Hukum Derma Harta Yang Haram

Derma Harta Yang Haram

Apakah hukum derma harta yang haram?

Dalam artikel ini, saya melampirkan soalan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Saya ingin penjelasan berkenaan harta yang di dapat dengan cara atau sumber yang haram adakah benar boleh mendermakan harta tersebut?


JAWAPAN:

Rasulullah saw telah bersabda :

إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبً

Ertinya :

Sungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima melainkan yang baik.”

(Hadith Muslim)

Dan sabda Rasulullah saw :

لاَ تُقْبَلُ صَلاَةٌ بِغَيْرِ طُهُورٍ وَلاَ صَدَقَةٌ مِنْ غُلُولٍ

Ertinya :

Tidak akan diterima solat tanpa bersuci dan tidak akan diterima sedekah dari harta yang haram.”

(Hadith Muslim)

Pertama sekali kepada siapa yang pernah memakan harta yang haram atau berusaha mencari rezeki dengan cara yang haram ialah bertaubat kepada Allah kerana makan harta yang haram dan berusaha dengan cara yang haram itu adalah dosa yang besar.

Harta yang haram terbahagi kepada dua:

Bahagian yang pertama

Iaitu harta yang didapat dengan mengerjakan pekerjaan yang diharamkan seperti menuang arak atau menjadi model yang mendedahkan aurat atau menjadi perempuan penari yang menari ia dihadapan lelaki bukan mahram atau yang seumpamanya tetapi bukan menzalimi harta orang lain.

Bahagian yang kedua

Harta yang didapati dengan menzalimi harta orang lain seperti mencuri atau menipu atau merampas dan yang seumpamanya maka wajib dikembalikan harta tersebut kepada tuannya dan jika sudah binasa maka wajib digantikan harganya yang senilai.

Jika tidak dikembalikan kepada tuannya, maka taubatnya tidak sah.

Sebahagian ulamak mengharuskan mendermakan harta yang haram yang bukan milik orang kepada maslahat orang ramai seperti membina jalan atau membuat tandas atau jembatan atau yang seumpamanya.

Ada pun harta orang yang dizalimi itu tidak boleh didermakan tetapi wajib dikembalikan kepada tuannya melainkan sudah tidak diketahui tuannya atau warisnya maka harus didermakannya.

Berkata Syeikh Ismail Uthman Zain :

ويجب عليه رده إلى أصحابه وإذا تعذر عليه الرد للجهل بأصحاب المال فإنه يكون في حكم الاموال الضائعة يصرف مصرفها وهو المصارف العامة كبناء المسجد وحفر الآبار وتعمير الأربطة لسكنى المحتاجين وإصلاح الطرف وغير ذلك مما يكون فيه النفع عاما مشتركا لا يختص به واحد دون آخر والذي يصرفه في ذلك ه

Ertinya :

Dan wajiblah atasnya mengembalikan harta yang haram itu kepada tuannya.

Dan apabila uzurlah atasnya mengembalikannya kerana tidak mengetahui tuan punya harta maka sungguhnya jadilah ia pada hukum segala harta yang hilang boleh digunakan untuk kepentingan orang ramai seperti membina masjid dan menggali telaga dan membina rumah untuk orang yang berhajat dan membaiki jalan dan selain demikian itu daripada perkara yang berguna kepada perkongsian umum tidak untuk orang perseorangan dan orang yang menguruskannya.”

(Kitab Quratul ‘Ain)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments