Hukum: Siapa Yang Perlu Bayar Zakat Fitrah Bagi Isteri?

Siapakah yang perlu membayar zakat fitrah bagi isteri?

Suami kena bayar atau isteri itu sendiri?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Siapakah yang wajib membayar zakat fitrah isteri?

Adakah wajib atas suami atau isteri itu sendiri?


JAWAPAN:

Zakat fitrah isteri wajib dikeluarkan oleh suami.

Ini kerana mengikut bagi nafaqah iaitu apabila nafaqah isteri wajib dikeluarkan oleh pihak suami, maka suami wajib pula mengeluarkan zakat fitrah isterinya.

Inilah pendapat jumhur ulamak feqah.

Berkata Syeikh Alawi Al-Maliki:

قال الجمهور تجب الزكاة على الزوج لزوجته إلحاقا بالنفقة

Ertinya:

Telah berkata majoriti ulamak wajib zakat fitrah isteri itu atas suami kerana dihubungkan dengan kewajipan nafaqah.”

(Kitab Ibanatul Ahkam Syarah Bulughul Maram)

Berkata Syeikh Athiyyah Saqr:

إن الزوج يجب عليه أن يخرج زكاة الفطر عن نفسه وعمن تجب عليه نفقتهم، ومنهم الزوجة

Ertinya:

Sungguhnya suami itu wajiblah atasnya mengeluarkan zakat fitrah atas dirinya dan orang yang wajib atasnya nafaqah mereka itu. Dan setengah dari mereka yang wajib atas suami memberi nafaqah itu ialah isterinya.”

(Lajnah Fatwa Al-Azhar)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

3 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Mohamad Ramdan Ahmad
Mohamad Ramdan Ahmad
3 tahun yang lalu

Masih boleh bayarkan zakat lg ke jika isteri dh meninggal dunia??

Last edited 3 tahun yang lalu by Mohamad Ramdan Ahmad
NUR
NUR
3 tahun yang lalu

SALAM.. BAGAIMANA PULA JIKA SUAMI MINTA ISTERI BAYAR ZAKAT FITRAH DAHULU..LEPAS TU DIA BAYAR BALIK DUIT TU.

Last edited 3 tahun yang lalu by NUR
Nur syafiera
Nur syafiera
3 tahun yang lalu

Salam, Saya ingin bertanya mengenai pembayaran zakat fitrah. Jika suami tidak ada wang simpanan dan kehilangan kerja . Adalah isteri boleh bayar zakat fitrah?