Kaedah Memberikan Nama Anak Dalam Islam

Memberi Nama Anak

Bagaimana memberikan nama anak dalam Islam?

Dalam artikel ini, saya akan menerangkan kaedah yang dianjurkan dalam Islam dalam memilih nama yang baik untuk anak.

Mari kita mulakan..

Kesempurnaan Islam tergambar dengan jelas dari peringkat awal kelahiran insan.

Kegembiraan menimang cahaya mata yang sekian lama ditunggu seharusnya disempurnakan menurut lunas-lunas yang Islam tentukan.

Azan Dan Iqamat Kepada Bayi Yang Baru Lahir

Islam mensyariatkan agar azan dilaungkan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri bayi.

Hadis Abu Rafi’ yang bermaksud:

Aku melihat Rasulullah SAW mengalunkan azan yang dilaungkan untuk mengerjakan solat pada telinga Hasan bin Ali yang baru dilahirkan oleh Fatimah.

— Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tarmizi

Menurut riwayat al-Thabarani daripada ummu al-Fadhl binti al-Harits, ketika beliau melahirkan anaknya, beliau membawa kepada Nabi SAW.

Lalu Baginda melaungkan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri bayi tersebut.

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah antara rahsia azan dan iqamahh adalah:

  1. Kalimah-kalimah memuji kebesaran Ilahi yang disifatkan sebagai ucapan pertama yang meresap ke dalam hati sanubari insan yang baru lahir.
  2. Satu penyataan syariat Islam yang berperanan mendahului ajakan syaitan terkutuk dan mengekang arus nafsu syahwat.

Memberikan Nama Yang Baik Kepada Anak

Tuntutan memilih nama-nama yang elok dan mempunyai makna yang baik amat dianjurkan oleh Islam.

Sebenarnya, pemilihan nama-nama yang baik ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi sifat peribadi dan akhlak seseorang Muslim.

Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Darda r.a bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

Sesungguhnya pada hari kiamat kelak, kamu semua akan dipanggil (mengadap Allah SWT) dengan nama-nama kamu nama-nama bapa kamu. Oleh itu, perelokkanlah nama-nama kamu

— Hadis riwayat Abu Daud (4948)

Nama-Nama Yang Digalakkan

Islam telah menggariskan panduan untuk kategori nama-nama anak yang baik seperti berikut:

1. Nama-Nama Yang Diambil Daripada Asmaul Husna

Asmaul husna adalah 99 nama-nama Allah.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya nama-nama kamu yang paling disukai Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman

— Hadis Riwayat Muslim (2132)

2. Nama-Nama Nabi

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

Sesungguhnya mereka menamakan (anak-anak mereka) dengan nama-nama nabi dan orang-orang soleh yang hidup sebelum mereka

— Hadis riwayat Muslim (2135)

3. Nama-Nama Para Sahabat

Nama-nama sahabat Rasulullah SAW seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Saad, Zubair dan lain-lain juga elok dijadikan pilihan untuk nama-nama anak.

Mereka terkenal sebagai ahli ibadah, pemimpin yang adil, pahlawan terbilang, pemikir agung, penghafaz al-Quran dan perawi hadis yang ulung.

Nama-Nama Yang Dilarang

Terdapat juga beberapa kategori nama yang dilarang diberi kepada anak-anak yang baru lahir.

1. Nama-Nama Buruk Yang Menjadi Cemuhan Masyarakat dan Menjatuhkan Maruah Anak

Contohnya adalah seperti:

  • Sariq ( سارق ) yang bemaksud pencuri
  • Ashiah ( عاصية ) yang bermaksud perempuan pelaku maksiat
  • Kilab ( كلاب ) yang bermaksud anjing-anjing
  • Jahil ( جاهل ) yang bermaksud bodoh

2. Nama-Nama Yang Khusus Kepada Allah

Contohnya:

  • Ahad ( أحد ) yang bermaksud satu

3. Nama-Nama Yang Tidak Sesuai

Contohnya:

  • Malikul Amlak ( ملك الأملاك ) yang bermaksud “Raja kepada segala Raja”
  • Aflah ( أفلح ) yang bermaksud “dapat kemenangan”
  • Yasar ( يسار ) yang bermaksud “pihak kiri”

4. Nama-Nama Dengan Sebutan Abd ( عبد ) iaitu “Hamba” Yang Dikaitkan Dengan Sesuatu Selain Allah

Contohnya:

  • Abdul Uzza ( عبد العزى ) yang bermaksud “hamba berhala Uzza”
  • Abdul Kaabah ( عبد الكعبة ) yang bermaksud “hamba Kaabah”
  • Abdul Fulus ( عبد الفلوس ) yang bermaksud “hamba wang”

Semoga panduan ini memberi manfaat kepada para bakal ibu dan bapa dalam memberikan nama yang baik kepada anak.

Selain itu, berdoalah agar anak tersebut menjadi zuriat yang baik dan dapat memberi kebaikan kepada umat Islam kelak.

InsyaAllah.


Rujukan:

1. Indahnya Hidup Bersyariat, Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat — Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1 Comment
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Contri
Contri
7 bulan yang lalu

Assalamualaikum, apa hukum kalau kita singkatkan nama orang yang menggunakan nama yang dalam nama orang tu ada nama para nabi , contohnya Hazim Ishak , jadi Ajim Ichak , Danial ke Danny , saya pernah dengar yang ada orang pakai Mat atau Mamat macam shortform nama Muhammad (tak ingat dah lama dah) , kalau Adam ke Dam , apa hukum kalau kita bergurau dengan nama orang yang pakai nama nabi , bukan untuk menghina nabi langsung tak terlintas nak hina , tapi contohnya bergurau dengan kawan yang nama Adam , contohnya, Wah Ke,Adam,an sudah sampai , apakah hukum , kerana bergurau dengan nama kawan sebab selalu kawan short form nama semua , dan takda niat nak hina nama nabi pun cuma bergurau dengan kawan