Perang Badar berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah
Ia bertempat di sebuah perigi kepunyaan seorang hamba Allah yang bernama Badar.
Perigi tersebut terletak di antara Mekah dan Madinah.
Peperangan ini mendapat nama sempena nama pemilik perigi tadi.
Kaum Muslimin di Mekah diusir oleh kafir Quraisy yang membuatkan mereka berhijrah ke Madinah beramai-ramai.
Disebabkan itu, kaum Muslimin kehilangan harta dan tempat tinggal.
Penyebab Perang Badar
Walaupun sudah sudab berhijrah ke Madinah, kafir Quraisy masih tak putus asa untuk mengancam kaum Muslimin di Madinah.
Kekayaan kaum Muslimin dirampas oleh kafir Quraisy.
Mereka sudah mula untuk bertindak dengan kekerasan.
Sehubungan dengan itu, untuk mengimbangi perilaku kafir Quraisy, kaum muslimin mengambil harta perniagaan mereka.
Pada satu hari, ada satu kafilah Quraisy ini yang dipimpin oleh Abu Sufyan ditahan oleh beberapa orang Muslimin.
Abu Sufyan sudah tahu apa yang nak dibuat oleh mereka.
Jadi, dia pun menghantar utusan ke Mekah untuk memberitahu supaya melindungi harta-harta mereka supaya tidak dirampas oleh kaum Muslimin.
Lepas itu, keluarlah tentera-tentera Quraisy yang berjumlah kira-kira 1000 orang, termasuklah pahlawan-pahlawan Quraisy antaranya Abu Jahal.
Abu Sufyan menggunakan jalan sebelah pantai untuk mengelak dari bertembung lagi dengan kaum muslimin.
Ternyata ketika itu, ia menyelamatkan kafilah Abu Sufyan dari diapa-apakan oleh kaum Muslimin.
Meskipun kafilah itu berangkat dengan selamat, akan tetapi tersangkut pula di lembah Badar kerana bertembung dengan dua pasukan bala tentera kaum Muslimin yang sedang bersiap sedia untuk bertempur.
Ketika itu, nak tak nak Quraisy harus berdepan dengan bertempur dengan kaum Muslimin ini kerana untuk menyelamatkan harta perniagaan mereka dan juga untuk menyelamatkan agama mereka yakni penyembahan berhala daripada diancam oleh pemikiran Kaum Muslimim yang monoteistik.
Kaum Muslimin sudah lama menahan marah terhadap kafir Quraisy yang tak putus-putus mengacau ketenteraman kaum Muslimin.
Sehinggakan mereka berhijrah ke Madinah meninggalkan harta dan keluarga mereka. Kali ini, mesti bertempur!
Sampailah tiga pahlawan ternama dan termula dari Quraisy iaitu Utbah Bin Rabi’ah, Al-Walid dan Syaidah. Mereka ini bertiga sekeluarga.
Mereka bertiga pergi ke lapangan di tengah-tengah dua perbarisan tentera yang saling berhadapan. Mereka berteriak:
“Siapa berani berlawan?”
Teriakan itu didengari oleh kaum Muslimin.
Rasulullah pun menghantar tiga pahlawan yang ada ikatan kekeluargaan dengan Baginda iaitu Ubaidah Bin Harits, Hamzah dan Ali.
Mereka berenam pun bertempur.
Semua orang ketika itu melihat mereka bertempur sesama mereka dengan begitu fokus dan senyap.
Akhirnya, kalah ketiga-ketiga pahlawan kafir Quraisy itu.
Ali dan Hamzah elok sahaja, tetapi Ubaidah luka parah dan selepas itu beliau gugur syahid.
Kekalahan yang dialami oleh Quraisy ketika itu sungguh terasa seperti aib yang besar.
Selepas itu, kedua tentera pun bertempur.
Akhirnya, orang Islam menang dengan gemilangnya..
Mereka berhasil menewaskan 70 tentera kafir Quraisy termasuklah Abu Jahal. Selebihnya menjadi tawanan.
Yang menjadi tawanan ini pula sangat degil, tidak mahu menebus dirinya dengan harta atau lainnya.
Mereka layak saja untuk dipenggal kepala.
Tapi, atas belas kasihan Rasulullah, maka Abu Bakar tak jadi untuk memenggal kepala mereka.
Kesimpulannya, peperangan ini adalah peperangan yang menentukan kerana jikalau kalah, maka orang Islam akan sentiasa ditindas oleh kafir Quraisy sepertimana mereka rasa di Mekah sebelum hijrah.
Quran mencatatkan pertolongan Allah di dalam peperangan Badar di dalam Surah Ali Imran ayat 123:
Sesungguhnya Allah telah menolongmu dalam peperangan Badr, padahal kamu dewasa itu tiada berdaya.”
Rujukan
Syalabi, D. A. (2010). Ensiklopedia Sejarah Islam. Puchong: Jasmin.
Artikel ini adalah tulisan saudara Sadiq Salihoddin.
Semoga memberi input yang berguna kepada semua pembaca.
Tinggalkan Komen Anda..