Apakah hukum mani keluar selepas mandi?
Adakah perlu ulang semula mandi wajib?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANSaya ingin bertanya tentang seorang yang telah mengadakan hubungan dengan isterinya kemudian dia mandi hadas.
Selepas selesai mandi dia mendapati keluar sedikit mani dari kemaluannya adakah wajib kena mandi semula atau memadai dengan mandi yang pertama tadi?
JAWAPAN
Siapa yang telah selesai mandi hadas kemudian keluar pula air mani nescaya wajib atasnya mandi kali yang kedua.
Berkata Imam Nawawi :
Apabila seorang itu mimpi keluar mani dan melakukan mandi kemudian keluar daripadanya mani selepas selesai mandi dengan waktu yang berdekatan nescaya wajib atasnya mandi yang kedua samada adalah keluar mani itu sebelum dia kencing atau selepas kencingnya.
Inilah pendapat mazhab kami yang telah menaskan atasnya oleh Imam As-Syafie dan telah sepakat atasnya oleh Ashab.
Dan dengannya berkata oleh Al-Laiths dan Ahmad pada satu riwayat daripadanya.”
(Kitab Al-Majmu’)
Dan telah menyebut oleh Imam Taqiyuddin As-Syafie:
Dan kalau seorang itu mandi kemudian keluar darinya baki air mani nescaya wajib mandi kali yang kedua tanpa khilaf samada keluar sebelum kencing atau selepasnya.”
(Kitab Kifayatul Akhyar)
Kesimpulan apabila seorang melihat selepas dia mandi hadas akan air mani keluar dari kemaluannya maka wajib atasnya mandi semula kerana telah berhadas dengan sebab keluar air mani kali yang kedua itu.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
Ustaz,kalau tersentuh air mani di tangan selepas mandi wajib,sah ke mandi wajib tu atau perlu ulang
Wassalam. Tidak perlu ulang mandi wajib dan air mani adalah bukan najis.
Assalamualaikum… Maaf mengganggu… Ada org tny asalnya… Ingin saya bertanya…
Bab Taharah yakni kategori hadas besar.
Lelaki… Keluar mani. Pastu mandi wajib…
Tengah dok mandi wajib tu tapi belum selesai lagi mandi wajib tu…
Masa tengah dok bersihkan kemaluan dia… Tetiba lebihan air mani tu keluar…
Dia kena mandi mula dari awal balik ka?
Atau
Dia teruskan mandi wajib dia?
Kalau kata dia was was dan ulang balik mandi wajib tersebut walaupun tak selesai lagi… Salah atau betoi?
Lebihan mani yg saya maksudkan itu bukan keluar selepas mandi atau selepas solat. Tetapi ketika mandi wajib tersebut berlansung ya…
Perlukah teruskan mandian wajib tersebut… Atau berhenti dan ulang semula mandi wajib tersebut.
Jika dia berhenti dan ulang semula mandi wajib itu sebab dia dah ter was was dan tidak tahu nak buat macam mana… Adakah sah?
Sah dak mandi wajib dia?
Terima kasih ya… ?…
Wassalam,
Teruskan mandi wajib kerana lebihan air mani yang keluar tidak membatalkan mandi.
Jika was-was juga tidak perlu ulang, teruskan mandi sehingga selesai.