Doa Keluar Rumah & Doa Meninggalkan Rumah Untuk Tempoh Lama

Bagaimana doa keluar rumah & doa meninggalkan rumah?

Ini adalah panduan lengkap doa keluar rumah dan doa yang boleh dibaca ketika berniat untuk meninggalkan rumah.

Doa Keluar Rumah

Ummu Salamah r.a atau Hindun berkata, apabila Nabi SAW ingin keluar rumah, baginda mengucapkan:

بِاٌسْمِﭐللّٰهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى ﭐللّٰه، ﭐللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ أَنْ أَضِلَّ، أَوْأُضَلَّ، أَوْأَزِلَّ، أَوْأُزَلَّ، أَوْأَظْلِمَ، أَوْأُظْلَمَ، أَوْأَجْهَلَ، أَوْيُجْهَلَ عَلَيَّ

Bismillahi Tawakkaltu ‘Alallah, Allahumma Inni  ‘Auzubika An Adilla, Au Udolla, Au Azilla, Au Uzalla, Au Azlima, Au Uzlama, Au Ajhala, Au Yujhala Alayya

Maksudnya:

Dengan nama Allah, aku bertawakal kepadaNya. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada tersesat atau disesatkan, aku berbuat dosa atau orang lain membuatkanku berdosa, aku menganiaya orang lain atau teraniaya dan aku berbuat bodoh atau diperbodohkan oleh orang lain.

Hadis ini Sahih. Disampaikan oleh Abu Dawud, al-Tirmizi, al-Nasa’i dan Ibnu Majah.

Imam Tirmizi mengatakan hadis ini hasan sahih.

Doa Sebelum Meninggalkan Rumah Untuk Tempoh Yang Lama

Sebelum membaca doa meninggalkan rumah sebelum mengembara, disunatkan untuk mengerjakan Solat Sunat Musafir terlebih dahulu.

Solat Sunat Musafir

doa keluar rumah

Hadis al-Muqattham bin Miqdam, seorang sahabat r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Tidaklah seseorang meninggalkan sesuatu bagi keluarganya yang lebih baik dari dua rakaat yang dilakukan di sisi mereka ketika berniat untuk bermusafir.

— Diriwayatkan oleh Thabrani

Sebahagian ulama dari kalangan kami mengatakan, disunnahkan pada rakaat pertama setelah membaca Surah al-Fatihah untuk membaca Qul Ya Ayyuhal Kafirun (Surah al-Kafirun) dan pada rakaat kedua membaca Qul Huwallahu Ahad (Surah al-Ikhlas).

Sebahagian yang lain mengatakan, pada rakaat pertama setelah al-Fatihah membaca Qul A’udzu Birabbil Falaq (Surah al-Falaq) dan pada rakaat kedua membaca Qul A’udzu Birabbin Nas (Surah an-Nas).

Kemudian setelah salam, membaca Ayat Kursi kerana ada riwayat yang menyebutkan bahawa siapa yang membaca Ayat Kursi sebelum keluar rumah, maka dia tidak akan tertimpa sesuatu pun yang tidak disukainya sampai dia pulang.

Membaca Surah Quraisy

Disunnahkan pula membaca Li ilafi Quraisy (Surah Quraisy).

Imam Sayyid al-Jalil Abul Hasan al-Qazwaini, seorang ahli fiqah Mazhab Syafie, pemilik berbagai-bagai karamah dan ilmu agama yang mendalam, mengatakan, “Surah tersebut dapat memberikan rasa aman dari segala keburukan.”

Abu Thahir bin Jahsyawaih mengatakan:

Aku ingin berpergian, namun aku merasa takut untuk melakukannya. Aku pun bertamu ke tempat al-Qazwaini untuk menanyakan doanya. Sebelum aku berbicara, beliau sudah mendahului: ‘Siapa yang berniat ingin berpergian tetapi merasa takut dari musuh Allah atau keterasingan, hendaklah membaca Surah Quraisy kerana surah tersebut dapat memberikan rasa aman dari segala keburukan.’ Maka aku membacanya dan tidak ada sesuatu pun yang menghalangiku sampai sekarang.

Doa Meninggalkan Rumah Agar Selamat

Apabila selesai dari bacaan surah Quraisy, dianjurkan untuk berdoa dengan tulus ikhlas.

