Hukum Memberi Salam Kepada Perempuan

memberi salam kepada perempuan
memberi salam kepada perempuan

memberi salam kepada perempuan

Oleh: ust. salman maskuri

Umum mengetahui hukum memulakan salam adalah sunat. Dalil-dalilnya juga telah banyak kita temui. Menjawab salam pula hukumnya wajib. Tetapi disana terdapat beberapa tempat yang tidak disunatkan kita memberi salam dan tidak wajib menjawab.

Telah dinukilkan dalam kitab “ghizaul albab” karangan As-safarini jilid 1 m/s 242. Dimakruhkan memberi salam kepada beberapa kumpulan diantaranya:

  • Orang yang berwudhuk ( ketika sedang mengambil wudhuk )
  • Orang yang sedang berada didalam tandas
  • Orang yang sedang makan dan minum
  • Orang yang sedang berperang
  • Orang yang sedang membaca al-quran @ berdoa
  • Orang yang sedang berzikir dan bertalbiah ( ketika haji dan umrah )
  • Orang yang sedang mengajar,berkhutbah dan memberi nasihat
  • Orang yang mendengar khutbah dan nasihat.
  • Orang yang sedang azan dan iqamat.
  • Orang yang sedang qada’ hajat.
  • Orang yang sedang bersama isteri (jima’)
  • Orang yang sedang iqamat
  • Orang yang sedang mabuk.
  • Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi
  • Orang yang sedang solat
  • Orang gila
  • Kanak-kanak
  • Orang yang mengantuk @ sedang tidur
  • Orang yang sedang dalam urusan penghakiman
  • Salam pemuda kepada pemudi @ sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah
  • Sesiapa yang memberi salam ditempat yang tidak sepatutnya maka tidak wajib jawab…

Haram menjawab salam dalam solat dan batal solatnya.

Haram bagi seorang lelaki memberi salam kepada perempuan ( yang bukan mahram ) yang cantik yang boleh menimbulkan fitnah…

Jika diberi salam haram bagi perempuan tersebut menjawab salam begitu juga haram perempuan memberi salam kpada lelaki…jika lelaki menjawab maka hukumnya makruh.

Sekiranya perempuan tua yang tidak mendatangkan fitnah, harus dia memberi salam kepada lelaki dan wajib lelaki menjawab salamnya.

Boleh bagi lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan begitu juga boleh bagi sekumpulan lelaki memberi salam kepada seorang perempuan.

Ini semua sekiranya tidak menimbulkan fitnah samada kepada lelaki dan perempuan.

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

25 thoughts on “Hukum Memberi Salam Kepada Perempuan”

    • Lebih baik mnggunakan selamat sejahtera
      Tapi kalau org bkn islam yg bg salam..kite hanya boleh jawab waalaikum
      Bkn waalaikumussalam ataupun waalaikumussalamwarahmatullahiwabarokatuh

      Reply
  1. saya selalu bagi salam kat kawan-kawan yang saya jumpa..tak kesah, lelaki or perempuan..macam mana tu?apa hukum dia??

    Reply
  2. setahu saya harus bagi lelaki memberi salam kpd perempuan muda (bukan muhrim) dan wajib dijawab oleh perempuan itu tetapi tanpa perlu didengar oleh lelaki tersebut.. wallahualam. ni apa yg saya dengar. kalau salah minta ada yg membetulkan.

    Reply

Leave a Comment