Adakah perlu solat jenazah ke atas bayi yang mati semasa lahir?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANJika bayi yang dilahirkan telah meninggal dunia adakah wajib disembahyangkan jenazahnya?
JAWAPAN
Apabila bayi yang dilahirkan itu sudah sampai usia 6 bulan dan ke atas maka wajib dilakukan ke atas jenazahnya seperti jenazah orang dewasa iaitu dimandikan dan dikafankan, solat jenazah dan ditanam.
Ada pun bayi yang gugur yaitu yang tidak sampai usia 6 bulan maka jika masa keluarnya ada tanda hidup seperti bergerak atau bersuara maka wajib disembahyangkan atasnya.
Dan demikian juga wajib dimandikan dan dikafankan dan ditanam.
Berkata fuqahak:
اتفق الفقهاء على وجوب تغسيل السقط وتكفينه والصلاة عليه ودفنه إذا خرج حياً ثمّ مات وتعرف حياته بالبكاء أو الصّراخ أو العطس ونحوه
Telah sepakat fuqahak atas wajib mandikan bayi yang gugur dan kafannya dan sembahyang atasnya dan tanamnya apabila ia keluar dalam keadaan masih hidup kemudian mati.
Dan diketahui akan hidupnya dengan menangis atau bertempik atau bersin dan seumpamanya.”
(Kitab Hasyiah Dusuqi & Nihayah Muhtaj)
Kesimpulannya jika bayi yang mati itu sudah sampai usia 6 bulan dan ke atas maka wajib atasnya empat kewajipan iaitu mandi dan kafan dan solat dan tanam.
Ada pun bayi yang gugur iaitu yang belum sampai 6 bulan usianya maka jika masa keluarnya ada tanda hidup sekejap maka wajib atasnya sembahyang dan jika jika tiada tanda hidup masa keluarnya maka tidak wajib sembahyang atasnya.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..