Diantara doa terbaik adalah:

doa meninggalkan rumah

Allahummabika Asta’ina, Wa Alaika Atawakkaltu; Allahumma Zal-lil-Li Su’ubata Amri, Wa Sahhil Alayya Masyaqqota Safari, Warzuqni Minal Khairi Ak-tsaro Mimma Athlubu, WasRif ‘Anni Kulla Syarrin, Rabbisy-RahLi Sodri, Wanawwir Qalbi, WayassirLi Amri, Allahumma Inni AstahfiDzuka, Wa AstawDi-Uka Nafsi, WadiiNi, WaAhli, Wa AqooRibii, WakullaMaa An Amta Alayya Wa ‘Alaihim Bihi Min Aakhiratin WadunYa, FahtazNa AjMa’ii-Na Min Kulli Suu-In Yaa Karim.

Maksudnya:

Ya Allah, hanya kepadaMu aku memohon pertolongan dan hanya kepadaMu aku bertawakal. Ya Allah, mudahkanlah kesulitan perkaraku, ringankanlah kesulitan perjalananku, berilah aku rezeki lebih banyak dari yang aku minta, palingkanlah aku dari segala keburukan. Tuhanku, lapangkan dadaku, mudahkanlah urusanku. Ya Allah sesungguhnya aku memohon penjagaanMu, aku menitipkan kepadaMu diriku, agamaku, keluargaku, kaum kerabatku dan apa pun yang telah Engkau berikan sebagai nikmat kepadaku dan kepada mereka baik urusan akhirat mahupun dunia, maka jagalah kami semua dari segala keburukan, wahai Zat Yang Maha Mulia.

Doa ini dibuka dan ditutup dengan bacaan tahmid dan selawat atas Rasulullah SAW.

Doa Semasa Berdiri Dan Duduk

Ketika berdiri dan duduk, hendaklah mengucapkan doa seperti dalam riwayat berikut:

Kami riwayatkan dari Anas r.a bahawa Rasulullah SAW tidak pernah membatalkan dari keluar musafir kecuali ketika bangun dari duduknya, baginda berdoa:

وَﭐغْفِرْلِي ذَنْبِي، وَوَجِّهْنِي لِلْخَيْرِ أَيْنَمَا تَوَجَّهْتُ

Waghfirli ZannBi, Wawaj-jihNi Lil-Khairi AinaMaa TawajjahTu

Maksudnya:

Ya Allah, kepadaMu aku menuju dan kepadaMu aku memohon perlindungan. Ya Allah, cukupkanlah aku dari apa yang meresahkan dan dari apa yang tidak aku perhatikan. Ya Allah, bekalilah aku dengan ketakwaan, ampuni dosaku, arahkan aku kepada kebaikan ke mana pun aku menuju.

Doa Kepada Ahli Keluarga Yang Ditinggalkan

Disunatkan juga untuk meminta izin kepada keluarga, kaum kerabat, teman-teman dan jiran tetangga serta meminta doa dari mereka dan juga turut mendoakan mereka.

Antara doa yang disunatkan untuk dibaca kepada ahli keluarga adalah:

AstauDi-‘Ullah-HaDiiNaka, Wa AmaaTanaka WaKhaWaaTiima ‘Amalika

Maksudnya:

Aku menitipkan kepada Allah agamamu, amanatmu dan penutup amalanmu

Doa ini termasuk dari sunat orang yang diizinkan untuk mengucapkan apa yang kami riwayatkan dalam sunan Abu Daud dari Qaz’ah, beliau berkata:

Ibnu Umar r.a berkata kepadaku: “Marilah, aku doakan engkau dengan doa Rasulullah SAW yang diajarkan kepadaku: أَسْتَوْدِعُ ﭐللّٰهَ دِينَكَ، وَاَمَاتَنَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ (aku menitipkan kepada Allah agamamu, amanatmu dan penutup amalanmu).

Imam al-Khaththabi mengatakan: “Yang dimaksudkan dengan ‘amanat’ disini adalah keluarga dan orang-orang yang ditinggalkan serta harta benda yang berada di tangan orang yang dia percaya.

Disebutkan pula tentang agama di sini, sebab dalam bermusafir seseorang akan mengalami kesusahan sehingga ada kemungkinan memperkecilkan sebahagian urusan agama.”

Semoga panduan doa ini membantu anda.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments