Hukum Mempersendakan Ayat Quran

Hukum Mempersendakan Ayat Quran

Apakah hukum mempersendakan ayat Quran?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Apakah hukumnya perkara yang sering berlaku di media sosial iaitu setengah netizen yang bergama Islam yang apabila ada orang berdalilkan ayat Quran mereka mempersendakan dan buat main-main terhadap ayat tersebut kerana banyak berlaku di media sosial orang yang mengaku Islam permainkan ayat Quran atau buat senda-senda?


JAWAPAN

Hukum orang Islam mempersendakan ayat atau surah Al-Quran di dunia ini ialah menjadi kafir dan di akhirat nanti disediakan baginya azab yang sangat pedih.

Firman Allah Taala :

وَإِذَا عَلِمَ مِنْ ءَايَٰتِنَا شَيْـًٔا ٱتَّخَذَهَا هُزُوًا ۚ أُوْلَٰٓئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ

Dan apabila dia mengetahui suatu dari ayat-ayat Kami dijadikannya sebagai persendaan. Mereka itulah yang sabit bagi mereka azab yang hina.”

(Al-Jasiah : 9)

Berkata Imam At-Tabari:

وقوله ( أُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ ) يقول تعالى ذكره: هؤلاء الذين يفعلون هذا الفعل, وهم الذين يسمعون آيات الله تُتلى عليهم ثم يصرّون على كفرهم استكبارًا, ويتخذون آيات الله التي علموها هزوا, لهم يوم القيامة من الله عذاب مهين يهينهم ويذلهم في نار جهنم, بما كانوا في الدنيا يستكبرون عن طاعة الله واتباع آياته

Dan firman Allah ‘Mereka itulah yang sabit bagi mereka azab yang hina’ artinya Allah Taala menyatakan bahawa orang –orang yang melakukan perbuatan ini ialah orang-orang yang mendengar akan ayat-ayat Allah yang dibacakan ke atas mereka kemudian berpaling mereka atas kekufuran mereka itu kerana takabbur. Dan mereka itu mengambil akan ayat-ayat Allah yang mereka ketahui sebagai bahan persendaan. Bagi mereka itu pada hari kiamat daripada Allah ialah azab yang hina yang merendahkan mereka dan menjatuhkan mereka dalam kehinaan di dalam api neraka Jahannam dengan sebab adalah mereka itu di dalam dunia sombong dari taatkan Allah dan sombong dari mengikut ayat-ayat Allah.”

(Tafsir Jami’ul Bayan)

Jadi jelaslah bahawa orang-orang yang mempersendakan ayat-ayat Allah di dunia ini maka di akhirat nanti tempat mereka ialah neraka Jahannam.

Berkata Imam As-Samarqandi :

مِنْ وَرائِهِمْ جَهَنَّمُ وَلا يُغْنِي عَنْهُمْ ما كَسَبُوا شَيْئاً

Dibelakang mereka itu neraka Jahannam dan tidaklah berguna segala usaha mereka itu (di dunia) satu jua pun.”

(Tafsir Bahrul ‘Ulum)

Semoga kita semua dipelihara oleh Allah dari termasuk dalam kalangan orang yang mendapat kehinaan di hari akhirat. Aamiin.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments