Hukum Mendoakan Orang Kafir

Hukum Mendoakan Orang Kafir

Apakah hukum mendoakan orang kafir?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Saya ada satu soalan adakah harus kita orang Islam mendoakan orang kafir?


JAWAPAN:

Hukum orang Islam mendoakan orang kafir itu ada dua iaitu mendoakannya selepas matinya dan mendoakannya ketika masih hidup.

Mendoakan Orang Kafir Yang Telah Mati

Haram hukumnya orang Islam mendoakan keampunan atau keamanan kepada orang kafir yang telah mati dalam agama kafirnya.

Firman Allah Taala, maksudnya:

Tiada harus bagi Nabi dan orang-orang yang beriman mendoakan keampunan bagi sekelian orang musyrikin itu walau pun mereka adalah saudara mara yang dekat kemudian daripada telah nyata sungguhnya mereka itu adalah ahli neraka.”

(At-Taubah : 113)

Berkata Al-Maraghi, maksudnya :

Dan pada ayat ini menunjukkan kepada diharamkan berdoa minta keampunan dan rahmat bagi orang yang mati dalam kufurnya atau menyifatkan dengan demikian itu bagi mereka seperti ucapan ‘yang diampunkan baginya’ atau ‘sifulan yang dirahmati’ sebagaimanaa dilakukan olih sebahagiaan orang Islam yang jahil dari kalangan orang atasan atau rakyat jelata.”

(Tafsir Al-Maraghi)

Berkata Imam Nawawi, maksudnya:

Dan adapun sembahyang atas mayat orang kafir dan berdoa baginya dengan keampunan maka haram hukumnya dengan nas Al-Quran dan Ijmak.”

(Kitab Al-Majmu’)

Mendoakan Orang Kafir Yang Masih Hidup

Harus hukumnya disisi jumhur ulamak mendoakan orang-orang kafir ketika masih hidup dengan perkara yang tidak salah seperti mendoakan mereka sihat atau untung berniaga atau juga mendoakan mereka agar diberi hidayah kepada agama Islam.

Dengan syarat orang kafir yang didoakan itu bukanlah yang memudaratkan orang Islam dan agama Islam seperti kafir harbi.

Berkata Syeikh Jamal, maksudnya:

Dan kata pengarang ‘harus berdoa bagi seseorang itu dengan sembuh’ ertinya walau pun dia orang kafir atau orang fasiq dan walau pun sakitnya itu berpanjangan dan dimestikan kebolehan ini selama mana hidupnya tidak memudaratkan kaum Muslimin.

Dan jika hidupnya memudaratkan kaum Muslimin maka tiada dituntut berdoa baginya.”

(Hasyiah Jamal ‘ala Al-Minhaj)

Dan menyebut oleh Syeikh Ibnu Hajar :

Dan harus mendoakan bagi orang kafir dengan contoh supaya sihat badan dan dapat hidayah.”

(Tuhfah ‘ala Al-Minhaj)

Dan berkata Al-Munawi, maksudnya :

Harus mendoakan orang kafir itu dengan mendapat hidayah dan sihat dan sembuh tiada harus doakan keampunan.”

(Kitab Faidhul Qadir)

Kesimpulannya

Jika orang kafir itu telah mati dalam agama kafirnya maka haram mendoakan baginya.

Ada pun jika orang kafir itu masih hidup maka harus mendoakan baginya dengan sihat tubuh badan atau dapat hidayah dengan syarat bukan kafir harbi.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Iskandar
Iskandar
1 tahun yang lalu

Macam mana kalau orang mati itu adakah ibu kita yang bukan muslim?

Fathin
Fathin
2 tahun yang lalu

Tapi macam mana kita tau dia mati dalam agama kafir?? Kita bukan Allah. Kalau dia baru masuk Islam dalam diam, kemudian mati. Kita tak boleh ke doakan mereka untuk dapat pengakhiran yang baik2?? Sebab Allah yang Maha mengetahui kan?