Hukum Lumba Kuda & Haiwan Lain

Hukum Lumba Kuda

Apakah hukum lumba kuda?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Saya ingin bertanya satu soalan berkenaan lumba kuda yang selalu di adakan di tempat saya di negeri Kelantan.

Apakah hukumnya perlumbaan kuda seperti itu?


JAWAPAN

Bermula hukum asal bagi berlumba itu adalah harus ia samada yang berlumba itu manusia atau haiwan.

Akan tetapi jika ada perjudian ketika berlumba itu maka hukumnya menjadi haram.

Dan setengah ulamak berkata perlumbaan haiwan tanpa ada perjudian itu makruh.

Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari :

Membela burung merpati kerana telurnya atau kerana anaknya atau kerana suka-suka atau kerana membawa surat atas sayapnya adalah harus. Dan dimakruhkan buat main-main dengannya dan terbangkannya dan berlumba.”

(Kitab Asnal Matalib)

Ada pun jika ada perjudian dalam perlumbaan seperti terbang paling cepat atau perjudian dalam pertandingan seperti burung paling cantik maka hukumnya haram tanpa khilaf.

Berkata Imam Ibnu Quddamah:

Dan perlumbaan itu ada dua bahagi. Pertama ialah perlumbaan tanpa bertaruh dan keduanya perlumbaan dengan bertaruh.

Maka adapun perlumbaan tanpa bertaruh maka harus hukumnya dengan mutlak tanpa ada sebarang kaitan dengan suatu yang tertentu.”

(Kitab Al-Mughni)

Walhasilnya jawapan bagi hukum lumba kuda sebagaimana datang dalam soalan adalah harus tidak haram selagi tidak ada berlaku perjudian.

Maksud pertaruhan yang diharamkan itu ialah pertaruhan yang menepati syarat perjudian.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments