Doa Agar Diberi Kesabaran Dan Kekuatan

Bagaimanakah doa agar diberi kesabaran dan kekuatan?

Berikut doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar diberikan kesabaran dan kekuatan:

Doa Agar Diberi Kesabaran

Rabbanā Afrig ‘Alainā Ṣabraw Wa Ṡabbit Aqdāmanā Wanṣurnā ‘Alal-Qaumil-Kāfirīn

Maksudnya

Wahai Tuhan kami limpahkanlah kesabaran kepada kami dan teguhkanlah pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.

Keterangan Ayat

Ayat in merupakan doa orang-orang beriman yang menyertai tentera Thalut untuk menghadapi tentera Jalut agar Allah SWT melimpahkan ke atas mereka kesabaran menghadapi ujian yang berat itu.

Perkataan “limpahkan” itu menunjukkan betapa diri mereka memerlukan sifat sabar sebagaimana tanah yang kering memerlukan air.

Sabar diumpamakan seperti air kerana kedua- duanya mempunyai elemen kesuburan yang dibawa bersamanya. (Tafsir as-Sawi, tafsir ayat 250 Surah al-Baqarah)

Khasiat Dan Cara Beramal

Amalkan membaca ayat ini untuk menghadapi kehidupan agar dihiasi dengan pekerti sabar.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments