Pernahkah anda terdengar bacaan doa Allahumma Innaka ‘Afuwwun?
Sebenarnya itu adalah doa Lailatul Qadar. Doa Malam Lailatul Qadar ini sangat digalakkan untuk dibaca ketika malam al-Qadr (Pada 10 malam terakhir Ramadan)
Panduan ini akan menjelaskan doa-doa yang digalakkan pada 10 malam terakhir dalam mencari Lailatul Qadar.
Bacaan Penuh Doa Allahumma Innaka ‘Afuwwun
Berikut bacaan penuh doa malam lailatul qadar:
Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Zat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku”
Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, beliau bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:
Wahai Rasulullah, jika aku menjumpai satu malam merupakan lailatul qadar, apa yang harus aku ucapkan di malam itu?
Baginda menjawab, Ucapkanlah: Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii…
(HR. Ahmad 25384, At-Tirmizi 3513, Ibn Majah 3850, An-Nasai dalam Amal Al-yaum wa lailah, dan Al-Baihaqi dalam Syua’bul Iman 3426).
Doa Memohon Keampunan Dan Dihapuskan Dosa Pada Malam Lailatul Qadar
Lailatul Qadar termasuk waktu yang mustajab untuk berdoa oleh kerana itu setiap Muslim boleh membaca doa apapun untuk kebaikan dunia dan akhiratnya.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) bersabda:
Sesiapa yang melakukan qiamullail pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.”
— Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Dalam sebuah hadith marfu’, daripada Ibn Abbas, sesungguhnya pada malam al-Qadr, Allah SWT melihat kepada para hamba-hambanya yang mukmin daripada umat Nabi Muhammad SAW, lalu Allah memaafkan mereka dan merahmati mereka kecuali empat golongan iaitu penagih arak, penderhaka kepada ibu bapa, kaki pukul dan pemutus silaturrahim.
Oleh itu janganlah kita melepaskan peluang ini.
1. Antara doa yang dibacakan Nabi untuk memohon ampun adalah:
Allahumma ‘auuzu biridhoka min sakhothika wa bimu ‘afatika min ‘uqubatik
Maksudnya:
Ya Allah, aku memohon perlindungan dengan redhaMu daripada kemarahanMu dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada kemurkaanMu.”
— Riwayat Muslim (no. 486)
2. Sebahagian ulama terdahulu membaca doa ini:
Allahumma inna zunuubi qad ‘azhumat wajallat ‘anissifat, wa innaha sorghitun fii janbi ‘afwik, fa’fu ‘anni
Maksudnya:
Ya Allah, dosa-dosaku terlalu banyak tidak terkira. Tidak mampu aku sifatkan, namun ia terlalu kecil di sisi kemaafanMu, ampunilah aku”.
3. Sebahagian yang lain berdoa:
Jurmi ‘aziim, wa ‘afwuka kasir, fajma’ baina jurmi wa afwika yaa kariim
Maksudnya:
Kesalahanku amat besar dan keampunanMu amat banyak, kumpulkanlah antara kesalahan-kesalahanku dan kemaafanMu wahai Yang Maha Mulia.”
Saat orang-orang yang sedar menyedari, betapa agungnya kemaafan Allah, mereka akan segera tunduk memperhambakan diri kepadaNya.
Demikian juga kepada para pendosa, saat mengetahui besarnya kemaafan Allah SWT, mereka akan berlumba-lumba mendapatkan kemaafan tersebut.
Amalan-Amalan Lain Yang Digalakkan Pada 10 Malam Terakhir Lailatul Qadar
Kita semua maklum bahawa ini kemuliaan dan agungnya malam Lailatul qadar sehingga melebihi daripada 1000 bulan.
Setiap amalan yang kita lakukan akan diberi pahala 1000 kali ganda.
Justeru, hendaklah kita lakukan amalan ibadat dengan bersungguh-sungguh tanpa sebarang pengabaian.
Untuk panduan ibadah dalam menuju akhir Ramadan, berikut adalah rujukan yang boleh diikuti:
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum Ustaz, Adakah sah solat sunat saya dimana dalam niatnya saya tambah perkataan TUNAI? kerana saya selalu menambah perkataan TUNAI dalam solat sunat terutama Terawih dan Witir.
Contohnya,
اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً لله تَعَالَى
Sahaja aku solat sunat Terawih 2 rakaat TUNAI kerana Allah Taala
Wassalam. Boleh, tiada masalah.
Alhamdulillah…terima kasih banyak2 ustaz…salam ukhwah
Sama-sama