Tempat tidur
Adab tidur seterusnya ialah bersederhana dalam menyediakan tempat tidur, selagi tidak terlalu bermewah dengan tilam berharga ribuan ringgit dan katil terukir mewah, hingga membazir dengan rezeki Tuhan.
Apatah lagi untuk mempamerkan kemewahan dan kemampuan dalam berbelanja. Rezeki kurnia Allah SWT sepatutnya digunakan untuk mencari keredaannya
Antara perkara yang dibenci oleh Allah adalah perbuatan membazir, Allah SWT berfirman kepada para pembazir melalui firman-Nya yang bermaksud :
“Dan hari (ketika) orang – orang yang engkar dihadapkan ke neraka (mereka menempelak): ‘kamu telah menghabiskan rezekimu yang baik dalam kehidupan duniawimu dan kamu telah bersenang – lenang dengannya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang telah menghinakan kerana kamu telah menyombongkan diri di muka bumi tanpa hak dan kerana kamu telah fasiq” (surah Al-Ahqah ayat 20)