Hukum Derma Darah Ketika Puasa

hukum derma darah

Apakah hukum derma darah ketika puasa?

Apakah ia membatalkan puasa?

Dalam artikel ini, saya melampirkan soalan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Saya ingin bertanya ketika kita sedang menjalani ibadat puasa adakah batal puasa kalau kita menderma darah?


JAWAPAN:

Antara perbuatan yang membatalkan puasa ialah sengaja memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka seperti mulut dan hidung dan telinga dan kemaluan.

Ada pun menderma darah maka ia bukanlah memasukkan suatu tetapi mengeluarkan.

Oleh kerana itu menderma darah ketika sedang berpuasa tidak membatalkan puasa dan lagi pula tidak melalui rongga yang terbuka hanya dikeluarkan dari saluran darah yang ada pada lengan.

Tersebut pada himpunan fatwa negeri Mesir:

لا يبطل الصوم بنقل الدم من الصائم؛ لأنه كالحجامة بالنسبة له، وجمهور الفقهاء على أن الحجامة لا تُفسِد الصوم؛ لأن الفطر مما دخل لا مما خرج، وكذلك لا يبطل الصوم بنقل الدم إليه؛ لعدم دخوله من منفذ مفتوح أصالةً انفتاحًا ظاهرًا محسوسًا

Ertinya:

Tidak membatalkan puasa dengan sebab pemindahan darah kerana hukumnya sama seperti berbekam dan majoriti ulamak berkata berbekam tidak membatalkan puasa dari kerana batal puasa itu sebab masuk sesuatu ke dalam rongga dan tidak batal sebab suatu yang keluar. Begitulah juga dengan memindahkan darah tidak membatalkan puasa kerana ketiadaan masuknya melalui rongga yang terbuka pada asal secara terbuka yang jelas.”

(Darul Ifta Mesir)

Fuqahak mengkiaskan hukum tidak batal menderma darah ini dengan hukum tidak batalnya puasa orang yang mengeluarkan darah dengan cara berbekam.

Berkata Imam Nawawi:

مَذْهَبنا أَنَّهُ لَا يُفْطِرُ بِهَا -أي الحجامة-؛ لا الحاجم ولا المحجوم

Ertinya:

Bermula mazhab kami sungguhnya tidak batal puasa sebab berbekam samada yang membuat bekam atau yang kena bekam.”

(Kitab Al-Majmu’)

Kesimpulan

Hukum menderma darah adalah harus ketika sedang berpuasa dan tidak membatakan puasa.

wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments