Hukum Tersentuh Kasut Kulit Babi

kasut kulit babi

Apakah hukum tersentuh kasut kulit babi?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Ketika saya pergi ke sebuah mall saya telah memegang sepasang kasut yang dibuat dari kulit babi.

Soalan saya adakah wajib saya basuh tangan saya dengan air tanah?


JAWAPAN

Fuqahak telah menetapkan jika menyetuh suatu yang najis yang kering dengan tangan yang kering maka tangan yang kering itu tidak dikira ternajis.

Ada pun jika menyentuh suatu yang najis dengan tangan yang basah maka tangan tersebut dikira telah ternajis ia samada najis itu kering atau basah.

Tersebut pada Kitab Fiqh Al-Ibadah ‘ala Al-Mazhab As-Syafie :

Apabila bersentuh oleh najis atau suatu yang terkena najis dengan benda yang suci maka hendaklah dilihat jika keduanya kering maka tidak memberi kesan oleh yang najis itu akan yang suci berdasarkan qaedah fiqah ‘yang kering itu suci’ tanpa khilaf.

Dan jika salah satunya atau keduanya basah nescaya ternajislah yang suci itu dengan sebab yang satu lagi.”


Kesimpulannya jika tersentuh atau terpakai kasut yang diperbuat dari kulit babi sebagaimana dalam soalan dan tangan atau kakinya kering, maka tidaklah ternajis tangan dan kakinya yakni tidak wajib atasnya membasuh dengan air tanah sebagaimana diwajibkan ketika membasuh suatu yang ternajis dengan najis mughallazah.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

4 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Amsa
Amsa
2 tahun yang lalu

Eh kalau terpegang bukan kene basuh air tanah ke?sy tgk jgk dlm video ustaz Azhar Idrus.Yg pasal kering bila tgn kering bersentuhan dgn anjing yg TOLONG CEK BALIK PLEASE!???
BAHAYA NI KALAU SALAH.

Unknownnn
Unknownnn
3 tahun yang lalu

Tapi kalau macam Mana saya Tak ingat saya terpegang kulit babi? Sebab lama sudah tu jadi saya Tak ingat.

Unknown
Unknown
Reply to  Unknownnn
1 tahun yang lalu

Kalau macam tu basuh je guna air mutlak 6 kali dan air tanah sekali.