Hukum Makan Ayam Yang Ada Darah Pada Tulangnya

Ayam ada darah

Apakah hukum makan ayam yang ada darah pada tulangnya?

Adakah dibolehkan makan ayam tersebut?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN:

Saya membeli di sebuah kedai ayam goreng dan bila hendak makan saya nampak ada darah pada tulangnya.

Soalannya adakah harus saya makan ayam goreng itu?


JAWAPAN:

Darah yang ada pada tulang atau urat haiwan yang disembelih adalah najis yang dimaafkan.

Oleh itu berkenaan soalan tuan tadi halal hukumnya memakan ayam goreng tersebut.

Berkata Syeikh Nawawi Bentan, maksudnya :

Dan ada pun darah yang masih ada di atas daging dan tulang-tulangnya dan uratnya dari haiwan yang telah disembelih maka hukumnya adalah najis yang dimaafkan.”

(Kitab Nihayah Zain)

Kesimpulan

Darah yang masih ada pada tulang dan urat ayam yang telah digoreng itu adalah najis yang dimaafkan oleh kerana itu halal memakan ayam goreng tersebut.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

3 thoughts on “Hukum Makan Ayam Yang Ada Darah Pada Tulangnya”

  1. Assalamualaikum ustaz saya ada beli ayam texas chicken. Bila saya makan saya ada nampak darah yang kering atau dimasak pada tulang jadi adakah jika sisa ayam seperti kulit ayam yang kene pada pakaian menjadikan pakaian itu najis? Sebab saya takut darah ayam itu dimasak sekali ketika ayam digoreng.

    Reply
    • Dalam konteks darah beku yang terdapat pada tulang ayam, hukum darah dalam Islam perlu difahami dengan jelas. Secara umumnya, darah yang mengalir dianggap najis dan tidak boleh dimakan atau digunakan dalam keadaan basah. Ini merujuk kepada darah yang keluar dari tubuh haiwan yang disembelih.

      Namun, darah beku yang terdapat pada celah tulang atau dalam daging ayam setelah disembelih dianggap sebagai darah yang tidak mengalir, dan para ulama menyatakan bahawa darah seperti ini bukan najis serta tidak membatalkan kesucian jika ia tidak mengalir keluar. 

      Dalam Mazhab Syafi’e, darah yang tertinggal pada tulang atau dalam daging yang sudah disembelih dengan cara yang sah adalah dimaafkan kerana ia bukan darah yang mengalir dan tidak boleh dihindari sepenuhnya. Oleh itu, darah beku yang ada pada tulang ayam tidak perlu dibuang dan ayam tersebut tetap dianggap suci serta boleh dimakan.

      Wallahu a’lam.

      Reply

Leave a Comment