Hukum Lelaki Pakai Sutera

Hukum Lelaki Pakai Sutera

Pada masa sekarang, semakin ramai lelaki memakai pakaian yang dibuat daripada kain sutera. Adakah apabila sudah ramai yang memakainya, hukumnya boleh berubah menjadi tidak haram?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

JAWAPAN

Pemakaian pakaian yang dibuat daripada benang sutera adalah haram bagi lelaki, sama ada mereka kaya atau sebaliknya, dan sama ada mereka seorang raja atau rakyat biasa. Lelaki yang memakai sutera dianggap derhaka kepada perintah Allah dan melakukan dosa.

Walaupun semakin ramai lelaki yang memakai sutera, hal itu tidak sekali-kali akan mengubah hukumnya daripada haram kepada halal.

Imam Nawawi berkata:

لا يجوز للرجال استعمال الحرير في لبس، ولا في غيره، وإنما يجوز للنساء لبسه، وهذا استعمال من الرجال، فهو حرام، فلا يغتر بكثرة من يفعله في العادة، ولا بكثرة من يراه ولا ينكره، فإن هذا كباقي المحرمات الواقعة في العادة

Maksudnya:

Tidak harus bagi lelaki menggunakan sutera dalam berpakaian, dan tidak harus juga pada selainnya. Hanya perempuan yang diharuskan memakai sutera. Penggunaan sutera oleh lelaki hukumnya adalah haram. Maka jangan sekali-kali kamu tertipu dengan ramainya orang yang melakukannya sebagai kebiasaan, dan jangan terpedaya dengan ramainya orang yang melihat tetapi tidak melarangnya. Sesungguhnya perkara ini sama seperti perkara-perkara haram lain yang berlaku sebagai kebiasaan.” (Kitab Fatawa An-Nawawi)

Wallahu a’lam.
Ustaz Azhar Idrus

Kesimpulan

  • Haram bagi lelaki memakai pakaian daripada sutera, tanpa mengira status atau kedudukan.
  • Jumlah orang yang melanggar larangan ini tidak mengubah hukum haram menjadi halal.
  • Umat Islam harus berpegang teguh kepada hukum syarak dan tidak terpengaruh dengan kebiasaan yang bertentangan dengan ajaran agama.

Sumber dan teks asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus menerusi pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments