Doa Memohon Ampun Kepada Allah

Doa Memohon Ampun Kepada Allah

Bagaimanakah doa memohon ampun kepada Allah?

Berikut doa yang boleh diamalkan untuk memohon ampun kepada Allah atas segala kesilapan dan dosa yang telah dilakukan:

Doa Memohon Ampun Kepada Allah

Rabbanā Lā Tu’ākhiżnā In Nasīnā Au Akhṭa’nā, Rabbanā Wa Lā Taḥmil ‘Alainā Iṣran Kamā Ḥamaltahū ‘Alallażīna Min Qablinā, Rabbanā Wa Lā Tuḥammilnā Mā Lā Ṭāqata Lanā Bih, Wa‘Fu ‘Annā, Wagfir Lanā, Warḥamnā, Anta Maulānā Fanṣurnā ‘Alal Qaumil-Kāfirīn

Maksudnya

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memberikan hukuman kepada kami jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan Kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami, oleh itu tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir

Keterangan Ayat

Walaupun ayat ini tidak menjelaskan adakah Allah SWT  akan mengampunkan dan menerima munajat hamba-Nya yang berdoa itu tetapi dalam ayat daripada Surah al-Ahzab ayat ke-5, Allah mengampunkan kesilapan yang berlaku secara tidak sengaja.

Firman-Nya yang bermaksud,

Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya tetapi (yang dikira berdosa ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”

(Tafsir Adwa’ al-Bayan, tafsir ayat 286 Surah al-Baqarah)

Khasiat Dan Cara Beramal

Telah sabit dalam sunah bahawa Nabi SAW bersabda, yang bermaksud, “Apabila seseorang itu memanjatkan doa ini kepada Allah, Allah menjawab dengan limpah rahmat-Nya, ‘Ya, (Aku menerima permintaanmu).””

Lihat juga memohon keampunan dengan Solat Sunat Taubat

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments