Hukum Baca Fatihah Secara Berbisik

Baca Fatihah Secara Berbisik

Apa hukum baca Fatihah secara berbisik?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Adakah sah sembahyang orang yang membaca dengan berbisik sahaja?


JAWAPAN

Dalam sembahyang ada bacaan yang wajib iaitu rukun qauli dan ada bacaan yang sunat iaitu takbir intiqalat dan doa iftitah dan tasbih dan selawat.

Sama ada bacaan itu yang wajib atau yang sunat disyaratkan hendaklah mengeluarkan suara yang boleh didengar sekurangnya pada telinga sendiri.

Berkata Imam Nawawi:

ΩˆΩŽΨ£ΩŽΨ―Ω’Ω†ΩŽΩ‰ Ψ§Ω„Ω’Ψ₯ΩΨ³Ω’Ψ±ΩŽΨ§Ψ±Ω Ψ£ΩŽΩ†Ω’ ΩŠΨ³Ω…ΨΉ نفسه Ψ₯Ψ°Ψ§ ΩƒΨ§Ω† ءحيح Ψ§Ω„Ψ³ΩŽΩ‘Ω…Ω’ΨΉΩ ΩˆΩ„Ψ§ ΨΉΨ§Ψ±ΨΆ ΨΉΩ†Ψ― Ω…Ω† Ω„ΨΊΨ· ΩˆΩŽΨΊΩŽΩŠΩ’Ψ±ΩΩ‡Ω ΩˆΩŽΩ‡ΩŽΨ°ΩŽΨ§ ΨΉΩŽΨ§Ω…ΩŒΩ‘ فِي Ψ§Ω„Ω’Ω‚ΩΨ±ΩŽΨ§Ψ‘ΩŽΨ©Ω ΩˆΩŽΨ§Ω„ΨͺΩŽΩ‘ΩƒΩ’Ψ¨ΩΩŠΨ±Ω ΩˆΩŽΨ§Ω„ΨͺΩŽΩ‘Ψ³Ω’Ψ¨ΩΩŠΨ­Ω فِي Ψ§Ω„Ψ±ΩΩ‘ΩƒΩΩˆΨΉΩ ΩˆΩŽΨΊΩŽΩŠΩ’Ψ±ΩΩ‡Ω ΩˆΩŽΨ§Ω„ΨͺΩŽΩ‘Ψ΄ΩŽΩ‡ΩΩ‘Ψ―Ω ΩˆΩŽΨ§Ω„Ψ³ΩŽΩ‘Ω„ΩŽΨ§Ω…Ω ΩˆΩŽΨ§Ω„Ψ―ΩΩ‘ΨΉΩŽΨ§Ψ‘Ω سَوَاٌؑ ΩˆΨ§Ψ¬Ψ¨Ω‡Ψ§ ΩˆΩ†ΩΩ„Ω‡Ψ§ Ω„Ψ§ يحسب Ψ΄Ψ¦ Ω…ΩΩ†Ω’Ω‡ΩŽΨ§ حَΨͺΩŽΩ‘Ω‰ ΩŠΩΨ³Ω’Ω…ΩΨΉΩŽ Ω†ΩŽΩΩ’Ψ³ΩŽΩ‡Ω Ψ₯ذَا ΩƒΩŽΨ§Ω†ΩŽ ءَحِيحَ Ψ§Ω„Ψ³ΩŽΩ‘Ω…Ω’ΨΉΩ ΩˆΩŽΩ„ΩŽΨ§ عَارِآَ

Sekurang-kurang perlahan ialah memperdengarkan akan dirinya apabila dia elok pendengaran dan tiada gangguan bunyi bising dan lainnya.

Ini umum pada bacaan dan takbir dan tasbih pada rukuk dan lainnya dan tasyahud dan salam dan doa samada yang wajibnya dan yang sunatnya tidak dikira suatu daripadanya sehingga dia memperdengarkan akan dirinya dan tiada gangguan.”

(Kitab Al-Majmu’)

Maksud tiada gangguan ialah tiada bunyi bising yang jika ditakdirkan tiada bising maka jadi dengar suaranya dan jika ada bising tiada dengar suaranya.

Kesimpulannya jika yang dimaksudkan dengan bacaan fatihah berbisik itu jelas sekelian hurufnya pada telinga sendiri maka sah ia dan sah solatnya.

Dan jika dimaksudkan dengan berbisik itu hanya menggerakkan bibir dan tiada jelas keluar suara dan bunyi huruf maka bacaan seperti ini adalah tidak sah dan tidak sah solat dengan bacaan tersebut.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus padaΒ pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Contri
Contri
9 bulan yang lalu

Assalamualaikum , apa hukum sengaja solat di tempat bising , seperti buka tv ketika solat dan suara kuat , adakah berdosa?