Bolehkah Kita Menukar Mazhab?

Menukar mazhab

Adakah kita dibenarkan untuk menukar mazhab?

Artikel ini akan menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan pegangan terhadap mazhab.

Apa yang menarik:

Artikel ini menggunakan bahasa yang mudah agar dapat difahami oleh semua orang.

Mari kita mulakan..

Adakah Kita Wajib Berpegang Pada Satu Mazhab Sahaja?

Menurut pandangan majoriti ulama adalah harus.

Meskipun begitu, ada juga ulama yang mewajibkan untuk beriltizam dengan satu mazhab dan juga ada ulama yang mengharamkan untuk beriltizam dengan satu mazhab.

Secara mudahnya:

  • Ada ulama berpendapat wajib ikut satu mazhab sahaja.
  • Ada ulama lain pula, berpandangan haram ikut satu mazhab.

Kadang-kadangan kena ikut ijtihad imam ini, kadang-kadang kena ikut ijtihad imam itu. Kena campur-campur.

Berikut adalah perbincangan khusus:

Golongan yang Mewajibkan Untuk Beriltizam Dengan Satu Mazhab Sahaja

Antara ulama yang berpandangan begini adalah seperti Al-Jili, Ibnu Hajar Al-Haithami, Ibnu Al-Hajib, Ibnu Munir dan Al-Amidi.

Mereka berpandangan sebegitu rupa adalah kerana ijtihad yang dikemukakan imam mazhab adalah rajih dan tidak boleh dipertikaikan.

Maka, kena ikut.

Menurut mereka juga, menukar mazhab ini umpama berlandaskan hawa nafsu kerana ingin hukum yang mudah-mudah saja.

Justeru, menukar mazhab atau campur-campur pendapat lain-lain mazhab adalah haram.

Wajib untuk beriltizam dengan satu mazhab sahaja.

Golongan Yang Mengharuskan Untuk Ikut Satu Mazhab, Tapi Tidaklah Mewajibkannya

Ini pendapat majoriti ulama Usul-Fiqh dan Fiqh.

Menurut mereka, boleh untuk seseorang beramal dengan pendapat mazhab yang lain kerana tidak semua orang mampu memahami dalil terperinci serta perbincangan Usul-Fiqh.

Maka, seseorang itu pastilah akan beramal dengan pandangan mufti setempat yang mana mufti itu tidak semestinya mengeluarkan fatwa berdasarkan satu mazhab sahaja.

Boleh jadi ia mengikut pendapat yang menggunakan manhaj mazhab lain berdasarkan kemaslahatan, seperti isu perbankan Islam.

Mereka berhujah dengan ayat 7 Surah Al-Anbiya’ yang mana Allah menyuruh kita bertanya kepada ahlinya ketika mana kita tidak tahu tentang sesuatu.

Ayat tersebut adalah umum.

Maka bolehlah bertanya kepada sesiapa saja yang pakar tanpa mengira apa mazhabnya.

Ibnu Humam ada sebut di dalam Al-Taqrir Wa Al-Tahbir Ala Al-Tahrir Fi Usul Al-Fiqh:

Allah SWT dan RasulNya tidak pernah mewajibkan ke atas seseorang manusia untuk bermazhab dengan mazhab-mazhab tertentu dan mengambil daripadanya segala yang berkaitan dengan agama dan meninggalkan mazhab yang lain.

Ibnu Al-Humam juga telah mengambil pandangan Ibnu Hazm yang mengatakan haram untuk umat Islam beriltizam dengan satu mazhab sahaja.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah juga di dalam bukunya I’lam Al-Muwaqi’in bersetuju dengan pandangan ini yang Allah dan RasulNya tidak pernah suruh untuk rigid dengan suatu pandangan dalam satu mazhab sahaja.

Imam Suyuti di dalam Al-Radd menukilkan kata-kata Imam Abu Syimah yang bermazhab Syafie di dalam khutbahnya yang berbunyi:

Wajib bagi mereka yang mengkaji fikah untuk tidak terbatas dengan pendapat satu imam sahaja. Bahkan hendaklah dia mengangkat dirinya dari kedudukan ini dengan cara melihat pendapat semua imam mazhab dan mengambil pendapat yang paling rajih menurut ijtihadnya dan yang lebih dekat kepada Al-Quran dan Al-Sunnah jika dia telah menguasai ilmu-ilmu yang diperlukan dalam membuat ijtihad. Dan hendaklah dia menjauhi sikap taasub..

Golongan Yang Mengharamkan Untuk Beriltizam Dengan Satu Mazhab Sahaja

Ini seperti yang dikhabarkan oleh Ibnu Al-Humam dengan satu pandangan Ibnu Hazm.

Beliau berpandangan yang haram untuk ikut satu mazhab sahaja kerana ia akan membawa kepada umat Islam yang mengikut pandangan seseorang dan meninggalkan dalil.

Ini bertentangan dengan Al-Quran yang menyuruh kita untuk mengikuti dalil.

Imam Ibnu Hazm lagi berkata yang beriltizam dengan satu mazhab sahaja akan menjadikan seseorang itu taasub dengan satu mazhab.

Pandangan di dalam satu mazhab itu tidak maksum yang terdedah pada salah dan silap.

Justeru, hendakah diikut dalil yang tidak diturunkan melalui perantaraan hawa nafsu yang mana ia bersifat autentik dan sahih.

Hukum Mencampur-Campurkan Mazhab (Talfiq)

Apakah maksud Talfiq?

Talfiq ini pula adalah bercampur bermacam hukum fiqh di dalam satu hal.

Contohnya begini:

Kita mengambil wuduk menggunakan kaedah mazhab Syafiq tetapi bab menyentuh ajnabi tanpa syahwat pula nak ikut pandagan mazhab Hanafi yang mengatakan ia tidak batal wuduk, tetapi Imam Syafie kata batal.

Inilah yang dimaksudkan dengan bercampur dalam satu hal.

— Ini namanya talfiq. Ianya tidak boleh.

Ia membawa kepada tatabbu’ rukhas iaitu mencari-cari hukum yang mudah mengikut hawa nafsu dan kepuasan diri sahaja.

Ini tidak boleh.

Kesimpulan Yang Kita Boleh Dapat?

Kalau nak selamat, beriltizamlah sahaja dengan satu mazhab.

Kita tahu kita tidak mampu memahami perbincangan Usul Al-Fiqh.

Kalau kita mampu, buatlah tetapi memenuhi syarat-syarat yang tertentu.

Senang begitu.


Rujukan

Kashim, M. I. (2016, Februari 25). Dibenarkan tukar mazhab dengan syarat. Retrieved from Berita Harian : https://www.bharian.com.my/node/127787

Malik, M. (2019 ). Hukum bermazhab & persoalan-persoalan berkaitan dengan kaedah bermazhab. Shah Alam: Karya Bestari.

Artikel ini adalah tulisan saudara Sadiq Salihoddin.

Semoga memberi input yang berguna kepada semua pembaca.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1 Comment
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
NurArman
NurArman
3 tahun yang lalu

gunakan jer.. yang penting dorang dah kaji.. apalah ilmu kita berbanding dorang..