NIAT WUDUK & DOA SELEPAS WUDUK (Panduan Lengkap Rumi)

doa selepas wuduk

Bagaimana niat wuduk dan doa selepas wuduk?

Panduan ini akan menerangkan secara ringkas niat berwuduk dan doa selepas wuduk dalam ejaan rumi agar mudah dipelajari.

Semoga bermanfaat.

Niat Wuduk

Lafaz niat wuduk adalah seperti berikut:

niat wuduk

  Nawaitu Rafaal Hadasi As-Ghori Lillahi Taala 

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala

Lafaz niat dalam bahasa arab yang diucapkan secara lisan hukumnya sunat.

Niat yang wajib ialah lintasan dalam hati yang dihadirkan ketika mula membasuh sebahagian muka.

Sebaik-baiknya, dilafazkan niat sebelum mula mengambil wuduk untuk memudahkan berniat dalam hati.

Hukum Niat Wuduk

Niat semasa wuduk adalah sebahagian dari rukun wuduk.

Ini bermaksud, niat semasa wuduk adalah wajib dan tidak boleh ditinggalkan.

Wuduk yang dilakukan tanpa niat adalah tidak sah.

Bacaan Doa Selepas Wuduk

Bagaimanakah bacaan doa wuduk?

Berikut adalah doa yang dipermudahkan dengan ejaan rumi:

doa selepas wuduk

 Asy-hadu An Laa Ilaha illallahu Wahdahu Laa Syarikalah 

doa selepas wuduk

 Wa-asy-hadu Anna Muhammadan ‘Abduhu Warasuluh. 

doa selepas wuduk

 Allahummaj-’alni Minat Tauwabin, Waj-’alni Minal Mutatahhirin 

 Waj-’alni Min ‘ibadikas-solihin. 


Maksudnya:

Aku bersaksi tidak ada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa.

Tidak ada sekutu untukNya. Aku bersaksi juga bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan utusanNya.

Ya Allah, jadikan aku daripada golongan orang yang bertaubat kepadaMu.

Dan jadikanlah aku daripada golongan orang yang bersih.

Dan jadikan aku daripada golongan hambaMu yang soleh.

Syarat Sah Wuduk

Untuk menjadikan wuduk itu sah, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi:

Antaranya adalah:

  • Islam
  • Mumaiyiz iaitu kanak-kanak yang sudah pandai membezakan antara perkara yang baik dengan yang buruk.
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Menggunakan air mutlak iaitu air yang suci lagi menyucikan.
  • Tidak berubah sifat air wudhu akibat benda asing yang melekat pada anggota wudhu. Contohnya sabun, bedak atau apa-apa sahaja yang melekat pada anggota wuduk itu yang mengubah rasa, rupa atau bau air wuduk itu.
  • Sekiranya ada benda asing yang melekat pada tubuh, ia perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum berwuduk.
  • Tidak ada benda yang menghalang air sampai kepada anggota wuduk seperti cat, getah, pengilat kuku, lilin, kapur, minyak atau daki tebal yang melekat di celah jari, di bawah kuku atau di celah rekahan pada tumit.

Penutup

Panduan ini adalah sebahagian daripada panduan wuduk lengkap.

Semoga kita semua dapat amalkan wuduk yang sempurna agar pada hari kiamat nanti kita tergolong dalam kalangan umat yang anggotanya bercahaya disebabkan kesan wuduk sempurna.

Semoga memberi manfaat.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

66 thoughts on “NIAT WUDUK & DOA SELEPAS WUDUK (Panduan Lengkap Rumi)”

  1. Assalammualaikum Ustaz.. nak Tanya klau niat Sahaja aku ambil air sembahyang Kerana Allah taala sah x wudhu kita

    Reply
  2. Assalamualaikum, nak bertanya apakah niat wudhu solat taubat dalam bahasa rumi? atau guna niat wudhu biasa saja pun boleh? terima kasih.

    Reply
    • Wassala,. Boleh sahaja mengucapkan sahaja aku berwuduk kerana Allah Taala atau sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah taala

      Reply
      • Baik terima kasih. Ada satu lagi soalan, kalau kita bergerak utk memperbaiki cara duduk tahiyat awal atau akhir semasa solat adakah ia batal? kerana rasa kurang selesa kdg2 :)

        Reply
        • Tidak batal. Hanya pergerakan besar 3 kali berturut-turut sahaja yang membatalkan solat. Kalau tidak berturut-turut tidak membatalkan solat.

          Reply
  3. Assalamualaikum ustaz, sah ke air wuduk kita kalau baca “Nawaitu wuduk’a lillahi ta’ ala” dalam hati sahaja?

    Reply
  4. Assalamualaikum. Nak tanya kalau dah masuk waktu solat (dah terlintas bercakap dalam hati mahu ambil wudhu nak solat), selepas itu baru ambil wudhu, adakah dikira sah niat berwudhu?

    Jika tidak sah wudhu adakah solat sebelum ini harus di qoda? Sebab sudah beberapa bulan seperti itu.

    Mohon penjelasan

    Reply
    • Wassalam, Ya sudah dikira berniat jika sudah terlintas dalam hati untuk berniat. Tidak semestinya perlu dilafazkan.

      Jika wuduk tidak sah, maka secara automatik juga solat tidak sah dan perlu diqada

      Reply
  5. Thank you Ustad. Selama ni Saya tak pernah baca doa selepas wudu. May Allah bless you and your family ustad. Amén…

    Reply
  6. Assalamualaikum
    Nak Tanya lah jiakalau kadng kita terlupa baca wuduk punya niat bagaimana? Sah ke solat kita mksd saya doa selepas wuduk gutu

    Reply
    • Wassalam.

      Niat wuduk adalah wajib, kalau terlupa niat maka tak sah wuduk tersebut. Oleh itu solat juga tidak sah.

      Doa selepas wuduk pula adalah sunat sahaja, kalau tak baca doa selepas wuduk pun, wuduk tetap juga sah.

      Reply
  7. Assalam ustaz…mase kite nk basuh muke tu dlm hati kite niat “sahje aku ambik wudhuk kerane allah taala” boleh xmcm tu

    Reply
  8. Assalamualaikum. saya convert. Selama ini saya berwuduk dengan niat berbunyi “Nawaitu wudhu’a lillahi taala’. Sahkah wuduk saya?

    Reply
  9. Assalammualaikum, maaf ya encik, nak double check yg part rumi “Allahummaj’aini (atau Allahummaj’alni?) Minat Tauwabin, Waj’alni Minal Mutatahhirin“,

    Reply

Leave a Comment