Ke Mana Pandangan Mata Ketika Tahiyat?

Pandangan Mata Ketika Tahiyat

Ke mana pandangan mata ketika tahiyat yang sepatutnya?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN:

Ketika seorang sedang duduk membaca tahiyat kemana matanya kena lihat dan masa mana angkat jarinya?


JAWAPAN:

Ketika duduk membaca tahiyat disunatkan meletakkan kedua tapak tangannya di atas pahanya dan digenggam jari kanannya melainkan jari telunjuknya diluruskan mengadap kiblat.

Apabila membaca syahadah maka diangkat jari telunjuk sampai kepada salam.

Ada pun matanya hendaklah ditumpukan kepada jari telunjuknya itu dari awal tahyat sampai kepada akhirnya.

Jika jari telunjuknya tidak boleh diangkat sebab sakit umpamanya maka tidak perlu diisyaratkan dengan jari yang lain.

Berkata Imam Nawawi, yang bermaksud:

Dan telah berkata Ashab kami disunatkan mengisyaratkan ketika membaca إلا الله dalam syahadah dan hendaklah isyarat itu hanya dengan jari telunjuk tiada dengan jari lain.

Maka andainya jari telunjuk seorang itu terpotong atau sakit maka tidak perlu diisyaratkan dengan jari yang lain samada kanan atau kiri.

Dan sunat matanya sentiasa melihat isyarat jarinya itu.

Dan pada hadith yang sahih pada sunan Abi Daud mengisyarat dengannya dianjurkan ke arah kiblat dan berniat dengan isyaratnya itu akan mengesakan Allah dan ikhlas.”

(Kitah Syarah Sahih Muslim)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments