidWaaNullahi ‘AlaihinNa Ajma’ina Birohmatika Ya Arhamar-RaaHimiin.

Allahummaj’al Jam’aNa HaZaa Jam’an MarhuuMa Wa TaFarruQana Min Ba’dihi TafarruQon Ma’SuuMaa Wa Laa Taj’al FiiNa Wa Laa Ma’aNa Syaqiyya Wa Laa MahRuuMaa Ya Akramal Akraminn.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.

Robbanaa AaTina Fiddunyaa Hasanatan Wa Fil-AakhiRoti HasanaTan WaQinaa ‘AzaaBan-Nar.

Wa Sollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajma’in Walhamdulillahi Robbil ‘Alamin.

Rujukan doa lain:

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Ahmad
Ahmad
1 tahun yang lalu

Tuan, Zulaikha adalah isteri kepada Raja Mesir. Jadi amat tak betul situasi doa apabila digandingkan Zulaikha dengan Nabi Yusuf. Tak mungkin Nabi Yusuf disatukan dengan isteri orang. Mohon berhati-hati dalam membuat penulisan, apatah lagi doa seperti di atas.

Aiman Wadud
Aiman Wadud
Reply to  Ahmad
8 bulan yang lalu

Bukankah selepas itu Zulaikha berkahwin dengan Nabi Yusuf?

Sebelumnya memang isteri kepada Raja Mesir.

Selepas beberapa peristiwa mereka pun bergelar suami isteri.

والله أعلم