Hukum Cium Quran Selepas Membacanya

Hukum Cium Quran

Apakah hukum cium Quran selepas membacanya?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Apakah hukumnya amalan yang selalu dilakukan oleh orang yang membaca Quran termasuk kanak-kanak iaitu mencium Quran selepas membacanya atau ketika mengambilnya kerana ada orang yang mengatakan cium Quran itu bidaah sesat masuk neraka?


JAWAPAN

Hukum mencium mushaf ketika mengambilnya atau selepas menggunakannya adalah harus disisi jumhur ulamak dan pendapat sebahagian ulamak mazhab Syafie dan Hanbali bahawa mencium mushaf itu disunatkan.

Berkata Imam As-Suyuthi:

Disunatkan mencium maushaf kerana sungguhnya sahabat yang bernama Ikrimah bin Abi Jahal r.a. adalah beliau mencium akan mushaf.”

(Kitab Al-Itqan)

Tersebut pada Fatwa Majlis Agama Palestin :

Harus mencium mushaf sebagaimana berkata akan dia oleh ulamak mazhab Hanafi dan Hanbali.

Dan diriwayatkan dari riwayat Imam Ahmad akan sunatnya.

Dan setengah dari dalil yang demikian itu ialah barang yang diriwayatkan daripada Umar r.a. sungguhnya beliau telah mengambil akan mushaf pada setiap pagi dan menciumnya.

Dan adalah Uthman r.a. mencium akan mushaf dan menyapu akan Quran kepada wajahnya.

Berkata Imam Nawawi pada kitab At-Tibyan fi Adabi Hamalatil Quran :

Telah diriwayatkan pada Musnad Ad-Darimi dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Abi Mulaikah sungguhnya Ikrimah bin Abi Jahal r.a. adalah beliau meletakkan akan mushaf atas wajahnya dan berkata : Kitab Tuhanku Kitab Tuhanku.”

(Majlis Fatwa Palestin)

Kesimpulan

Mencium mushaf atau Quran itu hukumnya adalah harus pada setengah ulamak dan sunat pada setengah yang lain.

Mencium Quran adalah amalan sebahagian sahabat Nabi.

Berkenaan perkataan bahawa mencium mushaf itu bidaah ertinya tidak dilakukan oleh Rasulullah saw tetapi bida’ah yang harus kerana mencium mushaf itu dilakukan oleh sahabat iaitu Umar dan Uthman dan Ikrimah r.a. dan lain-lain.

Ada pun perkataaan mencium mushaf itu bidaah sesat masuk neraka maka ia bukan dari perkataan ulamak dan boleh jadi ia perkataan orang-orang kafir yang sengaja mahu menghina dan menyesatkan sahabat-sahabat Nabi saw.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments