Hukum Makan Dan Masak Ikan Sekali Dengan Darah

Masak Ikan Sekali Dengan Darah

Apakah hukum makan dan masak ikan sekali dengan darah?

Adakah masakan ini haram?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN:

Adakah harus makan ikan sejenis masakan orang Jepun dimana darah ikan yang ada pada isi ikan tidak dibasuh terlebih dulu kerana dimasak bersama darahnya?


JAWAPAN:

Darah yang mengalir samada yang terdapat pada ikan atau daging atau lainnya adalah najis dan memakannya adalah haram.

Oleh kerana itu, wajib membersihkannya terlebih dulu sehingga bersih sebelum memasaknya untuk dimakan.

Firman Allah Taala yang bermaksud:

Katakanlah tidak aku dapati pada apa yang telah diwahyukan kepada aku suatu yang diharamkan atas memakannya melainkan bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi.”

(Al-An’am : 145)

Berkata Imam Nawawi, maksudnya:

Dan yang paling sahih (pada mazhab Syafie) sekelian itu adalah najis. Dan setengah dari ulamak yang mengatakan najisnya darah ikan itu ialah Imam malik dan Imam Ahmad dan Daud Az-Zahiri.”

(Syarah Sahih Muslim)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Ain
Ain
3 tahun yang lalu

Adakah ini bermaksud memasak bahan mentah yang jenis selain dari ikan hukumnya adalah sama jika terdapat darah? Contohnya ayam yang sedang dimasak mengeluarkan darah. Atau ayam yang separa masak dan boleh dilihat darahnya. Mohon penjelasan, terima kasih.