Transliterasi membolehkan pembaca yang tidak boleh membaca tulisan arab mengetahui sebutannya dengan betul.
Transliterasi dilakukan terhadap istilah Arab/Islam yang khusus dalam bidang ilmu tertentu, petikan lafaz, dan kata nama khas seperti nama tokoh, tajuk buku dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, tulisan rumi tidak dapat mengeja sebutan tajwid dan makhraj Arab dengan tepat.
Oleh itu, gunakan audio bacaan untuk mengatasi kelemahan ini.
Berikut adalah senarai huruf rumi yang digunakan untuk mewakili huruf-huruf arab:
PerhatianAda beberapa perkara tambahan yang perlu diberi perhatian supaya sebutan lebih tepat:
- Huruf vokal yang diulang secara berturutan bermaksud sebutan yang dipanjangkan. Contohnya “Aa”, “aa”, “lii” dan “alaa”.
- Ejaan “AllaaH” mewakili perkataan Allah.
- Tanda’.’ bermaksud wakaf. Mesti berhenti apabila bertemu tanda ini.
- Tanda ”’ bermaksud huruf ‘ain’ berbaris mati.
- Sila ambil perhatian antara huruf kecil dan huruf besar kerana ianya mewakili huruf arab yang berbeza.
- Ejaan rumi berdasarkan hukum tajwid. Sebagai contoh, sebutan doa dieja “lamung qalibuun” dan bukan “lamun qalibuun”. Ini kerana hukum ikhfa di situ iaitu menyembunyikan huruf nun mati.
Namun saya sedar, pasti ada kekurangan dan kesilapan dalam trasliterasi yang dilakukan.
Oleh itu saya memohon teguran/pembetulan dari semua pihak agar ia tepat dan dapat membantu ramai orang.