Apakah hukumnya memakai pendakap gigi?
Hukumnya jika memakainya untuk membaiki ketidaksamaan kedudukan gigi seperti giginya terkedalam atau terkeluar maka hukumnya adalah harus kerana ia termasuk merawat yang dibenarkan syarak.
Berkata Imam Nawawi :
أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم
Ertinya : “Adapun jika memakainya kerana tujuan merawat atau kecacatan pada gigi atau umpamanya maka tidak menjadi kesalahan.” (Kitab Syarah Sahih Muslim)