Hukum Tersalah Sebut Perkataan Kufur

Tersalah Sebut Perkataan Kufur

Apakah hukum tersalah sebut perkataan kufur dan membawa kepada murtad?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Saya ingin menanyakan ustaz satu persoalan tentang aqidah iaitu saya pernah dengan secara tidak sengaja berkata tuhan tidak ada padahal saya tidak ada berniat pun untuk mengatakan perkataan tersebut.

Saya takut selepas kejadian itu dan ingin penjelasan ustaz apakah hukum akidah saya?


SOALAN

Perbuatan atau perkataan yang tidak disengajakan atau tersalah berkaitan akidah sebagaimana soalan adalah dimaafkan pada syarak.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. :

Sungguhnya Rasulullah saw bersabda : Sungguhnya Allah memaafkan bagiku daripada umatku iaitu perbuatan tersalah dan terlupa dan yang dipaksakan atasnya.”

(Hadith Ibnu Majah)

Telah diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. dari Rasulullah saw sungguhnya baginda bercerita:

Sungguh Allah sangatlah gembiranya dengan taubatnya seorang hamba-Nya pada ketika dia bertaubat kepada Allah dari salah seorang kamu yang ada ia di atas haiwan tunggangannya di sebuah padang yang luas kemudian dia telah kehilangan haiwan tunggangannya itu dan turut hilang makanan dan minumannya maka dia tersangat berputus asa.

Kemudian dia datang kepada sebatang pokok dan berbaring di bawah teduhan pokok itu dan hatinya berduka dan putus asa atas kehilangan haiwan tunggangannya itu.

Dalam keadaan seperti demikian itu tiba-tiba haiwan tunggangannya ada tercegat berdiri di sisinya.

Lalu lelaki itu memegang tali tunggangannya dan dalam keadaan yang terlampau suka itu dia berkata Ya Allah Engkaulah hambaku dan aku tuhanmu.

Dia telah tersalah daripada sangatlah gembiranya.”

(Hadith Imam Muslim)

Berkata Qadhi Iyadh:

Apa yang telah diucapkan oleh seseorang pada ketika tidak sedar dan lupanya tidak diambil kira dengannya.”

(Kitab Fathul Mun’im)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Edu
Edu
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum, Apa hukum kalau banyak terlintas taklik taklik kearah kekufuran , saya taknak sebut tapi benda ni selalu terlintas dalam kepala saya tanpa saya nak pun , dan sangat mengganggu kehidupan seharian saya , kadang bila saya tak layan pun , dia datang menderu tiba tiba taklik atau sumpah kufur , apa nak buat dengan benda ni sebab peritnya hanya Allah SWT yang tahu . Saya duk ulang Syahadah tiap tiap hari dan tiap masa , dan masa ulang Syahadah ada je lintasan kekufuran , saya rasa macam dah gila dah rasa ataupun otak rasa , tapi still saya lawan lintasan ni dengan sentiasa ucap syahadah walaupun terlalu banyak , dalam sehari tu rasa boleh capai lebih dari 10 sebab saya duk ulang ulang , pagi petang malam bila semua lintasan ni lalu , saya risau dengan akidah saya ni dan tak tahu apa nak buat nak hilangkan lintasan ni terus selama lamanya