Kalimah Syahadah: Pengertian Dan Panduan Lengkap

kalimah syahadah

Apakah makna dan kepentingan dua kalimah syahadah?

Artikel ini akan menjelaskan secara lengkap kepentingan dua kalimah syahadah dalam kehidupan seorang muslim yang beriman.

Dalam panduan ini, anda akan belajar:

Jika anda berminat untuk mengetahui lanjut, mari kita mulakan..

Kepentingan Konsep Syahadah

Tiada nilainya segala bentuk kemewahan dan kesenangan duniawi ini tanpa pengabdian dan kepatuhan terhadap Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Oleh itu, Islam menetapkan syahadah sebagai teras atau tunjang keislaman yang perlu diucapkan, diimani, dihayati dan diamalkan selama mana seseorang itu melayari bahtera hidup di bumi Allah SWT ini.

Kanak-kanak yang telah menjejakkan kaki ke alam baligh bererti telah cukup umur dan sempurna akal atau mukallaf.

Mereka perlu diajar dua kalimah syahadah, didorong melakukan amalan soleh dan semua ibadah yang wajib serta meninggalkan segala larangan Allah.

Begitulah juga keadaan bagi seseorang yang baru memeluk Islam (muallaf).

Dia perlu belajar melafazkan dua kalimah syahadah serta perkara-perkara yang telah disebut tadi.

Syahadah bererti penyaksian atau pengakuan seseorang terhadap sesuatu.

Apabila seseorang itu mengucapkan syahadah bererti dia telah mengaku dengan lidahnya mengenai sesuatu perkara.

Makna Syahadah

1. Dua kalimah syahadah yang mengandungi dua bahagian syahadah:

لآ إِلَهَ إِلَّا الله

2. Penafian segala bentuk tuhan, kepercayaan, akidah dan penyembahan pengisbatan bahawa hanya Allah Tuhan sekalian alam.

مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله

3. Pengakuan kerasulan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang rasul dan utusan Allah.

Syahadatain ini akan diakui sah sekiranya kedua-dua bahagian syahadah tersebut diikrarkan sekali gus.

Jika berlaku sebaliknya, maka tidak sahlah syahadatain tersebut.

Konsep Tuntutan Syahadah

Konsep syahadah perlu difahami dengan mendalam dan diterjemahkan ke dalam kehidupan setiap orang Islam.

Hal ini kerana penghayatan mendalam akan mengukuhkan keimanan dan kesedaran untuk melaksanankan tuntutan-tuntutan dua kalimah syahadah.

Tuntutan Syahadah

  1. Dibuktikan dengan menunaikan rukun islam iaitu solat lima waktu, zakat, puasa dan haji.
  2. Menurut segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

Fardu Syahadah

Terdapat dua fardu syahadah:

  1. Diikrarkan dengan lidah
  2. Ditasdiqkan dengan hati

Setiap syahadah itu hendaklah diakui terutamanya bagi orang bukan Islam yang baru memeluk Islam.

Lidahnya hendaklah mengucapkan penyaksian itu sama ada dalam bahasa Arab ataupun dalam bahasanya sendiri dengan melafazkan:

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الل
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

Pengakuan di dalam hati terserah kepada hati masing-masing dan Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.

Islam hanya boleh mengukur yang zahir sahaja, ertinya apabila seseorang itu telah mengucapkan dua kalimah syahadah maka dia telah pun dianggap sebagai seorang Muslim.

Syarat Sah Syahadah

Apabila seseorang telah melafazkan kalimah syahadah maka dia hendaklah mengerjakan segala apa yang telah diakui dengan lidah itu.

Dia hendaklah mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah.

Jika disebut sahaja tetapi tidak beramal maka tidaklah sah syahadahnya.

Empat Syarat Sah Syahadah

  1. Diketahui
  2. Ditasdiqkan dengan hati.
  3. Diikrarkan dengan lidah.
  4. Diamalkan dengan anggota.

Kesimpulannya, setiap orang yang telah melafazkan syahadah, maka wajiblah dia mentaati segala perintah dan meninggalkan segala larangan atau teguhan yang telah disyariatkan oleh Allah SWT.

Perkara Yang Menyebabkan Syahadah Seseorang Terbatal Atau Murtad

1. Sujud atau tunduk kepada berhala secara pilihan sendiri bukan kerana terpaksa.

2. Menghina atau memperkecil-kecilkan sesuatu yang dimuliakan oleh agama seperti nama Allah yang mulia, sifat-sifat Allah, Al-Quran, hadis Nabi SAW, hukum syarak, rasul-rasul, perintah serta laranganNya dan sebagainya.

3. Mengucapkan sesuatu ucapan kekafiran yang biasanya dengan ucapan itu menyebabkan orang menyangka dia telah kafir. 

Atau dengan terang-terang orang itu mengatakan yang dirinya telah menjadi kafir atau keluar daripada Islam, sedangkan hal keadaannya secara ikhtiari (pilihan sendiri, bukan paksaan)

4. Perbuatan-perbuatan lain yang menyebabkan boleh terkeluar daripada Islam seperti mengatakan yang wajib itu sebaliknya, begitu juga mengatakan yang haram itu halal.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 217:

Sesiapa yang murtad antara kamu daripada agamaNya (agama islam) kemudian mati dalam keadaan dia kafir maka mereka itulah yang gugur amalan mereka di dunia dan Akhirat. Mereka akan menjadi penunggu Neraka dan kekal di dalamnya buat selama-lamanya.

 

Penutup

Semoga artikel ini membantu dapat anda menghayati konsep kalimah syahadah dengan lebih baik.

Jika anda sebarang persoalan atau memerlukan bantuan berhubung dengan Islam, anda boleh nyatakan perkara tersebut pada ruangan komen di bawah.

Saya akan sedaya upaya untuk membantu.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

8 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Student
Student
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum, saya nak tanya , memperbaharui syahadah sentiasa adakah sama dengan menguatkan iman kita dengan mengamalkan syahadah senantiasa

Abjad
Abjad
Reply to  Student
10 bulan yang lalu

Walaikumusalam..memperbaharui syahadah dgn mengambil talkin syahadah dgn niat mmfardukan kembali agama Islam pada diri aku

Fathi
Fathi
3 tahun yang lalu

pengertian*

Fathi
Fathi
3 tahun yang lalu

tahun 6 punya penertian

Fathi
Fathi
3 tahun yang lalu

tolong jelaskan pengertian syahadah pls _______ ________ ( 0 ) ( 0 ) _ L _ ___________________________

Kamalin mastura
Kamalin mastura
Reply to  Fathi
3 tahun yang lalu

SAYA NAK PEGERTIAN SYAHADAH LAH BUKAN BENDE LAIN
SAYA NAK PEGERTIAN SYAHADAHHHHHHHHHH

Shah zafer
Shah zafer
Reply to  Fathi
2 tahun yang lalu

Pengertian syahadah ialah penyaksian atau pengakuan bahawa tiada tuhan selain Allah dan muhammad saw sebagai utusan allah

Last edited 2 tahun yang lalu by Shah zafer